Wednesday, 8 June 2016

P-U-A-S- bac -A

Puasa. Salah satu amalan yang dilakukan orang islam setiap kali bulan ramadan. Termasuklah aku.Jam menunjukkan 7.00 tepat. dari tadi macam tak bergerak je aku tengok setiap kali lima minit teramatlah slow. aku ni jenis yang perangai 5 minit je masuk dapur. al maklumlah, mak aku sibuk memasak aku kacau. asyik duk tanya masak ape, dah siap ke, mcm sedap jerr dan banyak lagi lah. then aku dihalau dari tempat tu. mak aku kata serabut .nak tolong tapi malas. mcm2 alasan aku bagi antaranya takut termakan lah, penatlah, sedap sangat nampak makanan ni and yang paling aku suka bukan ke kita boleh rasa skit makanan nih? hahaha tulah yang menyebabkan aku dihalau.

" untuk pengetahuan korang rasa sikit boleh tapi untuk orang yang memasak je "

tengok jam tu ada lagi 42 minit 30 saat, aku pun dengan hampanya menapakkan kaki ke library kat depan. biasanya aku tak pergi library nih sebab bukannya ade buku cerita or novel yang best2, just buku2 yang umi dengan abah pakai masa dia belajar dulu. banyaknye tak terhingga. aku pernah terasa nak tanya, pernah baca ke buku nih. hihihi. tapi tulah taknak lah diperli. nanti mereka kata aku ni dh lah tak suka baca buku lepastu belum tentu jadi ckgu mcm diorang and bla bla bla and so on. sebabkan dalam library ni sejuk, berekon, so aku pergilah. lama jugak lah aku tak masuk. Seram kot. dah lah jarang masuk and ada satu kerusi malas kat tengah2 tu. bebekalkan ilmu yang aku ada, sebab bulan puasa mana ada setan kan... so aku kuatkan semangat untuk menelaah seketika. aku tilik buku2 tuh satu persatu. and then ade satu ruang untuk buku2 cerita. kebanyakannya daripada akak2 dengan abang2 sedara aku.

" kalau nak tahu kerusi malas tu yang boleh goyang kedepan lepastu kebelakang. kerusi tu atuk aku punya. buatnya bergerak sendiri. tak ke terkencing aku kat situ. dah lah aku ni penakut. "

and then akhirnya aku jumpa satu buku ni. ditulis oleh inche gabbana. tajuknya #Chenta. then aku baru teringat yang Faten ade suruh tulis pasal dia. Nak puitis katanya. hahaha. aku lupalah sis. sorry nanti2 lah aku tulis ehhh...
apa yang best nya aku belek satu persatu dan ada satu tajukni memang menarik perut aku masa tuh. tajuk dia ..... rahsia lah mana boleh bagi tau...
cerita dia memang memberikan kesan kepada aku lah kan. manataknya, dia punya jalan cerita sama macam aku punya cerita cinta. hahaha just tukar nama uwais tu kepada nama aku then sama lahh. bezanya kalau aku jadi uwais dalam buku tuh aku bagi quran. biar banyak tanda merah kat quran tu.

"cerita cinta aku hanya fantasi sahaja. hahahaha"

nak tahu cerita uwais ni. cerita dia bermula apabila uwais ni jatuh hati. bukannye jatuh tergolek2. tapi jatuh tergolek2 masuk longkang dh tak boleh bangun dah. hahhaha padan muka kau uwais. senanye dia tak boleh move on. yelaa dia suka kt ukhti ni lepastu dia bagi masurat dengan ada tanda hijau. kt tanda hijau tuh ade laa tulis something. aku pun tak ingat dah. tapi yang pastinya adelah sedikit puitisnya disitu. lapastu dia mengharapkan ukhti ni balas. lama jugaklah dia tunggu. akhirnya ukhti tu bagi dia satu hadiah. hadiah tu masurat yang uwais ni bagi. tapi ade tiga tanda merah. yang kelakarnya salah satu daripada tanda tu ada tertera jauhkan lah aku daripada syaiton yang direjam. hahaha aku gelak kut. lepastu lagi dua tu confirmlah ayat yang mereject uwais ni secara tersiratnya. tapi kan kalau aku lah jadi uwais aku bagi quran biar banyak sikit tanda merah hahaha barulah aku sedar diri kuttt...........

"at least ukhti tu balas betul dakkk .... "

tapi apa yang malangnya dalam library ni tak ada jam lepas je aku baca part tu aku pun teringat. damn lapar gila. pergi dapur tengok orang dah nak habis nasik sepinggan. heh sampai hati tak cari aku. takpe lepasni cuti tanak balik dah

No comments:

Post a Comment