Friday, 22 April 2016

AKU GIVE UP

Hari - hari adalah hari baru selagi jantungmu masih berlagu. Hari - hari adalah koreksi
kesilapan lalu. Biar di penghujung hari sebelum lena semalam kiraan mencecah sejuta satu.
Hari ini kamu mengira semula bermula dari satu. Selagi ada nyawa, selagi itu ada putaran U 
pada tiap salah laku.

"Bro nanti baca surah yusof"

Manusia itu fitrahnya menilai. Kehebatan yang ada pada YANG ESA itu membantu aku dengan menghantar dirikau manusia. Ada apa sebenarnya? Kenapa kau secara tiba - tiba. 
Tanpa ada bual bicara. Hanya menyapa selamba dan pergi begitu sahaja.

Tak sangka kau perasan manusia.
Betapa susahnya aku simpan perkara ini daripada dunia. Tapi kau cuba merungkai dan  berjaya juga temuinya. 

Ada apa sebenarnya?

Ada jawapan bagi gundah gulana , putus asa , dan segala rasa yang mendera jiwa.

"Sesungguhnya janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada 
berputus asa asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir"
- Al Quran 12:12

Hidup perlu terus biar
Taufan menggila perlu kau rempuh.
Selagi mana kau genggam erat tali agama,

INSHAA ALLAH BERJAYA






Saturday, 16 April 2016

ODIO

I know I'm not particularly 'muka lawa'
Not particularly 'kurus'
And I don't even have any outstanding talents
I'm not even the cleverest or funniest person 
you've ever met

But what I do know
Is how much I care

If you really knew me
You would give me a chance to show you

Tuesday, 12 April 2016

UMI KATA

Umi kata :

" kalau kau tak boleh buat orang bahagia
  jangan sampai kau buat dia membenci
  suatu hari nanti "

Heh menyesal aku tak dengar cakap Umi. Dah lah tu, aku rasa
ni yang last kut. Lepas ni aku tak kacau hidup kau dah . Ok, peace....


Thursday, 7 April 2016

SILLY IDIOT

I've always known she was taken
but something about her made me keep trying,
I used to flatter her with sweet pleasantries
knowing she would read between the lines,
I used to start a conversation with her
just to see her smile
a lot of times I made no sense at all
but she knew my intentions all the while,
I'm sure she knew exactly how I felt
as I reflect back on it now
but a beautiful smile of acknowledgment
was all she ever allowed,
I'm not sure which I adored most
her beauty or her style
or how would I react
if I knew the thinking behind her smile!    

- BERNARD SNYDER

SAKIT

Eh kau ni suka berahsia lah. Mana ade, aku ni orang paling jujur kau tahu tak. Aku tak bagi tahu sebab takde kepentingan untuk kau. Dan kau takkan pernah faham, kau kata kau patut tahu tapi aku rasa kau tak perlu tahu. Sebab apa macam tu. Sebab kau bukan boleh tolong. Aku hargai simpati kau. Tapi aku tak perlukannya. Aku tak perlu. Percayalah, aku tak perlu.

Kau kata kau faham. Tak, kau takkan pernah faham. Kau tu selalu fikir masalah kau besar. Macam dah takde harapan hidup kau. Apa kau tahu hanya merungut. Macam tulah hidup kau. Aku tak tipu, aku menghadap kau tiap tiap hari. Macam mana kau kata yang kau boleh faham. Sedangkan masalah kecik pun kau nak menggila, lebih gilanya daripada monyet kat sarkas.What do you feel when someone slit your throat every morning. Ha seronok kan. Tu tak tambah sakit kepala aku lagi. Kau kata aku tipu. Tak pe tu memang hidup kau, aku faham. Kalau kau rasa macam tu teruskan. Tak ade satu rugi pun dalam diri aku. Tak de satu pun. Apa je yang kau tahu, kau takkan pernah tahu macam mana bila dia kata dah takde cara nak buat. That time rasa macam all the isi bumi in your tummy. Rasa macam nak pecah perut sebab terkejut. hahaha memang rasa macam seronok. Tapi aku tak rasa kau nak cuba.

Ya aku tahu ego aku tinggi. Aku kadang kadang tak cerita pun dekat mak bapak sendiri. Aku taknak diorang risau lagi. Dan kadang kadang aku simpan. Sebab aku rasa, sakit sikit jer. Cuma bila aku dah tak boleh tahan sangat, masa tulah aku bagitahu. Macam sekarang, sapa dapat jangka dah dekat seminggu hidung dengan tekak aku berdarah. Baru harini aku bagi tahu parents,felo dengan kengkawan. Aku ni banyak menyusahkan hidup orang, aku tak nak sebab ni ramai lagi yang susah. Cukup lah, aku pun dah muak layan muka Dr. kat hospital tu. Aku dah pasrah. Kalau dah takde cara nak buat, biar jelah.

Ha bertambah bodohnya aku bila fikir pasal orang lain lebih pada diri sendiri. Kadang kadang aku happy sendiri, bila aku buat buat happy. Aku tahu kau mesti rasa hidup aku menyedihkan, macam forever alone je. Biar lah aku nampak seronok dan bodoh daripada aku terus layan rasa sakit ni. Bukan semua orang suka bila tengok someone berdiri macam mayat hidup. Kau adelah peyebab kenapa aku jadi manusia yang paling curious pasal kau. Kenapa tak boleh nak senyum macam dulu. Kenapa tak boleh tengok aku baik sikit. Paling tak pun tak payah buat muka marah sentiasa. Yang peliknya dekat aku sorang je. Makin murung lah hidup aku. Ada ketika aku takut kau akan menjerit kat atas muka aku.

For everyone out there. Aku dan keseluruhannya hidup aku. Aku sayang korang. Thanks for helping me to stand firm on my feet this day. And I hope nothing terrible in this life yang menggangu korang semua. Biarlah hidup korang happy forever after. But think first before you made a keputusan. Im sure yang korang tak nak menyesal macam aku sekarang. Ingat duit kita boleh cari, tapi nyawa seseorang kita tak boleh beli.

Monday, 4 April 2016

MASKED LIFE

Aku tahu kau tak suka. Tapi tu tak membenarkan kau untuk mengutuk aku dengan cara yang begitu hina wahai manusia. Kau tak suka cara aku. Fine!!! aku faham lagipun semua orang tak suka, aku rasa. " nampak macam bebudak je. umur dah 15 badan dah lah besar tapi perangai tak macam orang besar pun". sometimes, kalau orang buat macam tu kat aku aku pun rasa hangin. Yela... kau tu dah 'matang' kan, dah besar semua benda kau dah tahu. Yang aku ni asyik main2, perangai kebudakkan, ntah ape lagi yang mereka cakap aku tak tahu lah. But there is something U tak tahu manusia. Kau hidup dengan kasih sayang yang cukup. Dari kau lahir kau hidup membengkak dengan mak bapak kau. Baru masuk asrama 2-3 tahun. dah kata kau cukup besar. Biarlah aku nak ikut cakap mak aku. Mak aku tak bagi buat itu buat ini bukan nya menyusahkan kau pun. Kau bukan tahu macam mana hidup jauh dari mak bapak dari kecik lagi. Macam mana pentingnya kasih sayang tu. Kau tak payah nak tipu, sejak kau pura- pura matang ni, kau balik rumah bukannya kau rasa kasih sayang mak bapak kau lagi. Sebab apa!!! Sebab kau asyik fikir pasal kau yang dah besar dengan sendirinya sampai sekarang. Sibuk nak jadi hipstur lah raver lah. The fuck man!!! Sedar lah sikit. Semua duit yang kau guna nak majukan diri kau sekarang datang dari mak bapak kau jugak. Berapa ramai bebudak yang sekarang lupa mak bapak sebab rasa dia dah besar, dah boleh bawak diri. Aku cuma takut, aku ni bukan berani sangat. Aku takut nanti aku lupa mak bapak. Biarlah aku jadi kebudakkan ini sebab aku rasa happy walaupun mak aku selalu menyampah sebab dah mengalahkan adik bongsu.

Kadang2 aku terfikir, aku ni bodoh betul ke... ataupun buat2 bodoh. Ha tulah dia masalah aku, bodoh fikir pasal orang lain sampai sanggup bodohkan diri sendiri. Ok statement tu kawan aku bagi. Yela.. aku ni tak tahu cara nak berkomunikasi dengan betul. So, disebabkan mak aku suruh jaga hati orang biar pun orang tu buat jahat kat kita, aku terpaksalah menggunakan cara berkomunikasi yang tak serius. Macam bodoh kan cakap seperti budak2. Pernah tak dengar aku cakap secara intonasi orang tua. Pasti ramai yang terasa biadap nya aku. hahaha aku dah kata aku tak pandai bercakap. Sampai satu masa ni aku kena tegur dengan makcik ni dalam pejabat, dah lah dekat situ banyak staf.
"eh awak ni memang biadap eh" hahaha lawak orang tua memang aku tak faham. Sebab apa!!! sebab aku rasa makcik tu bodoh. sekarang aku biadap aku tahu. tapi kalau kau dengar conversation aku dengan makcik tu, staf kat situ pun terkejut dia cakap apa salah aku. Dia kata aku cakap macam dengan kawan2. hahaha bodoh betul. Untuk pengetahuan makcik bukan semua orang pandai berkomunikasi secara teratur. 

Being positive every time is harder then I thought. But staying in negative situation every time is more harder than that. Sometimes, aku layan orang dengan baik, mereka kata pura-pura semua itu. Kalau aku buat baik., mereka kata tipu sajo tuh. hahaha memang aku tipu manusia. sebab apa!!! sebab aku nak jaga hati kau. aku taknak aku ni jadi orang yang betul2 jahat sampai kau pun tak suka aku. Bodoh bukan aku biarkan orang lain menindas diri sendiri. Ya jangan sampai satu masa si bodoh ini tinggalkan kebodohannya untuk kau itu selama lamanya. dan masa tu dia akan mula jadi bijak dengan memikirkan diri sendiri sahajoo... tapi aku ni lemah. hati kecik. tengoklah kalau ada aura yang tinggal lagi. nak buat macam mana . i need to let her walk away from this shit story of my life dah....