Terang sinar menyuluh kebenaran ,
Mencari
ketenangan dalam kesibukan,
Apakah engkau sedar wahai hati ,
Setiap
waktu ada nilai tersendiri .
Engkau pergi membawa diri ,
Mencari
insan terpaku dihati ,
Adakah kau rabun duhai mata ,
Kerana
yang dicari didepan sahaja .
Kalau bermesra lupakan dunia ,
Jauh
pula kau tepikan duka ,
Bukan semua yang kau harap ada ,
Syukur
atas nikmat daripada yang esa .
Aku menulis bukan kerana cinta,
Aku
bercerita bukan tentang dia ,
Aku melihat tidak semuanya sempurna,
Nukilan
ini ku tujukan kepadanya.
No comments:
Post a Comment