Tuesday 10 May 2016

TANDAS

Bila cakap pasal tandas ni macam2 aku nak bagi tahu....

So yang first sekali, exam!!! Pergi tandas masa exam ni bukan tabiat aku. Sebab nye kenapa jadi macam tu. Aku pernah tak jawab paper masa sekolah rendah sebab seluar kena amik . Hahaha.... seronok bukan. Sapa lah pedajal aku masa tuh... Lagi satu aku ni slow sikit jawab exam. Maklumlah bukanya pandai sangat. So banyak sikit masa aku luangkan untuk berfikir. Tapi untuk exam ni (sekarang aku tengah exam) banyak kali jugak aku rasa nak kencing. Kat bilik tak de pulak rasa nak "terkincit". Prosedure permata ni lain sikit. Kalau kat luar kau kena angkat tangan dulu then cikgu ikut kau pergi tandas dan sebagainya. tapi tempat aku belajar ni kau just kena bangun tulis nama then pergi. tandas bukan jauh pun depan dewan je... Menariknya masa pergi tandas aku rasa lagi lama duduk depan cermin daripada buang hajat. Maklumlah M. Nasir dulu pun nyanyi dalam jamban.
Lepas tu berjaya je. So aku pun bajet2 berfikir lah mana tahu dapat jawapan. Tapi takdelah gila pergi tanya cermin.

" untuk pengetahuan kau tak salah mencuba "

Then, hidup kat asrama ni kita dikelilingi ramai manusia. Tapi ramai juga yang aku 'kasifikasikan' sebagai beruk. Ada juga 'gerup' khinzir jadian. Maklumlah hidup aku ni banyak 'mengerupkan' orang.
Apa yang aku boleh bagi tahu.
Geng beruk ni adalah yang kencing berdiri dan mempunyai 'hos' yang 'bengkok'. Punyalah besar lubang jamban, kau target tempat duduk buat apa. Cuba bayangkan. Wah bayang kan jangan melebih tau.... kau nak melepas tersangat sangat. Bukak je pintu tempat duduk tu ade warna kuning2. Ish jilake punya manusia. walaupun kau dah tolong basuhkan. nampak dah tempat tu suci murni. tapi bila kau nak duduk, macam ade something kat kau punya punggung. Geli gaiss geli tau tak...
Khinzir jadian pulak, group manusia yang melepas tapi tak reti nak sucikan tempat tu betul2. Senang cerita tak 'flush'. Apa yang kau fikir sebenarnya. Kau ingat benda tu 'Maha Karya Agung' kau ke ape. Nak simpan buat ape. Kalau tak berbau tak apa. Ni mengalahkan bau loji terbesar di dunia. Kalau tandas pun tak reti nak bersihkan betul2, kau punya tu tak tahulah boleh tahan berapa lama.
Mereka yang termasuk dalam golongan ini boleh dikatakan tak ade sivik ' langsung '.

"Maha Karya Agung pun orang tak biar macam tu je. Lain kali amik benda tu bawak masuk bilik kau, simpan leklok. Tatap lah puas - puas."

SO kepada semua orang, tolong lah. '' KO MEN SEN' sikit boleh tak. jangan lah menyusahkan orang sangat. Pandai dah pandai. Tapi bodoh tak bertempat.

"Tak semua orang pergi ketandas buang air kecil dan juga air besar, lebih ramai yang betulkan tudung / seluar dan kira jerawat batu kat muka"

AKU DAN PEMURAH

Heeee ......

Hari ni tak tahulah kenapa aku bahagia sangat. Tapi pagi jelah. Sebab pagi aku dapat membuta sampai jam 11. Then, macam biasa... mak aku ni macam tahu2 je yang aku tengah buang masa. So, pejam mata nampak beliau 'koll'. Haish.... nasib baik dah jam 11 ke atas boleh lah aku goreng sikit 'chatting' dengan beliau. Dan aku tak bagi tahu pun yang sebenarnya 'admin' tak bagi guna 'pone'. 

Tapi tulah bila ade phone nih aku naik menyirap dengan satu benda. Ni dah jadi isu antarabangsa. Kalau di ikutkan hati mau aje aku report dekat ICC (CRIMINAL COURT).  Dulu masa aku takde phone takde pulak kau nak kacau. Nilah depa semua mesej aku benda bukan2. Kadang2 aku layan mungkin sebab terlebih masa. Tapi kebanyakan nye aku biarkan. Mana tak nye dia tulih '' Tahniah anda telah memenangi wang tunai sebanyak bla bla bla and what so ever yang depa nak tipu aku '' Tapi sebab kan hari ni lima mesej bertalu- talu so aku pun balas dengan keikhlasan sepenuhnya. Aku bagi tahu supaya derma je duit tuh kat anak - anak yatim. Pemurah bukan aku. Satu sen pun aku tak amik. 

Aku ingat kalau masuk lagi mesej macam ni nak derma kat permata pulak lah. Bukan apa, bilik aku takdak tirai panas der... tengah hari dah macam kat gurun. Malam pulak macam kat kutub. Nasib baik kipas laju.... 

" tak susah nak buat orang ketawa tapi susah nak buat orang terasa " 


Thursday 5 May 2016

HUJAN

HUJAN
TERIMA KASIH KERANA KAU
HARI INI BERSINAR KEMBALI
LANGIT MEMBIRU
SESILAU SENYUMANMU
TINGGAL APA LAGI DALAM HATI
PERASAAN YANG SUSAH
UNTUK DI BIARKAN PERGI

MENGAPA…….
MENGAPA SETIAP KALI
KAU SIKSA SEBOLEHNYA
MUNGKIN TAK TERSENGAJA
TAPI CUKUP DALAM KESANNYA

SINARAN MENTARI GAH BERDIRI
SESERI DIRIMU HARI INI
TAK MAMPU DITATAP OLEH HATI
TAPI KESANNYA KEKAL DI SANUBARI

KILAT MENYAPA TATKLA SENJA
SINARAN BERSELANG DENTUMAN
TAK PERLU KAU TAKUT DUHAI PELANGI
KERUTAN ITU CUKUP MERESAHKAN HATI
ANDAI MAMPU DI UNGKAP
SUDAH LAMA DI TERPIK
TAPI ISTIMEWANYA KAU HARI INI
TERPEGUN MATA TERPESONA JIWA

BEGITULAH KAU HUJAN
KADANG HANYA MENYAPA
KADANG KAU MENGGILA
DATANG DAN PERGI

SEPERTI PERASAAN DIHATI
TAPI SUDAH TENTU
DARI ILAHI