Saturday 26 March 2016

BIDADARI

Kau orangnya periang. Susah menjangka mana tangisnya. Adakala kau gembira tak ingat dunia. Menggila macam tiada apa disekeliling. Dah macam dapat harta Ahmad Albab dah aku perhati.
Tapi tulah personaliti menarik hati. Tak semua macam kau. Sebab apa, kau boleh jadi seseriusnya dengan riak wajah tak menyenang hati. Jangan lah begitu lagi. Sebab aku tak mampu menahan takut dan risau, mengapa kau susah hati. Tapi di balik personaliti itu ada hati yang tebal. Tahniah aku ucapkan, sebab kau berjaya harungi semua ini.

Aku tumpang gembira mendengar cita2 kau. Kejarlah selagi kau mampu. Tapi aku nasihatkan jangan mudah tertawakan cita2 sendiri. Mungkin kau merasakan yang orang disekeliling melihat ianya sebagai lekeh. Tapi kalau kau usaha. Tak mustahil kau boleh dapat.

Kau tahu aku bukanlah orang yang gemar kepada muzik. Nak jejak kaki masuk bilik muzik pun aku rasa tak suka. Tapi aku suka bila kau dekat dengan muzik. Kau nak tahu, masa tulah kau akan jadi macam2. Serius main alatan pelik tuh, menyanyi tak ingat dunia. hahahha seronok tengok kau macam tu.

Tapi jangan lah kau tutup sayap itu lagi bidadari. Nanti tidak nampak serinya lagi. Jangan sampai nanti sudah tidak bercahaya lagi. Kau pasti tidak mahu itu berlaku. Biarkan semuanya berlalu pergi. Memang tak mudah. Tapi kau kena ingat jika sudah hilang semuanya nanti  tak ada guna penyesalan diakhir cerita ini. Terbang lah sepuasnya hingga kau dapat lihat nikmat yang telah diberikan ilahi. Agar kau sentiasa tunduk serendahnya kerana ketika itu kau sudah pandai belajar mensyukuri.

SCOUSE PROUST

Cukuplah. Berapa lama lagi kau nak macam ni. Kau nak jadi lain sebab nak jaga hati orang. Kesian, kesian aku tengok kau ni yang tak jaga hati sendiri. Dengan keadaan kau sekarang. Sedih betul hidup kau. Eh, belum tentu dia ingat kau kalau kau dah pergi pun. Tak sangka kau korban rasa gembira tu untuk kesenangan orang lain. Buat apa layan orang tak berjiwa macam tu.

Ada ketika aku tanya kau bila nak mula semula. Kau kata ini paling terbaik. Untuk apa kau buat semua ni. Kau ada ramai lagi, mereka semua ada situ-sini. Tak guna kau layan untuk seorang sahaja.
Aku tak faham kau ni takde jiwa atau tak berotak. Tapi aku harap kau patah balik. Biar satu hari kau sedar jika dia serius dia akan datang balik tak kira betapa teruknya kau waktu tu.

Apa pun aku dan yang lain akan sentiasa ditepi. Melihat kau berlari mengejar mimpi. Doa kami supaya kau berjaya. Agar kau tak tersakiti buat terkedua kali. Ingat jangan lupa kami jika sudah berjaya nanti. Terbang lah pergi wahai Sang Bidadari

Monday 21 March 2016

LOVELY LACE-101

Terima kasih, sebab kau bilik aku wangi harini. Sorry lah buat kau bad mood masa birthday kau. So sampai sekarang kau punya hadiah ada kat atas meja aku. Nak dijadikan cerita kau punya hadiah menjadi tumpuan apabila pelancong melawat bilik aku. Ha betapa ruginya kau tahu tak. Dah lh mahai macam apa jaa. Mana taknye, budak lelaki bawak binatang tu masuk bilik. Dahlah pink. Kena gelak lagi kut. Kau jugak buat aku takut. Silap - silap kau tumbuk aku depan orang kannn... kau tu dah lah tak mampu diramal.

Pelik,aku masuk lovely lace. First time kut, dengan pekerja perempuan tempat tu yang sentiasa ikut aku. Bukan aku nak curi pun, ape entah masalah dia nih... frust aku. Salah sangat ke kaum lelaki nak pilih barang kat lovely lace. Bukannye gempak sangat pun tempat nihh..

Tengah aku duk jalan2, hehehe macam biasalah aku mesti pilih warna putih dengan pink. Nampaklah satu binatang ni, perut buncit, kulit putih dahlah berbulu, atas kepala adelah reben warna pink dengan pakai gaun warna pink. Adelah ciri2 kau sikit. Gurau sajoo. Yang peliknya tak pakai baju. Nasib baik wangi, kalau tak kena reject. 

Tapi tulah, sayang aku tak rasa kau nak amik masa birthday kau tuhhh... huh ape boleh buat maka si binatang itu bertapa diatas aku punya meja study. Kalau aku bagi sekarang pun dah dekat dua bulan nihhh... Tahun depan lah yer. Lagipun wangi dia dah kurang. Bagus jugak senanye, wangi sikit bilik aku hahaha . At least aku ingat kau setiap kali balik bilik kannn... 

Ade lah orang ni cakap kenapa kau tak bagi je. At least kau try. Biarlah dia, tahun depan kalau aku bagi hadiah dua pun belum tentu dia bagi aku hadiah birthday. hehehe jangan risau tahun depan aku bagi kau dua hadiah ehhh....

tapi bau binatang tu tak macam kau lah tu yang pasti nya. Beliau lagi wangi kut.