Saturday, 1 July 2017

NAK TAHU

kau nak tahu
bila kau ada kawan
jaga dia betul-betul

kau nak tahu
aku dah janji
kau jadi kawan aku

satu hari
kawan aku susah
aku cuba tolong dia
tapi tulah kadang-kadang dia tak suka

aku cuba jugak
mungkin kawan tu tak nampak
atau kawan tu rasa tak penting

aku tak kesah
asalkan kawan aku tak sedih
at least kawan aku tak duduk sorang

tapi....

kau nak tahu
aku tak boleh terima
kenapa surat layang yang aku kena
tak boleh nak cakap depan dah ke?

why?
jahat sangat ke aku sebelum ni
oh .... aku jekut yang tak perasan
yelah aku jahat
takpe sokay

nak sedapkan hati
mungkin bukan kawan tu yang buat
aku kena percaya sebab dia kawan aku
orang lain lah kan

kau nak tahu
aku tak percaya
takkan lah kawan tu tak bagitahu
sampai kena masuk menghadap

kau nak tahu
sebab aku sayang kawan aku
aku keluar macam orang biadap

tapi sebelum keluar
bila Dr. sendiri yang kata
depan muka aku
siapa penulis yang sangat baik hati ni

aku still lagi tak percaya
sebab apa
aku lagi sayang kawan dari Dr.
Dr. pulak bagi hint je

hahahaha......

bodoh jugak aku rupenye
sampai bila nak sedapkan hati
sampai makan diri sendiri

kau nak tahu
bila kau ada kawan
yang ambik tahu pasal kau
anggap dia macam kawan

bukan macam biskut
bila kau dah takde makanan lain
baru sibuk nak cari biskut tu


betul aku cakap
aku cukup terkesan dengan surat layang tu
bukan sebab apa
isi dalam tu?
kena dengan Dr. tu?
tu semua
biaq pi mati la

tapi kawan yang tulis tu
bagitahulah kenapa?

kau nak tahu
aku jarang kata tak
kalau ye pun aku cuba jugak cara lain

sorry aku ego
bukan taknak menegur dah
tapi still tak percaya
yang KAU sanggup buat macam tu rupanya

sebab KAU yang buat aku rasa ada KAWAN







No comments:

Post a Comment