Saturday, 26 March 2016

BIDADARI

Kau orangnya periang. Susah menjangka mana tangisnya. Adakala kau gembira tak ingat dunia. Menggila macam tiada apa disekeliling. Dah macam dapat harta Ahmad Albab dah aku perhati.
Tapi tulah personaliti menarik hati. Tak semua macam kau. Sebab apa, kau boleh jadi seseriusnya dengan riak wajah tak menyenang hati. Jangan lah begitu lagi. Sebab aku tak mampu menahan takut dan risau, mengapa kau susah hati. Tapi di balik personaliti itu ada hati yang tebal. Tahniah aku ucapkan, sebab kau berjaya harungi semua ini.

Aku tumpang gembira mendengar cita2 kau. Kejarlah selagi kau mampu. Tapi aku nasihatkan jangan mudah tertawakan cita2 sendiri. Mungkin kau merasakan yang orang disekeliling melihat ianya sebagai lekeh. Tapi kalau kau usaha. Tak mustahil kau boleh dapat.

Kau tahu aku bukanlah orang yang gemar kepada muzik. Nak jejak kaki masuk bilik muzik pun aku rasa tak suka. Tapi aku suka bila kau dekat dengan muzik. Kau nak tahu, masa tulah kau akan jadi macam2. Serius main alatan pelik tuh, menyanyi tak ingat dunia. hahahha seronok tengok kau macam tu.

Tapi jangan lah kau tutup sayap itu lagi bidadari. Nanti tidak nampak serinya lagi. Jangan sampai nanti sudah tidak bercahaya lagi. Kau pasti tidak mahu itu berlaku. Biarkan semuanya berlalu pergi. Memang tak mudah. Tapi kau kena ingat jika sudah hilang semuanya nanti  tak ada guna penyesalan diakhir cerita ini. Terbang lah sepuasnya hingga kau dapat lihat nikmat yang telah diberikan ilahi. Agar kau sentiasa tunduk serendahnya kerana ketika itu kau sudah pandai belajar mensyukuri.

No comments:

Post a Comment