Thursday, 28 May 2015

Cinta ke tak???

hehehe...
    orang kate kalu cinta kat sesuatu tu dia akan buat segala - galanya untuk pasangan dia .

tadi aku duduk sorang2 , tiba - tiba ade mamat ni datang masuk bilik aku ...

"bang2 nak cerita sikit boleh tak?? saye ade masalah ni .. "

aku pun layan laa , muke die mcm terdesak je ....

"saye ni ade maslah lahh , tapi tak tahu nak bagitau sape . saya nampak abang mcm ade masalah jugak kan .. duduk termenung je tiap hari kat tepi tingkap tu ."

aku pun senyum jelahh ....

"saye nak tanye abng lah kann.. pernah ade awek tak??"

*aku jawap pernah

"abang cinta ke suka diaa... mcm mane dah dia ngan abang "

aku jawap dengan lembut

"dik2 , awek abang tu sayang sangat kat abng , tapi abng tak tahulah lagi cukup cinta tak dekat dia. tiap2 hari dia bagi abang semangat , semua nya dia bantu abang."

budak tu pun jawap

"wahh ... hebat lahhh ape rahsia abang ... kongsilah sikit"

*selambernye aku balas

"kau nak tahu kerr .. sini aku bagi tips ...
1. tiap2 hari mesti dating lima kali , paling penting mesti tepat pada waktunya
2. jangan pernah lupa dia walaupun kau senang
3. jangan pernah abaikan hadiah yang dia bagi
4. jangan pernah lawan cakap dia , ikut jer ape yang dia nak

tu jelahh , kalau kau buat semua tu confirm cinta kau akan kuat kat dia...
heh "

*budak tu pun terdiam

"susah nya ...bang   , BTW ape yang abang tengok kat luar tuhh . "

"terkenang mase silam abang , mase tu abang selalu buat jahat kat awek abng ni.. "

"bang sebenarnya ape tu cinta sejati .. ''

''tak tahu lerr... sebenar nya ... cinta sejati tu antara kau dengan tuhan kau je kutt ... tak kuat yang tu mcm mane nak kuat cinta dengan anak dara orang .. btul ak ? ''

so kesimpulan nya check balik ....

1. solat kita macam mane
2. kat mane tuhan kita dalam diri kita
3. alquran tu bace ke idokk
4. amal ma'ruf nahi mungkar

#ifyouarereadingthisimreallylovesyou
#myfriends
#thanksbudak


Wednesday, 14 January 2015

NIKMAT YANG SIA SIA???

Datang seorang sahabat dan bertanya ....

   " Apa tujuan kau hidup ??? " (dengan keadaan slamber dan berlalu pergi )

Tidak pernah ku endahkan  soalan tu sehingga semalam ...

Ketika ceramah Ustaz Hazim ....

    "Dosa dan cinta satu perkara yang berbeza . Dosa yang kita lakukan tidak mampu menghalang cinta kita kepada rasulallah..."

Tersentak hati apabila terdengar ayat itu....
Ya ini memang bulan Rabiul awal ...
Bulan kelahiran nabi allah yang tercinta ....

Tapi adakah hati ini cinta kepadanya ....
Adakah mulut ini sentiasa mengingati nya ....

Pada malam itu , ketika mendengar satu ceramah UAI..

  "Jangan rasa diri ini susah kerana ada yang lagi susah .. jika kita selalu dicaci, rasullah lagi sentiasa di caci ... jika kita sakit ,rasullah lagi sakit menyebarkan dakwah .... tapi bila kita tak sabar rasullah selalu sabar .... jadi bila kita marah , sedih dan sebagainya ingat rasullah ... yang pertama sekali ingat cinta kepada allah dan rasulnya ... tidak ada sesiapa bleh sampai ke allah kecuali melalui nabi ... jika nabi tak ajar kita solat kita takkan kenal allah..."

Wahai hati sejauh mana cinta ini kepada kekasih ilahi....
Duhai hati ingatkah kita kepada kekasih ilahi ...

Terasa sayu bila melihat seseorang yang berjuang untuk kita bagi mengecapi satu nikmat yang dipanggil islam ...

sahabat ingat hargai masa yang kita ada ....
sentiasa ingat tuhan boleh tarik nikmat itu dengan sekelip mata ...
dan hargailah perbuatan orang itu walaupun dia hanya membersihkan papan hitam....


Tuesday, 13 January 2015

TERDETIK DIHATI INI .....

Apa yang aku cari dalam dunia ni ???

Tatkala sunyi sepi menguasai hati , terbuka satu ruang bersama ilahi ...... 
Tuhan kenapa mesti aku ...... bukan dia , dia dan dia ....
Kemana kau mahu bawa aku pergi wahai yang maha kuasa .....
Kenapa jalan ini yang engkau coretkan untuk aku ilahi ..........

Jauh di sudut hati berjalan satu insan yang bernyawa tapi tidak berpenghuni .....
Terkesan insan itu bila diri sunyi , bila diri marah dan sebagainya ....
Tapi kenapa tuhan ,
ini yang kau catatkan......

Hilang jasad menyepi,
dan sunyi minda buat seketika ....
Jauh mana aku cuba menyembunyikan jasad  .........
Tapi minda sentiasa berpinar mencari sesuatu yang kurang .....

Terdetik kenapa didalam hati .....

Melihat sahabat yang riang gembira , duduk bermain bersama , 
Tapi kenapa aku tidak merasa semua itu ......
Aku sudah bersama mereka pada waktu yang sama, bermain bersama ....
Tapi kenapa aku tidak merasa semua itu .....

Ya tuhan apa sebenarnya yang kau cuba tunjukkan ...
Diri ini hina tapi kau letak bersama insan insan berharga ...
Diri ini lemah tapi kau letak bersama - sama orang yang kuat ...
Tersisih diri bila cuba membina satu ikatan , 
Yang biasanya semua ciptaan terindahmu memanggil sahabat....

Ya memang aku lemah tidak berdaya .....
Memang aku hina dibanding dengan mereka .....
Tapi ini amat berat untuk ku bangkit semula .....

Suatu hari datang seorang hambamu kepadaku .......
Dikoreknya insan yang jauh didalam hati keluar ......
Keluarlah  ia perlahan lahan melihat dunia yang samar  ....

Lintas seketika di sudut hati........
Tuhan insan ini akan berjaya...........

Banyak tikaman insan ini telah rasa .....
Masanya untuk pulih semula .......
Cuba menjadi penawar semua .....
Membaiki lubang kecacatan untuk mencari rakan karibnya  ......

Minda yang biasa dikuasai hawa nafsu...

Terdetik di hati , inikah dimana coretan baru bermula ...

Sudah , bangun semula ........
Aku tak mahu semua ini lagi ...
Biar masa yang ku sia siakan  pergi ....
Sebanyak mana aku tergelincir aku tidak akan pahat di hati ...

Percayalah teman ,
Dimana kau berdiri.......
Ada sesuatu yang menanti ....

Percayalah teman ,
Dimana kau tinggal ....
Kau tidak akan berasa janggal....

Dan percayalah teman,
Jika kau sunyi ....
Tiada tempat yang lain untuk kau mengadu selain ilahi....



  

Monday, 27 October 2014

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI

Muhammad Muaz Husaini ,
Pusat PERMATApintar NegaraTM ,          
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600,Bangi,Selangor.
_________________________________________________________________________________

Y.A.B. DATO' SRI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK,
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.                                                                                                 28 Oktober 2014      

Y.A.B. DATO' SRI,

Majlis Hari Graduasi Pelajar

Merujuk perkara di atas, Pusat PERMATApintar Negara TM , ingin menjemput Y.A.B. DATO' SRI untuk merasmikan majlis hari graduasi pelajar Pusat PERMATApintar Negara TM .

2.            Butiran  program adalah seperti berikut :

                Tarikh                   :                             14 November 2014
                Masa                    :                              8.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
                Tempat                 :                              Auditorium  Pusat PERMATApintar Negara TM

Keprihatinan dan pertimbangan yang sewajarnya daripada Y.A.B. DATO' SRI terhadap jemputan ini  amatlah dihargai dan diakhiri dengan ucapan terima kasih.





MUHAMMAD MUAZ HUSAINI
Pusat PERMATApintar NegaraTM ,          
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, Bangi , Selangor

Sunday, 26 October 2014

SURAT KIRIMAN RASMI

SURAT KIRIMAN RASMI


Pengenalan

1. Surat kiriman rasmi ditulis untuk urusan rasmi seperti berikut:
  (a) surat permohanan
  (b) surat bantahan/aduan
  (c) surat pesan
  (d)surat peniagaan

2.Format surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:
   (a) alamat pengirim dan jawatan (jika ada),di tulis pada bahagian atas sudut kiri surat tersebut.
   (b) Buat garisan melintang selepas alamat pengirim
   (c) baris akhir alamat penerima hendaklah digariskan.
   (d) Tarikh ditulis di sebelah kanan surat. Nama bulan ditulis dengan huruf besar
   (e) Panggilan hormat atau gelaran penerima seperti Tuan/Puan ditulis di bawah alamat pengirim.
   (f) Tulis tajuk surat.Huruf pertama setiap perkataan ditulis dengan huruf besar.
   (g) Gariskan tajuk tersebut.
   (h) Mula menulis dari tepi surat tanpa peranggan dan tidak bernombor.
   (i)  Perenggan berikutnya bernombor 2,3,4 dan seterusnya.
   (j) Perenggan penutup dimulakan dari tepi surat tanpa nombor
   (k) Tandatangan pengirim ditulis di sudut kiri bahagian bawah surat.
   (l) Nama pengirim  ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan kemudian diikuti jawatan pengirim 

3. Gaya bahasa yang digunakan mestilah gaya bahasa yang formal,ringkas,dan padat.




FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI  


 1 Alamat pengirim
2 Garisan pemisah
3 Nama/Alamat penerima
 4 Tarikh
5 Kata hormat
6 Tajuk surat
7 Pendahuluan
8 Isi -isi surat
9 Penutup  surat
10 Tandatangan
11 Nama pengirim (huruf besar)

FORMAT TAKLIMAT

Taklimat boleh dibahagikan kepada dua bentuk  berdasarkan jenis atau taraf khalayaknya, iaitu taklimat satu taraf dan taklimat dua taraf.

Taklimat Satu Taraf  (SamaTaraf)
mengandungi:
•Tajuk 
•Salam, kata sapaan biasa atau salutasi protokol
•Kata alu-aluan
•Pengenalan diri, organisasi, jawatan
•Kandungan taklimat
•Penutup
•Sesi soal jawab

Taklimat Dua Taraf Khalayak
mengandungi:

•Tajuk 
•Salam, salutasi protokol dan sapaan biasa
•Puji-pujian
•Ringkasan penyampaian taklimat
•Kandungan
•Sesi soal jawab

FORMAT TAKLIMAT

Penyedian taklimat berbeza formatnya mengikut taraf khalayak yang akan hadir.

1.Taklimat satu taraf khalayak 

  • Tajuk 
  • Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol
  • Kata-kata aluan
  • Pengenalan diri /organisasi/ jawatan/ dan sedikit ringkasan taklimat.
  • Kandungan taklimat
  • Penutup
  • Sesi soal jawab


2.Taklimat dua taraf khalayak 
  • tajuk 
  • salam, salutasi berprotokl dan sapaan biasa
  •  puji-pujian
  • ringkasan sembah taklimat
  • kandungan
  • sesi soal jawab


KANDUNGAN TAKLIMAT

Kandungan taklimat ditentukan oleh taraf khalayak dan bergantung kepada :

1.Apa yang hendak dimaklumkantaklimat begini mempunyai tujuan untuk memberitahu maklumat tentang pihak yang menyampaikan taklimat itu.

2.Apa yang khalayak ingin tahutaklimat jernis ini memerlukan penyedian yang teliti terlebih dahulu, sepertimembuat penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik atau temubual serta menyusunnya dengan baik


FORMAT KARANGAN JENIS LAPORAN


·         Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
·         Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
·         Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
·         Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
·         Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
·         Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
·         Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
·         Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

Tajuk Laporan        :        Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris  atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan   :        Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Pengakuan pelapor:         Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

Tarikh          :        Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor        Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor         :        Ditulis dengan huruf besar di dalam 
kurungan selepas tandatangan.

Jawatan Pelapor   : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma  di  hujungnya . Seterusnya  ditulis nama persatuan yang diwakili