Hari - hari adalah hari baru selagi jantungmu masih berlagu. Hari - hari adalah koreksi
kesilapan lalu. Biar di penghujung hari sebelum lena semalam kiraan mencecah sejuta satu.
Hari ini kamu mengira semula bermula dari satu. Selagi ada nyawa, selagi itu ada putaran U
pada tiap salah laku.
"Bro nanti baca surah yusof"
Manusia itu fitrahnya menilai. Kehebatan yang ada pada YANG ESA itu membantu aku dengan menghantar dirikau manusia. Ada apa sebenarnya? Kenapa kau secara tiba - tiba.
Tanpa ada bual bicara. Hanya menyapa selamba dan pergi begitu sahaja.
Tak sangka kau perasan manusia.
Betapa susahnya aku simpan perkara ini daripada dunia. Tapi kau cuba merungkai dan berjaya juga temuinya.
Ada apa sebenarnya?
Ada jawapan bagi gundah gulana , putus asa , dan segala rasa yang mendera jiwa.
"Sesungguhnya janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada
berputus asa asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir"
- Al Quran 12:12
Hidup perlu terus biar
Taufan menggila perlu kau rempuh.
Selagi mana kau genggam erat tali agama,
INSHAA ALLAH BERJAYA
No comments:
Post a Comment