Sunday, 26 October 2014

FORMAT KARANGAN JENIS LAPORAN


·         Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
·         Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
·         Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
·         Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
·         Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
·         Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
·         Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
·         Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

Tajuk Laporan        :        Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris  atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan   :        Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Pengakuan pelapor:         Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

Tarikh          :        Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor        Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor         :        Ditulis dengan huruf besar di dalam 
kurungan selepas tandatangan.

Jawatan Pelapor   : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma  di  hujungnya . Seterusnya  ditulis nama persatuan yang diwakili


No comments:

Post a Comment