Monday, 4 April 2016

MASKED LIFE

Aku tahu kau tak suka. Tapi tu tak membenarkan kau untuk mengutuk aku dengan cara yang begitu hina wahai manusia. Kau tak suka cara aku. Fine!!! aku faham lagipun semua orang tak suka, aku rasa. " nampak macam bebudak je. umur dah 15 badan dah lah besar tapi perangai tak macam orang besar pun". sometimes, kalau orang buat macam tu kat aku aku pun rasa hangin. Yela... kau tu dah 'matang' kan, dah besar semua benda kau dah tahu. Yang aku ni asyik main2, perangai kebudakkan, ntah ape lagi yang mereka cakap aku tak tahu lah. But there is something U tak tahu manusia. Kau hidup dengan kasih sayang yang cukup. Dari kau lahir kau hidup membengkak dengan mak bapak kau. Baru masuk asrama 2-3 tahun. dah kata kau cukup besar. Biarlah aku nak ikut cakap mak aku. Mak aku tak bagi buat itu buat ini bukan nya menyusahkan kau pun. Kau bukan tahu macam mana hidup jauh dari mak bapak dari kecik lagi. Macam mana pentingnya kasih sayang tu. Kau tak payah nak tipu, sejak kau pura- pura matang ni, kau balik rumah bukannya kau rasa kasih sayang mak bapak kau lagi. Sebab apa!!! Sebab kau asyik fikir pasal kau yang dah besar dengan sendirinya sampai sekarang. Sibuk nak jadi hipstur lah raver lah. The fuck man!!! Sedar lah sikit. Semua duit yang kau guna nak majukan diri kau sekarang datang dari mak bapak kau jugak. Berapa ramai bebudak yang sekarang lupa mak bapak sebab rasa dia dah besar, dah boleh bawak diri. Aku cuma takut, aku ni bukan berani sangat. Aku takut nanti aku lupa mak bapak. Biarlah aku jadi kebudakkan ini sebab aku rasa happy walaupun mak aku selalu menyampah sebab dah mengalahkan adik bongsu.

Kadang2 aku terfikir, aku ni bodoh betul ke... ataupun buat2 bodoh. Ha tulah dia masalah aku, bodoh fikir pasal orang lain sampai sanggup bodohkan diri sendiri. Ok statement tu kawan aku bagi. Yela.. aku ni tak tahu cara nak berkomunikasi dengan betul. So, disebabkan mak aku suruh jaga hati orang biar pun orang tu buat jahat kat kita, aku terpaksalah menggunakan cara berkomunikasi yang tak serius. Macam bodoh kan cakap seperti budak2. Pernah tak dengar aku cakap secara intonasi orang tua. Pasti ramai yang terasa biadap nya aku. hahaha aku dah kata aku tak pandai bercakap. Sampai satu masa ni aku kena tegur dengan makcik ni dalam pejabat, dah lah dekat situ banyak staf.
"eh awak ni memang biadap eh" hahaha lawak orang tua memang aku tak faham. Sebab apa!!! sebab aku rasa makcik tu bodoh. sekarang aku biadap aku tahu. tapi kalau kau dengar conversation aku dengan makcik tu, staf kat situ pun terkejut dia cakap apa salah aku. Dia kata aku cakap macam dengan kawan2. hahaha bodoh betul. Untuk pengetahuan makcik bukan semua orang pandai berkomunikasi secara teratur. 

Being positive every time is harder then I thought. But staying in negative situation every time is more harder than that. Sometimes, aku layan orang dengan baik, mereka kata pura-pura semua itu. Kalau aku buat baik., mereka kata tipu sajo tuh. hahaha memang aku tipu manusia. sebab apa!!! sebab aku nak jaga hati kau. aku taknak aku ni jadi orang yang betul2 jahat sampai kau pun tak suka aku. Bodoh bukan aku biarkan orang lain menindas diri sendiri. Ya jangan sampai satu masa si bodoh ini tinggalkan kebodohannya untuk kau itu selama lamanya. dan masa tu dia akan mula jadi bijak dengan memikirkan diri sendiri sahajoo... tapi aku ni lemah. hati kecik. tengoklah kalau ada aura yang tinggal lagi. nak buat macam mana . i need to let her walk away from this shit story of my life dah....

Saturday, 26 March 2016

BIDADARI

Kau orangnya periang. Susah menjangka mana tangisnya. Adakala kau gembira tak ingat dunia. Menggila macam tiada apa disekeliling. Dah macam dapat harta Ahmad Albab dah aku perhati.
Tapi tulah personaliti menarik hati. Tak semua macam kau. Sebab apa, kau boleh jadi seseriusnya dengan riak wajah tak menyenang hati. Jangan lah begitu lagi. Sebab aku tak mampu menahan takut dan risau, mengapa kau susah hati. Tapi di balik personaliti itu ada hati yang tebal. Tahniah aku ucapkan, sebab kau berjaya harungi semua ini.

Aku tumpang gembira mendengar cita2 kau. Kejarlah selagi kau mampu. Tapi aku nasihatkan jangan mudah tertawakan cita2 sendiri. Mungkin kau merasakan yang orang disekeliling melihat ianya sebagai lekeh. Tapi kalau kau usaha. Tak mustahil kau boleh dapat.

Kau tahu aku bukanlah orang yang gemar kepada muzik. Nak jejak kaki masuk bilik muzik pun aku rasa tak suka. Tapi aku suka bila kau dekat dengan muzik. Kau nak tahu, masa tulah kau akan jadi macam2. Serius main alatan pelik tuh, menyanyi tak ingat dunia. hahahha seronok tengok kau macam tu.

Tapi jangan lah kau tutup sayap itu lagi bidadari. Nanti tidak nampak serinya lagi. Jangan sampai nanti sudah tidak bercahaya lagi. Kau pasti tidak mahu itu berlaku. Biarkan semuanya berlalu pergi. Memang tak mudah. Tapi kau kena ingat jika sudah hilang semuanya nanti  tak ada guna penyesalan diakhir cerita ini. Terbang lah sepuasnya hingga kau dapat lihat nikmat yang telah diberikan ilahi. Agar kau sentiasa tunduk serendahnya kerana ketika itu kau sudah pandai belajar mensyukuri.

SCOUSE PROUST

Cukuplah. Berapa lama lagi kau nak macam ni. Kau nak jadi lain sebab nak jaga hati orang. Kesian, kesian aku tengok kau ni yang tak jaga hati sendiri. Dengan keadaan kau sekarang. Sedih betul hidup kau. Eh, belum tentu dia ingat kau kalau kau dah pergi pun. Tak sangka kau korban rasa gembira tu untuk kesenangan orang lain. Buat apa layan orang tak berjiwa macam tu.

Ada ketika aku tanya kau bila nak mula semula. Kau kata ini paling terbaik. Untuk apa kau buat semua ni. Kau ada ramai lagi, mereka semua ada situ-sini. Tak guna kau layan untuk seorang sahaja.
Aku tak faham kau ni takde jiwa atau tak berotak. Tapi aku harap kau patah balik. Biar satu hari kau sedar jika dia serius dia akan datang balik tak kira betapa teruknya kau waktu tu.

Apa pun aku dan yang lain akan sentiasa ditepi. Melihat kau berlari mengejar mimpi. Doa kami supaya kau berjaya. Agar kau tak tersakiti buat terkedua kali. Ingat jangan lupa kami jika sudah berjaya nanti. Terbang lah pergi wahai Sang Bidadari

Monday, 21 March 2016

LOVELY LACE-101

Terima kasih, sebab kau bilik aku wangi harini. Sorry lah buat kau bad mood masa birthday kau. So sampai sekarang kau punya hadiah ada kat atas meja aku. Nak dijadikan cerita kau punya hadiah menjadi tumpuan apabila pelancong melawat bilik aku. Ha betapa ruginya kau tahu tak. Dah lh mahai macam apa jaa. Mana taknye, budak lelaki bawak binatang tu masuk bilik. Dahlah pink. Kena gelak lagi kut. Kau jugak buat aku takut. Silap - silap kau tumbuk aku depan orang kannn... kau tu dah lah tak mampu diramal.

Pelik,aku masuk lovely lace. First time kut, dengan pekerja perempuan tempat tu yang sentiasa ikut aku. Bukan aku nak curi pun, ape entah masalah dia nih... frust aku. Salah sangat ke kaum lelaki nak pilih barang kat lovely lace. Bukannye gempak sangat pun tempat nihh..

Tengah aku duk jalan2, hehehe macam biasalah aku mesti pilih warna putih dengan pink. Nampaklah satu binatang ni, perut buncit, kulit putih dahlah berbulu, atas kepala adelah reben warna pink dengan pakai gaun warna pink. Adelah ciri2 kau sikit. Gurau sajoo. Yang peliknya tak pakai baju. Nasib baik wangi, kalau tak kena reject. 

Tapi tulah, sayang aku tak rasa kau nak amik masa birthday kau tuhhh... huh ape boleh buat maka si binatang itu bertapa diatas aku punya meja study. Kalau aku bagi sekarang pun dah dekat dua bulan nihhh... Tahun depan lah yer. Lagipun wangi dia dah kurang. Bagus jugak senanye, wangi sikit bilik aku hahaha . At least aku ingat kau setiap kali balik bilik kannn... 

Ade lah orang ni cakap kenapa kau tak bagi je. At least kau try. Biarlah dia, tahun depan kalau aku bagi hadiah dua pun belum tentu dia bagi aku hadiah birthday. hehehe jangan risau tahun depan aku bagi kau dua hadiah ehhh....

tapi bau binatang tu tak macam kau lah tu yang pasti nya. Beliau lagi wangi kut. 

Saturday, 27 February 2016

FROM KAJANG TO SERDANG



- 9:00 A.M. First ECHO test at Kajang

Light up the way for me.
I'm scared of the dark.
Illuminate the blackest road
With the brightest spark.

Light up my mind
When I'm feeling low.
Help me keep the dark thoughts away,
And make my mind glow.

Light up my world
With your beautiful, carefree smile.
Keep away everything that's evil,
Everything that's scary and vile.

Light up my candle
When I'm out to wander and roam,
So no matter how far I am,
I may always return home.

-9:30 A.M. In ambulance went to Serdang

Tomorrow smile at someone
That you've never seen before.
Take time to think of others that
You feel compassion for.

Tomorrow tell somebody
How they brighten up your day.
Let random acts of kindness
Put your feelings on display.

Tomorrow hug your children
Somewhat tighter than before.
Be sure to think of all the things
You can be thankful for.

Pat cation a little longer.
Hug and kiss your parent.
Thank your God for granting you
Another day full of challenge.

-10:15 A.M. Confirmation ECHO test 2 result

She has no special talent
No special beauty mark
No invention with a patent
No voice of a comely lark

No hourglass physique
No sunbeam likened smile
No lingering mystique
No manicured nails to file

But what she had she flaunted
With the style of a fur- lined stole
With the chic of a runway model
She flashed her beautiful soul

-12.30 P.M. Result confirmed

I wish I could have been there by your side...
For all the times you've wept and cried.

Know from my heart, what I say is true...
That I hurt for the pain you have been through.

Never alone shall you be,
Someday, freedom you will see

May your hopes and dreams come true,
No matter where you are, I'll always be here for you.

-2.30 P.M. First time in my life i said
                                            "God this time, I give up" 

I'm sorry for hurting you, like the way I do
I'm sorry for the hurtful things I always say to you
We know the fight will never last
but still the amount they do
I'd like to say I'm sorry for everything I put you through.

It kills me when we fight, and it scares me too
I always make you cry and it kills me when you do
As I write this now, I know this much is true
I love you with all my heart and will always be with you.

24/2/2016- rabu 

hari ini, 
aku aku pasrah. punyalah aku gembira tengok result 1st ECHO tuhhh... semuanya ok je dia tulis cuma ada satu perkataan kat bahagian tu dia tulis moderate. aku ingatkan jantung aku berdegup moderate, kira ok lah tu kan.
tup tup, masuk jumpa dr, dia kata semua ok but ade satu bahagian yang berlubang saiz moderate. mase tu aku chill lagi ingtkan kecik lah, bunyi macam biasa jer. hah, moderate tu saiz kedua daripada tiga, tapi disebabkan dinding jantung aku bengkak so saiz dia kearah membesar. i was wondering that boleh ke kalau kita tukar jantung dengan orang lain punya. yelahh takkan dr nak jahit lubang tu, tak pon sumbat dengan something. memang tak logik lah kan.

disebabkan keadaan itu. aku dipaksa naik ambulance untuk terus ke pakar di serdang. kau boleh bayangkan aku tak sakit tapi dia bawak ambulance macam aku kena gilis dengan tank. tapi hebat gak ah driver tu 20 minit je dah sampai. kat serdang pulak kena tolak naik wheel chair. hahaha best gak ada orang tolakkan sebenarnya. masuk bilik dr, terus buat 2nd ECHO. result sama.
and then tengok dr tu bincang cara2 nak tutup lubang tu. baru aku tahu yang dia boleh kerat jantung kita sesuka hati then letak something lepastu semuanya ok balik. i don't know how my condition is tapi apa yang aku tahu appointment daripada 30/6 jadi 16/3 .   but then aku agak mungkin teruk jugak lah sebab my mom nampak sedih. aku rasa bersalah because semalam birthday dia. sorry mom nothing i can do for you.

disebabkan nampak the whole family muram start daripada my father untill my youngest brother , amjad, so aku ajak diorang jalan2 ioi. lagipun dekat jer. sampai jer aku pun terus gi kat secret recipe and asked every one to picked one slice each. Red Velvet lah aku pilih sebab aku suka. biarlah mahal pun. then we go to the steak shack. lepaksitu dengan kek sebagai dessert. even every one still worried but i still can make them laughed. aku tahu aku jarang balik. so ni lah masanye aku boleh berhappy moment dengan family. lagipun nak tunggu sampai 16/3 tu semuanya aku kat sekolah sebab exam. and lagi satu mungkin 16/3 tu kena masuk wad dah untuk second surgery this year. lepastu jalan2 dalam tu. then balik permata.

mase spend time dekat icescape, aku tak masuk duduk luar je perhati adik2. masa ni aku mengeluh. aku kata aku dah give up aku pasrah apa nak jadi jadilah. naluri seorang ibu tu sangatlah hebat. mungkin my mom know yang aku tengah risau. dia datang bawak air then duduk sebelah aku.

"bang nak tahu tak duit kita boleh cari. nyawa tak boleh kalau nak ganti. umi tahu susah sakit macam mana. umi dah tiga kali beranak. umi tahu abang rasa sakit tu. mungkin abang boleh tahan. tapi sampai bila . sekali je lagi dan lepastu takperlu dah. trust me. andai kata 16/3 kena buat jugak, umi mintak abang buatlah ye."

lepastu umi senyum dekat aku. ya allah betapa kuatnya our parents they still smile. i hugged she full with my heart and i cried. mom i swear with my god's name i will take a super duper very good care of you and abah selagi berkudrat.




Friday, 12 February 2016

The Latter From M.Y.S.E.L.F.

Hey dude

I know you feel ashamed
I know you feel like
no one cares about you
Like you're a mistake

When you sit there and
think about what could
of been...
and what isn't

I know you feel scared

Scared about what you can
or can't do to your self...

All those scars on your body...
They're nothing compared to the
pain you feel inside...

I know that every time
They took those blades to
your skin....

You wish it could be different...
You wish they didn't make
the first cut....

Because now i know that
you're starting to realise....

Sometimes you feel
like you're falling...
And it is impossible
to get back up again

Sometimes you just
feel hopeless...
Like you might aswell
end it here....
because life isn't going anywhere...

You feel you've missed opportunities..
Like you're life is like
one big mistake...

But I need you to know
That there is some one
who cares.......
who always been looking at you...
who will listen...

Who is that dude?
He is the one who created us

Hurting yourself will
only destroy you......

Your life will become
one big cycle
of hurt and hiding...

You need to trust..

Hurting yourself is
really only hurting you

And you're all you've got
So learn to love yourself
to accept your failures

And realise that the only
person you can count on
is...
you and the all mighty

Trust yourself dude
love yourself...

Only you can let you down

So don't ever again hurt yourself
Be strong...
Be brave....


Tuesday, 2 February 2016

#SELIPARPUTUS

Semakin kita menerpa peritnya kesakitan
Akan datang satu persatu keindahan dari tuhan
Terpulang pada kita untuk sedar atau tak
Ubat yang dihadiahkan adalah kesabaran

Tanpa aku sedar
Ego diri ini menolak logik akal
Ritma alam mengubah suasana persekitaran
Indahnya dunia bila lupa tuhan
Manusia sering alpa, mungkin juga leka
Aku sedar disitulah aku tersadung dengan ujian darinya

Kehendak hati mengelola diri
Andainya ikatan tidak mati
Sedarnya aku bila hampir mati
Impian itu hanya satu mimpi
Hak tuhan untuk menetapkanya menjadi pasti

Satu demi satu jarum masuk ketubuh
Engkau rasa kesakitan itu jasad yang jatuh
Mungkin sekarang engkau tahu
Untuk apa amalmu itu
Andaikan jarum itu api, kau sudah pasti bersembunyi

dengan izin tuhan engkau jatuh membisu
tiada siapa disisimu yang tahu
malah engkau sendiri hampir terkedu
bila dikata hampir pulang menghadap yang satu

jika dulu umi senyum aku lahir kedunia
kenapa perlu menangis untuk beberapa detik ini
tidak perlu, teruslah senyum
kerana sekarang aku rasa cinta dari yang esa

biarkanlah aku bahagia
hanya untuk beberapa bulan sahaja
selepas itu tiada lagi
susah dihatimu, menyampah dimata itu

sudah pasti umi tidak suka
tapi aku sudah berputus asa
apa guna tahan sakit ini
tanpa penawar selamanya

aku tak cuba untuk sembunyi
perihal hidup atau mati
cuma aku tidak cerita
hal sebenar kepada semua
hanya senyuman di muka
yang aku terdaya

ada yang berkata seraya 
pastinya mustahil angan mu itu
aku sudah pastinya tahu
lagipun bukannya aku bersungguh seperti yang lain

cuma aku suka melihat
keindahan yang takdapat aku rungkaikan
bagaimana lebih dirinya pada aku
hanya untuk terhibur seketika

bezanya jelas ketara 
cuma aku sahaja sentiasa buat buta
tapi jangan risau 
aku hanya bergurau sementara di beri masa

berfalsafah tentang kehidupan tidak mudah
tapi sekurangnya aku mampu berkonklusi

"bila kita terlebih mencari yang sempurna,
  pastinya banyak yang terbaik kita akan terlepas"

kehidupan ini disulam berulangkali dengan ujian
disetiap ujian pastinya mencari kesempurnaan 
tapi beberapa ketika datangnya yang terbaik

tapi itulah aku sibuk memandang yang lain

ada yang diluar sana berbisik
menyuruh aku menjadi kuat sedikit

aku rasa jika engkau ada pada tempat aku
pastinya engkau akan berteriak
setiap malam seperti dihempap batu
nafas mu itu seperti ada yang menggangu

sudah pastinya engkau tidak berada di sekolah
mungkin tempatmu di rumah 
menghadap saki baki masa yang ada
menghitung hari hari didunia

ada yang suruh aku terus kuat
aku minta maaf
aku sudah habis kudrat
menahan perit hampir putus urat

tapi jangan risau 
aku masih mampu tersenyum
cuma terkadang aku terlena
sehinggakan lupa untuk menyapa