Friday, 4 November 2016

LAYU

so disebabkan post sebelum ni....
tajuk dia aku terbaca dengan perkataan layu
apasalah nya kalau aku cerita pasal layu

nak dijadikan cerita
aku outing laa sorang2 
nak pergi beli hadiah katanya
maklumlah ada sesi bertukar2 hadiah kan
untuk dinner malam tu

but then niat aku sebenarnya nak gi jenjalan
aku tak tahu nak beli hadiah apa
at last tak beli pun 
terbeli benda lain

"nasib baik ada selendang dalam almari aku. kalau tak
 aku rasa aku tibai kain batik 
 yang aku bawak dari rumah buat hadiah malam tu"

yang benda lain tu yang menarik
bodohnya aku ni pergi beli bunga
acah jee kan

dah lah  9 ringgit 30 sen sekuntum
lain macam bunga dia 
warna merah darah macam lipstik 
bau pun wangi
batang dia tajam2 sikit

"senanye warna dia menarik aku untuk pergi melihat. tup tup terbeli"

baru aku tahu rose ni harga dia  tahap dewa 
yang lagi kelakarnya aku beli 10 
ha disitu bodohnya melebihi daripada takat normal
entah masa tu terfikir nak bagi sapa pun aku tak tau

btw akak kat kedai tu mcm tau2 je
yg aku akan simpan bunga tu buat selama lama nya
so beliau syorkan aku beli baby crystal
warna biru sebab contrast katanya

"heh akak ni perli aku letew. btw kalau nak tahu baby crystal ni yang bulat kecik2 
  yg kalau celup dlm air dia besar tetibe"

so aku pun balik 
dengan niat dan penuh keyakinan 
untuk memberi bunga rose itu 
tapi bukan kepada si penerima hadiah 

biasalah keyakinan .................
sampai je malam dinner tu 
dengan semangat yang kengkawan bagi 
aku pun dengan semangat nya meninggalkan bunga tu 
atas meja study

ha........ kan dah membazir

tapi hayat bunga rose tu belum tamat
aku ternak baby crystal tu sampai besar dalam botol
pastu aku biarkan rose2 tu bertapa dalam bilik aku

namun kebertiadaan aku pada waktu cuti
membuatkan rose2 ku itu layu dan mati

"heh acah bahasa melayu baku"

tapi walaupun dah mati
aku simpan lah dua kuntum
at least setiap kali aku tengok benda tu
aku sedar kebodohan melampau aku ni
kadang kadang tiada batasnya

biarlah
nanti aku bagi baby crystal
yang aku ternak ni
nampak sihat2 je
takde yang mati lagi setakat ni

sekejap je dah besar
takpayah bagi makan pun

so senang sikit kau nak jaga

nota kaki : aku memang penakut kepada semua benda termasuklah hantu kegelapan lipas cicak dan                       beberapa spesis manusia yang aku tak suka

No comments:

Post a Comment