Tuesday, 10 May 2016

AKU DAN PEMURAH

Heeee ......

Hari ni tak tahulah kenapa aku bahagia sangat. Tapi pagi jelah. Sebab pagi aku dapat membuta sampai jam 11. Then, macam biasa... mak aku ni macam tahu2 je yang aku tengah buang masa. So, pejam mata nampak beliau 'koll'. Haish.... nasib baik dah jam 11 ke atas boleh lah aku goreng sikit 'chatting' dengan beliau. Dan aku tak bagi tahu pun yang sebenarnya 'admin' tak bagi guna 'pone'. 

Tapi tulah bila ade phone nih aku naik menyirap dengan satu benda. Ni dah jadi isu antarabangsa. Kalau di ikutkan hati mau aje aku report dekat ICC (CRIMINAL COURT).  Dulu masa aku takde phone takde pulak kau nak kacau. Nilah depa semua mesej aku benda bukan2. Kadang2 aku layan mungkin sebab terlebih masa. Tapi kebanyakan nye aku biarkan. Mana tak nye dia tulih '' Tahniah anda telah memenangi wang tunai sebanyak bla bla bla and what so ever yang depa nak tipu aku '' Tapi sebab kan hari ni lima mesej bertalu- talu so aku pun balas dengan keikhlasan sepenuhnya. Aku bagi tahu supaya derma je duit tuh kat anak - anak yatim. Pemurah bukan aku. Satu sen pun aku tak amik. 

Aku ingat kalau masuk lagi mesej macam ni nak derma kat permata pulak lah. Bukan apa, bilik aku takdak tirai panas der... tengah hari dah macam kat gurun. Malam pulak macam kat kutub. Nasib baik kipas laju.... 

" tak susah nak buat orang ketawa tapi susah nak buat orang terasa " 


Thursday, 5 May 2016

HUJAN

HUJAN
TERIMA KASIH KERANA KAU
HARI INI BERSINAR KEMBALI
LANGIT MEMBIRU
SESILAU SENYUMANMU
TINGGAL APA LAGI DALAM HATI
PERASAAN YANG SUSAH
UNTUK DI BIARKAN PERGI

MENGAPA…….
MENGAPA SETIAP KALI
KAU SIKSA SEBOLEHNYA
MUNGKIN TAK TERSENGAJA
TAPI CUKUP DALAM KESANNYA

SINARAN MENTARI GAH BERDIRI
SESERI DIRIMU HARI INI
TAK MAMPU DITATAP OLEH HATI
TAPI KESANNYA KEKAL DI SANUBARI

KILAT MENYAPA TATKLA SENJA
SINARAN BERSELANG DENTUMAN
TAK PERLU KAU TAKUT DUHAI PELANGI
KERUTAN ITU CUKUP MERESAHKAN HATI
ANDAI MAMPU DI UNGKAP
SUDAH LAMA DI TERPIK
TAPI ISTIMEWANYA KAU HARI INI
TERPEGUN MATA TERPESONA JIWA

BEGITULAH KAU HUJAN
KADANG HANYA MENYAPA
KADANG KAU MENGGILA
DATANG DAN PERGI

SEPERTI PERASAAN DIHATI
TAPI SUDAH TENTU
DARI ILAHI


Friday, 22 April 2016

AKU GIVE UP

Hari - hari adalah hari baru selagi jantungmu masih berlagu. Hari - hari adalah koreksi
kesilapan lalu. Biar di penghujung hari sebelum lena semalam kiraan mencecah sejuta satu.
Hari ini kamu mengira semula bermula dari satu. Selagi ada nyawa, selagi itu ada putaran U 
pada tiap salah laku.

"Bro nanti baca surah yusof"

Manusia itu fitrahnya menilai. Kehebatan yang ada pada YANG ESA itu membantu aku dengan menghantar dirikau manusia. Ada apa sebenarnya? Kenapa kau secara tiba - tiba. 
Tanpa ada bual bicara. Hanya menyapa selamba dan pergi begitu sahaja.

Tak sangka kau perasan manusia.
Betapa susahnya aku simpan perkara ini daripada dunia. Tapi kau cuba merungkai dan  berjaya juga temuinya. 

Ada apa sebenarnya?

Ada jawapan bagi gundah gulana , putus asa , dan segala rasa yang mendera jiwa.

"Sesungguhnya janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada 
berputus asa asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir"
- Al Quran 12:12

Hidup perlu terus biar
Taufan menggila perlu kau rempuh.
Selagi mana kau genggam erat tali agama,

INSHAA ALLAH BERJAYA






Saturday, 16 April 2016

ODIO

I know I'm not particularly 'muka lawa'
Not particularly 'kurus'
And I don't even have any outstanding talents
I'm not even the cleverest or funniest person 
you've ever met

But what I do know
Is how much I care

If you really knew me
You would give me a chance to show you

Tuesday, 12 April 2016

UMI KATA

Umi kata :

" kalau kau tak boleh buat orang bahagia
  jangan sampai kau buat dia membenci
  suatu hari nanti "

Heh menyesal aku tak dengar cakap Umi. Dah lah tu, aku rasa
ni yang last kut. Lepas ni aku tak kacau hidup kau dah . Ok, peace....


Thursday, 7 April 2016

SILLY IDIOT

I've always known she was taken
but something about her made me keep trying,
I used to flatter her with sweet pleasantries
knowing she would read between the lines,
I used to start a conversation with her
just to see her smile
a lot of times I made no sense at all
but she knew my intentions all the while,
I'm sure she knew exactly how I felt
as I reflect back on it now
but a beautiful smile of acknowledgment
was all she ever allowed,
I'm not sure which I adored most
her beauty or her style
or how would I react
if I knew the thinking behind her smile!    

- BERNARD SNYDER

SAKIT

Eh kau ni suka berahsia lah. Mana ade, aku ni orang paling jujur kau tahu tak. Aku tak bagi tahu sebab takde kepentingan untuk kau. Dan kau takkan pernah faham, kau kata kau patut tahu tapi aku rasa kau tak perlu tahu. Sebab apa macam tu. Sebab kau bukan boleh tolong. Aku hargai simpati kau. Tapi aku tak perlukannya. Aku tak perlu. Percayalah, aku tak perlu.

Kau kata kau faham. Tak, kau takkan pernah faham. Kau tu selalu fikir masalah kau besar. Macam dah takde harapan hidup kau. Apa kau tahu hanya merungut. Macam tulah hidup kau. Aku tak tipu, aku menghadap kau tiap tiap hari. Macam mana kau kata yang kau boleh faham. Sedangkan masalah kecik pun kau nak menggila, lebih gilanya daripada monyet kat sarkas.What do you feel when someone slit your throat every morning. Ha seronok kan. Tu tak tambah sakit kepala aku lagi. Kau kata aku tipu. Tak pe tu memang hidup kau, aku faham. Kalau kau rasa macam tu teruskan. Tak ade satu rugi pun dalam diri aku. Tak de satu pun. Apa je yang kau tahu, kau takkan pernah tahu macam mana bila dia kata dah takde cara nak buat. That time rasa macam all the isi bumi in your tummy. Rasa macam nak pecah perut sebab terkejut. hahaha memang rasa macam seronok. Tapi aku tak rasa kau nak cuba.

Ya aku tahu ego aku tinggi. Aku kadang kadang tak cerita pun dekat mak bapak sendiri. Aku taknak diorang risau lagi. Dan kadang kadang aku simpan. Sebab aku rasa, sakit sikit jer. Cuma bila aku dah tak boleh tahan sangat, masa tulah aku bagitahu. Macam sekarang, sapa dapat jangka dah dekat seminggu hidung dengan tekak aku berdarah. Baru harini aku bagi tahu parents,felo dengan kengkawan. Aku ni banyak menyusahkan hidup orang, aku tak nak sebab ni ramai lagi yang susah. Cukup lah, aku pun dah muak layan muka Dr. kat hospital tu. Aku dah pasrah. Kalau dah takde cara nak buat, biar jelah.

Ha bertambah bodohnya aku bila fikir pasal orang lain lebih pada diri sendiri. Kadang kadang aku happy sendiri, bila aku buat buat happy. Aku tahu kau mesti rasa hidup aku menyedihkan, macam forever alone je. Biar lah aku nampak seronok dan bodoh daripada aku terus layan rasa sakit ni. Bukan semua orang suka bila tengok someone berdiri macam mayat hidup. Kau adelah peyebab kenapa aku jadi manusia yang paling curious pasal kau. Kenapa tak boleh nak senyum macam dulu. Kenapa tak boleh tengok aku baik sikit. Paling tak pun tak payah buat muka marah sentiasa. Yang peliknya dekat aku sorang je. Makin murung lah hidup aku. Ada ketika aku takut kau akan menjerit kat atas muka aku.

For everyone out there. Aku dan keseluruhannya hidup aku. Aku sayang korang. Thanks for helping me to stand firm on my feet this day. And I hope nothing terrible in this life yang menggangu korang semua. Biarlah hidup korang happy forever after. But think first before you made a keputusan. Im sure yang korang tak nak menyesal macam aku sekarang. Ingat duit kita boleh cari, tapi nyawa seseorang kita tak boleh beli.