Wednesday 19 August 2015

BUTA HATI KATANYA....

Terang sinar menyuluh kebenaran ,
mencari ketenangan dalam kesibukan ,
adakah kau tahu wahai teman,
setiap detik membawa keindahan.

Jauh kau pergi membawa diri,
mencari insan terpahat dihati,
adakah kau rabun wahai mata,
yang dicari didepan mata.
 
Ramai yang tak bersyukur dengan benda yang berada di sekeliling ..........

Hari ini aku kenal kasih sayang seorang ayah,

Mungkin dia tak mampu nak tunjukkan kasih sayang ...
Jauh disudut hati amatlah ikhlas membesarkan anaknya yang tercinta...

Nak dijadikan cerita ....

Petang tadi roomate aku kata bapak dia nak datang sekolah ...
Dah nak sampai katanya ...
Tapi lama aku tunggu sebab nak jumpa bapak dia...
Rasa pelik dalam minda berlegar2...

Dekat dengan pukul tujuh .... barulah ayah dia sampai ...
Terhenjut2 berjalan...
Aku mula rasa pelik...
Tangan macam tak berfungsi...

Aku pun tanya kenapa???
Roomate aku kata jatuh motor ...
Tadi jalan licin hujan..

Aku pun tanye kenapa dia datang ....
Katanya untuk hantar ubat...
Sebak rasa hati ini dibuatnya ....

Hanya kerana beberapa kotak ubat ...
Insan yang bergelar bapa sanggup menunggang motor dengan sebelah tangan retak.....
Tambahan lagi jalan licin ...

Jadi tak kisah seteruk mana parents kita .....
Hargai lah mereka selagi mampu....
Sekali seumur hidup je ada ibubapa kandung....

1 comment: