Sunday, 6 December 2015

Kerana dia berbeza .....

sakit

mungkin kerana kau hanya mampu melihat dia
dan engkau tidak boleh berbuat apa apa
sedangkan jaraknya tidak sampai se ela

setiap hari
mataku takkan lari
akan sentiasa kedua duanya memerhati
hari hari yang dilalui
oleh seorang srikandi

bukannya mudah
ya, itu pasti
aku sedar
aku tahu

jurangnya jauh berbeza
antara aku dan juga dia

mungkin yang pisahkan adalah rasa
ataupun mungkin yang bekukan adalah jiwa

bermula itu aku jadikan diri ini umpama camera
aku belajar sesuatu
apa yang aku mahu aku capture
agar ia hidup ini menjadi lebih sempurna

mungkin hanya angan2 yang semua rasa tidak berguna
tapi siapa sangka
aku rasa gembira

aku tak anggap ini semua nyata
kerana aku tahu aku sedang bermain
sambil menutup mata

cukuplah saat2 yang mungkin dia tidak tahu
riak wajahnya itu
bermakna buat aku

pernah satu hari
dia marah kerana ada yang bingitkan telinganya

pernah satu masa
dia senyum kerana ada yang mengusiknya

pernah satu ketika
aku melihat dia duduk makan tapi tiada teman di sisinya

pernah diwaktu itu
serba putih
aku melihatnya duduk
dan tunduk pada yang esa

dan pernah satu saat
dia tidak lagi bercakap dengan ku sampai bila2

dan pernah satu malam
mungkin cantiknya tidak seperti biasa
aku melihatnya berbaju merah
bertudung hitam
gelak tertawa
senyumnya manis seperti biasa

dan yang sentiasa bermain dihati
wajahnya berkerut bila ada yang tak kena

dalam semua itu aku belajar
mungkin dia sedar
ada yang mengacau
hari harinya yang indah dan memukau

siapa sangka satu hari
srikandi ini berbisik terus ke hati
biarpun tidak seperti biasa
tapi aku tahu dia tak selesa

mungkin dia bukanlah seperti bulan yang aku boleh selalu tatapi
terkadang dia menjadi matahari yang silaunya menundukkan hati

ya, aku minta maaf atas perbuatan ku ini
mungkin engkau tidak mengerti
kerana diri ini sudah tiada erti

tapi aku gembira
aku mampu tersenyum
menyimpan cerita cerita
yang mungkin suatu hari aku akan cerita
bila kau rasa hendak mendengarnya

dalam semua ini terjadi
seorang sahabat sudah menyedari
soalan terus dituju
mungkin kerana perasaan ingin tahu

mungkin yang lain melihatnya dengan wajah yang sembegitu rupa
tapi yakinlah
aku mungkin tidak sama

ada satu masa aku memerhati subuhnya
awal setiap masa
sudah tentulah hadir berjemaah bersama
bukan itu saja
lihatlah cara tuturnya
lemah lembutnya mebuai jiwa
mungkin dengan aku sahaja
lihatlah pula pakaiannya
labuh di tempat terbuka
tertutup sempurna

kerana aku yakin
 jika ianya berdasarkan cantik rupanya
pasti ada nanti yang lebih cantiknya dari si dia
untuk cari yang berterusan
cantiknya haruslah lebih kepada agama

dan aku akan terus berdoa
supaya dia jauh dariku
agar aku lebih peka
kepada tuhan yang maha esa




Monday, 9 November 2015

Hakikat 2 ( bantuan ilahi )

dalam kaki melangkah satu persatu menuju ke tempat yang tidak diketahui ... pasti ade angin yang melintang dan lubang yang tak berturap ....

adat manusia, tak pernah sedar yang kesenangan itu ujian kesusahan itupun ujian. itulah yang berlaku pada aku. dalam diri ini sedang cuba diperbaiki, hanya untuk bangun awal pagi melangkah ke surau dan menghayati beberapa potong ayat setiap hari, time tu jugak datang ujian yang terus menutup mata. bisalah iman tak kuat jangan cerita nak bangun subuh baca al quran apatah lagi. itu aku yang dulu. setiap kali aku solat doa supaya dikuatkan hati dan iman supaya dapat beribadah dengan sempurna tak pernah aku lepas.

biasanya aku awal, tapi hari ni lambat sikit sebab mandi dulu. bergegas aku ke surau, nasib baik imam baru angkat takbir. dalam berjalan masuk terhenti melihat muka - muka insan yang aku sangat takjub akan mereka. baik yang bergelar lelaki mahupun perempuan. bersinar muka - muka itu mebuatkan aku rasa hina. bermula dari hari tu aku nekad jadi kuat utuh seperti mereka. usaha berdiri dalam saf bersama - sama dengan niat mengembalikan zaman rasulullah bersama sahabat aku pahat.

tapi itulah ujian, datang nya untuk menjentik keimanan dengan menguji keikhlasan.

aku tewas, allah hanya uji dengan insan yang bergelar perempuan. dah lama aku perhatikan dirinya. orang nya baik ( depan akulah... dan dia bagi aku semangat nak belajar lagi ) bersulamkan keindahan perilakunya. apa yang membuatkan aku respect dia ni, setiap kali subuh mesti ade. tu je tak de menda lain dah. tapi itu lah yang dinamakan permainan syaitan. makin lama pudar tujuan utama aku dalam menjalankan perintah tuhan.

tapi betullah allah itu maha penyayang, dia datangi aku banyak insan yang sama - sama mengajak berbuatkebaikan. ya itulah teman. tak sangka semakin hari makin ramai teman aku yang turun bejemaah bersama - sama. lama - lama penuh satu saf dengan sahabat aku sahaja. mereka ini yang tarik tangan aku balik bila aku jatuh dalam kelalaian.

"eh kau nampak tak makin ramai budak lelaki batch kita turun solat berjemaah. kadang - kadang memang majoriti batch kita lah subuh "

aku terdiam. seketika memikirkan tujuan aku untuk turun subuh pada asalnya. ya , aku nampak mereka nilah yg menguatkan langkah bersama sama bangun awal pagi. mereka nilah yang sama sama kuat mengangkat takbir. allah aku lalai, aku lari sekejap ... tapi dia masih datangkan aku dengan insan yang membuatkan aku kuat dan tak terlepas dah ...

aku mula sedar. satu persatu aku tampal semula tiang yang sudah retak supaya utuh kembali.

tapi ustaz ade kata

"perasaan itu memang akan ade. tapi jangan pula kita siram rumput kalau nak suruh dia mati. biarkan, lama- lama matilah sendiri"

ya , memang dia akan mati sendiri ... tapi rumput susah nak mati. jadi walaupun aku sudah usaha sabar mendiamkan diri menundukkan hati kerana aku sedar itulah ujian yang allah letak supaya aku tahu yang

langkah yang diatur
bukan untuk mendada
sujud ku itu
bukan sekadar merendah

tapi ikhlas
tapi sabar
tapi taat

 itu yang patut diutama

semoga bantuan ilahai bersama sama insan yang ingin berubah ............


Hakikat 1 ( siapa aku? )

sejenak terduduk di atas jalan melihat keindahan ciptaan tuhan ....

haritu aku jalan kan rutin biasa. start pukul 8 pagi lagi bersiap nak jumpa pak cik ismail dekat masjid negara. harini tak sama macam kunjungan ku yang sebelum ini sebab pak cik ismail nak kenalkan aku dengan seseorang ni. katanya dia dah lama nak jumpa aku.

inilah hidup aku. seorang budak lelaki yang tak ramai kawan. aku pun tak berapa pandai cuma bolehla sikit - sikit. nama aku muaz. aku belajar kat area bangi. first time aku kenal pak cik ismail masa tu aku tekad nak cari istilah sunyi sepi dalam hidup. masa tu aku stress banyak masalah datang macam - macam lah jadi. lepastu ustaz kata kalau ade masa pergilah masjid, belajar dengan orang kat sana. ustaz cadangkan pergi masjid negara katanya ade kenalan lama. nama beliau adalah ismail. insyallah dia dapat tolong. dengar kata - kata ustaz tu aku nekad hujung minggu nak pergi jugak.

lama dah aku kenal pakcik ismail ni , dalam setahun lebih adalah jugak. bila first time kat masjid negara, masa tu time dhuha, solat dua rakaat then aku cuba cari carta organisasi masjid maklumlah masa tu malu nak bertanya lagi. tiba - tiba ade seorang tua ni, umur dalam lingkungan 70-an tegur aku. badannya kurus , tinggi nya biasa-biasa, raut wajahnya indah dipandang mungkin kerana kemulian hatinya.

"eh ... pak cik ni tak pernah nampak adik kat sini ... dari tadi pak cik tengok adik kat masjid ni tercari cari ... cuba bagitau kat pak cik mana tau boleh tolong..."

lembut aku membalas sapaanya dan memberi tahu apa yg dicari seharian ini.

rupa - rupanya dia lah pak cik ismail tu ... aku masih tak beri tahu kenapa aku datang . cuma beralasankan ustaz yg menyuruh saya berjumpa pak cik ... katanya disuruh tolong sama - sama berkhidmat pada rumah allah...

pak cik ismail ni salah sorang jemaah yang rajin berkhidmat kat masjid ni walaupun dia tak dibayar.
macam volunteer lah ... lama berkenalan dengan dia... aku makin kenal erti ikhlas ... melihat seorang khalifah yang meniti perlahan - lahan sisa baki hidupnya namun ... masih kuat mencuci membersihkan rumah allah untuk umat sejagat.... sedang anak muda menghembus vape dan rokok ,orang lama ini duduk termenung menghadap mimbar setiap hari menilai kembali dirinya...

sambung cerita asal... bila sampai je tengok2 ade imam sebelah pak cik ismail ... teruja nya aku selama ini teringin hati ini untuk berjumpa dengan ya secara berhadapan.. mungkin pakcik ismail perasan yang aku selalu menjenguk imam ke arah mana bila selesai solat di masjid.... pak cik ismail kata imam berminat nak jumpa aku bila dia cerita pasal aku kat imam...

kami duduk di bahagian tempat makan masjid... hari tu masjid buat makan - makan, memang rutin mereka apabila hari sabtu  petang akan ada pengagihan makanan kepada semua orang . jadi banyak jugak persoalan yang imam tanyakan kepada aku.... jenuh memikir cara nak menjawabnya ... maklumlah beliau bukan orang biasa2...

akhirnya imam ade bagi satu ayat yang memang mantap kena tepat kat hati

"adik kalau susah ke stress ke ingat, ambik wudhu' solat dua rakaat. masa solat jangan fikir apa2 dah kecuali mcm kejap lagi kita nak mati. lepas solat selawat minta pertolongan rasullulah. jangan lupa mintak mak kita doakan kita sekali ... insya allah tenang hati tu ... "

aku tak pernah cakap pun aku datang sini asalnya sebab stress...
lepas maghrib aku lepak dengan pak cik ismail kat atas kerusi . penat memikirkan cara macam mana nak cakap yang ni last day aku kat sini jumpa dia. bergengamkan cenderahati di tangan aku tak mampu juga menhan mata yang mula berkaca. aku memeluk tubuhnya. terima kasih aku ucapkan tak terhingga kerana dia telah mengubah hidup yang jahil ini untuk memandang dunia yang luas di depan mata.

dia kata tak apa kalau ada umur kita jumpa lagi. mata nya mula berkaca...pesannya supaya aku sentiasa jaga ibubapa walaupun sesenang dan sesusah mana hidup.. mereka jangan pernah duakan..
aku hanya mampu terdiam memikirkan apakah nasib insan ini nanti. rasa sayang sudah berbunga seperti datuk dan cucu ... apakan daya pertemuan itu akan disusuli kepahitan perpisahan. selamat tinggal pak cik ismail. kau banyak mengajar diri ini.





Sunday, 25 October 2015

- USAHAWAN - akhirat vs dunia

alangkah indah nya dunia ....
siapa pun kan tergoda ....

hmm.... bro kau tak rase ke nak jadi kaya ???

ade la jugak ....

ish.... best kut .... rumah besar, kereta besar semua benda lah besar ... kau tengok si ____ tu senang gila hidup dia jadi anak orang kaya ... kalau lah mak bapak aku kaya ... hmm...

eh kau ni tak bersyukur ke .... langsung tak kenang budi mak bapak .... kalau tak sebab mereka ... tak jejak kaki kau kesini ....



Detik ini menjentik minda dan hati ....
ya , pernah kah aku bersyukur dengan apa yang aku ada...
pernahkah aku ucap terima kasih kepada yang esa ...
mungkin tak pernah ....
sejak dari saat itu aku belajar ... kaya dan miskin ada bezanya ....



eh , bro ape cita - cita kau ???

usahawan kot ....

uish ... mesti kaya kan kau ni nanti ...

hmm ... tengokla kalau ade rezeki ....



Usahawan .... dengar macam seronok ...
boleh tak kalau aku nak kaya kat dunia dan akhirat serentak ...

bermula lah satu langkah demi satu langkah mencari dan ingin merungkai satu gelaran dan samaran yang sangat menarik perhatian ketika itu , iaitu USAHAWAN AKHIRAT .


semailah benih kebaikan di dunia ....
agar nanti ...
kau mampu bergembira menuai ganjaran untuk ke syurga ....

tirai keinginan manusia mampu menutup mata yang celik
sehingga dia lupakan ajal
yang mana kakinya sendiri tidak boleh mengundur atau patah kembali
daripada sesuatu yang dipanggil kematian

tak kemana jugak kau nanti
percayalah kau tak boleh lari
perkataan ini pasti
kau akan mati

kedekut jahat penipu
kau bukan nabi
kau tak maksum
percayalah kau pernah buat tu

sekali jatuh ingat tuhan
rasa macam sekejap lagi mati
tapi bila dah sihat
kau boleh buat maksiat
dah lupa akhirat

otak letak kat mana
hati dah takde ke
tanya diri balik

esok mungkin aku mati
sekejap lagi mungkin aku mati
bila - bila aku boleh mati

kau pun sama
ingat sana tak sama mcm dunia
buat amal tak kesah bila

senyum salam sedekah
satu - satu kau boleh buat
kalau senyum pun tak boleh
gua tak boleh jamin lu lepas titian sirat

mengharap redha allah
tapi kau umpama mencaci allah
macam mane nak dapat bro....

tolong berubahlah manusia sezaman
cuci mata tu
berus hati tu
bersihkan lidah dan telinga tu
sebab pintu taubat terbuka untuk kamu









Wednesday, 16 September 2015

- anak perantau - jasad bersendiri hati merindui .....

Hari ni dah boleh balik .... tapi macam biasalah aku akan balik lambat ... aku bukan saja - saja balik lambat , tapi ....  hmm ... biarlah dulu nanti aku cerita ..

Aku sedar aku bukan dari keluarga yg senang .... biasa - biasa je .... tapi aku bersyukur sebab semua tu ajar aku something yang aku rase semua orang tak rasa ... andai kata makanan kegemaranya yang mahal - mahal ... aku bukan yang macam tu ... makanan aku yang melekat kat perut aku sampai hari ni mestilah telur mata dengan kicap .... kadang - kadang apa yang ibu kita suap itu lah yang paling sedap ....

Hati kalau dah rindu ... buat semua pun dah tak jadi .... betapa aku rindunya rumah .... nak jumpa semua orang .... makan .... makan ... makan .. tu jelaa yg aku ingat dalam minggu ni ...

Kadang - kadang aku rasa sunyi .... tak dapat gaduh ngan adik - adik ... tak dapat tengok TV sampai tengah malam ... kalau kat rumah aku rasa semua benda tu bosan tapi hari ni aku tahu itu semua lah yang bersama aku semasa aku membesar kat rumah...

Memang lah rasa nak balik awal .... sape tak dengki tengok kawan - kawan dia semua balik awal ... asyik - asyik kau je sengsorang kat sekolah ... hahahaha ... tapi tu membuatkan aku lagi rindu nak balik rumah ....

Aku pun pelik kenapa aku nak sangat belajar jauh - jauh dari rumah ... mungkin sebab semua sedara aku macam tu kut ... itulah persoalan pada mulanya ... tapi aku tahu sekarang .. semua ini kerana ibubapa ku ...

 Tapi aku sangat - sangat la serba salah ...

 aku mungkin bukan macam AHMAD AMMAR yang sanggup berjuang untuk agama , yang ada cita - cita untuk syahid ...
aku mungkin tidak sehebat AL-FATEH yang bijak sehingga dapat menawan kota instanbul ...
aku mungkin bukan SALAHUDDIN AL - AYUBI yang waruk dan soleh perwatakannya ...
aku mungkin bukan seperti BILAL yang cinta teramat kepada kekasih allah ...
aku bukan seperti ANAK - ANAK PALESTINE yang berani berdiri untuk agama ...

aku bukan macam mereka ... aku sangat - sangat lah tak mampu jadi macam mereka ... tapi percayalah ibu ... paercayalah ayah .... aku sedang cuba ... aku sedang memahami ... aku sedang melangkah untuk jadi sehebat mereka .... aku sedang cuba jadi ammar, al fateh , salahuddin , bilal dan semua orang yang kau ingin aku jadi ... ini semua akan aku buat supaya terukir senyuman didalam hatimu jika teringat kan daku ...

mungkin cita - cita aku tidak setinggi mereka ... tapi cita - cita mereka tidak sehebat aku ... aku tak kesah mereka nak mempertikaikan ... boleh jadi cita - cita aku akan lebih di berkati dari mereka yang merendahkan cita - cita ku ... aku redha ... ilmu yang aku cari semuanya untuk aku perjuangkan atas nama agama ...

kadang - kadang aku mungkin tergelincir diatas titian hidup ... jangan risau ibu ... jangan risau ayah... ada sahabat yang capai tangan ini ... ada orang yang sanggup pimpin tangan ini ... istirehat lah dikau.. wahai ibu dan ayah ...

percayalah aku sedang cuba .... aku sedang cuba ... aku sdang cuba ..... menjadi insan yang terus berdiri memperjuangkan agama satu hari nanti ... semoga kau memberkati apa yang aku hajati ...

rindu hati ini
sehingga tak dapat ku hadami
tetap teguh jasad ini
berdiri untuk apa yang kau hajati

-muazhusaini
-17/9/15

Friday, 11 September 2015

- DESIGN ENGINEER - aku bukan sesiapa ....


Kali ni aku nak cerita pasal satu group yang aku dah join ...

Mula - mula aku ade dengar yang PERMATApintar nak buat satu audition pasal F1 IN SCHOOL .
Dengar macam best tapi ... aku still tak berminat sangat ...

Then , seminggu sebelum audition ade lah sorang kawan aku ni dia nak sangat masuk audition tu tapi takde group.. Aku kesian tengok dia so aku pun join la team dia .. tapi still kena cari dua member lagi... so secara tak langsung aku pun terlibat laa dengan F1 IN SCHOOL ...

Time audition dua orang lagi tarik diri sebab malas katanya ... tapi nasib baik kerja semua jalan so kami berdua terpaksa lahh bentang hasil kerja mereka ... sebenarnya aku tak de niat pun nak masuk mula2 ... just nak tolong kawan sorang ni jee... kalau tengok peserta lain ... ramai je yang lagi hebat dari aku ....

Seminggu lepastu result audition keluar ... mula2 aku tak kesah , yelaa aku tak target pun nak masuk...
then ade la sorang mamat ni cakap kat aku yang aku masuk utuk wakil PERMATA ... WTH !!! terkejut beruk aku ... dengan presentation sakai mcm tu boleh masuk ... 

Aku pun balik bilik nak tengok result tu kat FB .... betapa hairannya aku .. kawan aku yang nak masuk sangat tu tak terpilih pun... aku pulak yang kena terlibat ... 

Ok takpee ... dah lepas satu hal ... 

Lagi satu halnyee team mates aku tu haa... mula2 aku tak percaya aku boleh buat kerja dengan orang yang mcm tu ... al maklumlahh diorangkan rajin... aku ni jenis malas sikit ... 

( 2 BULAN BEFORE COMPETITION )

Aku rase time ni team mates aku tak buat kerja sangat lagi kecuali GRAPHIC DESIGNER ...
sebab dia sibuk buat logo , baju and other stuff ... (aku tak kate yang lain tak buat kerja tapi bagi aku kalau takde progress maksudnya kerja tak jalan) 
Aku ni jenis yang kalau semangat tu sekejap je ... so time aku semangat jela aku jalan kan tugas aku sebagai DESIGN ENGINEER ... 

Sebenarnya aku buat kereta tu ala kadar je ... tak hebat manapun .. tengok team lain semangat belajar macam2 pasal kereta ... 

( 1 BULAN BEFORE COMPETITION )

Ok sekarang aku jujur time ni aku bengang dengan team mates aku ... manelah tak nye .. duit satu habuk pun tak masuk ... yang masuk tupun aku carikan ... sorry gaiss tapi aku bukan nak kata team kita tak boleh menang ... kalau gaya macam tu dari awal memang tak laa nak menang ... 

Korang selalu duk marah aku sebab aku kate kita takkan menang ... walaupun gaya aku main2 je ... tapi aku serius ... aku nampak ape yang jadi ... korang tak perasan ... kalau kerja tak jalan macam mane nak menang ... 

( 3WEEKS BEFORE COMPETITION )

Time ni aku sepatutnya hantar design kereta aku untuk di manufactured ... tapi bile esok nak kena hantar , design aku pulak kena delete ngan mamat mane entah ... 

Aku dah putus ase dah sebenarnya ... Mase aku nagis sorang2 ... rumet lama aku kata baik kau buat daripada kau nangis ... kau tak kesian ke kat team kau ... kalau takde kereta tak boleh menang la team kau kan???

So aku korban kan tidur malam aku .. untuk buat kereta tu semata2 ...  tapi bila dah hantar banyak pulak masalah dia ... itulahh .. inilah ... frust jugak aku .. 

 ( 24 HOURS BEFORE COMPETITION )

Mase ni kereta baru siap pasang tayar ... it is not an easy job to make sure the allignment straight but we give you one night friend to make sure it is perfect like the other team ... kalau team lain boleh straight kenapa kita tak ...

lepastu booth tak siap setup lagi ... slide presentation still tak buat ... then sibuk dengan breaking system ...

aku dah kate breaking system tu tak penting sangat pun nanti dia bagi jugak tuala ... tapi sibuk jugak nak buat ... ok takpe buat la... then the result ... breaking system tak ade .. sebab tak boleh potong dinding dia tebal sangat .... mase tu memang nampak team kita tak boleh menang ape2 sebab takde ape yang nak dibanggakan ... memang penting think positive tapi agak2 laa ... utamakan yang penting dulu ....

( RESULT -3/9/15-)

Macam yang aku jangka ... kita tak menang ape2 ...


But still kita dapat pengalaman macam mane nak buat kerja dengan betul... aku bukan nak kata tak nampak mase depan dengan korang ... tapi kalau kita sama2 tak ubah cara kerja memang tak boleh menang ... aku dah tak rase nak masuk lagi (untuk mase sekarang lah) ... so korang boleh cari ahli team lain kutt kalau nak masuk next year ... baik cepat nanti jadi macam tahun ni ... so kalau ade budak PERMATApintar bace just bagi tau VIPER'15 aku dah taknak masuk ...

So gaiss itulah kisah aku sebagai seorang design engineer yang mungkin aku terhenti disini atau masih ade sambungannya lagi... so goodluck untuk team baru VIPER '16 .... harap korang dapat gi national next year ....

-muazhusaini
-designengineer
-viper'15

-muazhusaini
-designengineer
-VANQLYX'16
-championtobe...


Saturday, 5 September 2015

Sebab aku tahu ... Aku tak salah ^^



GURU BUKAN DEWA DAN SELALU BETUL  ,

                        DAN MURID PULA BUKAN KERBAU.



Kadang - kadang ade orang tegur aku ...
Cara aku salah ...

Aku tak kesah kalau aku tahu aku betul ...
Jangan biarkan pendapat kita disekat ...
oleh kata - kata manusia , rotan , denda dan sebagainya ...

Ramai dah pelajar sekarang belajar kerana markah ...
Bukan lagi kerana ilmu ...

Ade orang cakap bila guru mengajar untuk gaji ...
Maka murid akan belajar kerana exam ...

Aku bukan tak setuju ...
Usaha penting kalau nak jadi orang hebat ...
Bukan nak tepikan guru ...
Tapi aku rase semangat nak belajar tu kena ade ...
Usaha lebih supaya kita tahu setakat mana tahap kita ...

Jangan lah dalam kelas pun mcm nak kena suap ...
Kesian lah dekat cikgu tu sibuk cari bahan untuk kita ...
Tapi kita hanya buat sekadar untuk exam ...
Baik tak payah belajar...






Monday, 24 August 2015

Hari Ini Punya Cerita -V3-

beberapa hari aku tunggu nak post benda ni...
apakan daya kalau air sentiasa jatuh tidak pernah kering jikalau aku menatap nukilan ini ..acehh ade pulak part yang tak kelaka kat situ

so senanya tak de ape ponn  sajo sajo je malas aden nak bercerita  panjang lagi pasal yang tuu
tapi kat sini ambe nak bagi tau...
kat hang pa semua

"ALLAH TANGGUHKAN SESUATU DALAM HIDUP KITA .. ADE SEBABNYA"

so jangan lahhh sedihh - sedihh selalu ...

nah akak aku pernah suruh post tapi aku tak terpost pulak...
hambik nii ...
baca jangan tak baca...

Terang sinar menyuluh kebenaran ,
    Mencari ketenangan dalam kesibukan,
Apakah engkau sedar wahai hati ,
    Setiap waktu ada nilai tersendiri .

Engkau pergi membawa diri ,
    Mencari insan terpaku dihati ,
Adakah kau rabun duhai mata ,
    Kerana yang dicari didepan sahaja .

Kalau bermesra lupakan dunia ,
    Jauh pula kau tepikan duka ,
Bukan semua yang kau harap ada ,
    Syukur atas nikmat daripada yang esa .

Aku menulis bukan kerana cinta,
    Aku bercerita bukan tentang dia ,
Aku melihat tidak semuanya sempurna,
    nukilan ini datangnya dari jiwa .


 #keempunanceklatputih
#bye2

Friday, 21 August 2015

Hari Ini Punya cerita ... -V2-

Petang tadi mak aku call ...
Dia kata nak datang singgah PERMATA
katanya dah lama tak tengok muka aku.

biasanya bila cakap nak datang PERMATA  dia mesti happy
tapi kali ni lain sikit bunyi nyaa
aku dah rase ade something...

petang tu aku ade kelas ..
sebenarnya aku tak de mood nak belajar bila dapat call macam tu
so kelas petang tu aku risau ..
benda ape yang dia sorok sebenarnya

habis je kelas aku terus tunggu dia kat compund asrama
bila dah sampai 
aku pun layan jela macam biasa 

diorang ajak pegi makan 
aku pun ikut 

lepas order tu kita orang pun berbual
time aku tengah layan phone kejap ..
mak aku tanya sihat ke tak
haaa sekarang aku tahu ada yang tak kena 

selamber nya aku tak jawab soalan tu 
then aku tanya balik 
kenapa tiba - tiba datang ..
mesti ade yang tak kena 

mula - mula mak aku taknak bagi tau 
last sekali diorang bagi tau jugakk

..............

Hari Ini Punya cerita ... -V1-

Terang sinar menyuluh kebenaran ,
    Mencari ketenangan dalam kesibukan,
Apakah engkau sedar wahai hati ,
    Setiap waktu ada nilai tersendiri .

Engkau pergi membawa diri ,
    Mencari insan terpaku dihati ,
Adakah kau rabun duhai mata ,
    Kerana yang dicari didepan sahaja .

Kalau bermesra lupakan dunia ,
    Jauh pula kau tepikan duka ,
Bukan semua yang kau harap ada ,
    Syukur atas nikmat daripada yang esa .

Aku menulis bukan kerana cinta,
    Aku bercerita bukan tentang dia ,
Aku melihat tidak semuanya sempurna,
    Nukilan ini ku tujukan kepadanya.
  







Wednesday, 19 August 2015

BUTA HATI KATANYA....

Terang sinar menyuluh kebenaran ,
mencari ketenangan dalam kesibukan ,
adakah kau tahu wahai teman,
setiap detik membawa keindahan.

Jauh kau pergi membawa diri,
mencari insan terpahat dihati,
adakah kau rabun wahai mata,
yang dicari didepan mata.
 
Ramai yang tak bersyukur dengan benda yang berada di sekeliling ..........

Hari ini aku kenal kasih sayang seorang ayah,

Mungkin dia tak mampu nak tunjukkan kasih sayang ...
Jauh disudut hati amatlah ikhlas membesarkan anaknya yang tercinta...

Nak dijadikan cerita ....

Petang tadi roomate aku kata bapak dia nak datang sekolah ...
Dah nak sampai katanya ...
Tapi lama aku tunggu sebab nak jumpa bapak dia...
Rasa pelik dalam minda berlegar2...

Dekat dengan pukul tujuh .... barulah ayah dia sampai ...
Terhenjut2 berjalan...
Aku mula rasa pelik...
Tangan macam tak berfungsi...

Aku pun tanya kenapa???
Roomate aku kata jatuh motor ...
Tadi jalan licin hujan..

Aku pun tanye kenapa dia datang ....
Katanya untuk hantar ubat...
Sebak rasa hati ini dibuatnya ....

Hanya kerana beberapa kotak ubat ...
Insan yang bergelar bapa sanggup menunggang motor dengan sebelah tangan retak.....
Tambahan lagi jalan licin ...

Jadi tak kisah seteruk mana parents kita .....
Hargai lah mereka selagi mampu....
Sekali seumur hidup je ada ibubapa kandung....

Thursday, 28 May 2015

Cinta ke tak???

hehehe...
    orang kate kalu cinta kat sesuatu tu dia akan buat segala - galanya untuk pasangan dia .

tadi aku duduk sorang2 , tiba - tiba ade mamat ni datang masuk bilik aku ...

"bang2 nak cerita sikit boleh tak?? saye ade masalah ni .. "

aku pun layan laa , muke die mcm terdesak je ....

"saye ni ade maslah lahh , tapi tak tahu nak bagitau sape . saya nampak abang mcm ade masalah jugak kan .. duduk termenung je tiap hari kat tepi tingkap tu ."

aku pun senyum jelahh ....

"saye nak tanye abng lah kann.. pernah ade awek tak??"

*aku jawap pernah

"abang cinta ke suka diaa... mcm mane dah dia ngan abang "

aku jawap dengan lembut

"dik2 , awek abang tu sayang sangat kat abng , tapi abng tak tahulah lagi cukup cinta tak dekat dia. tiap2 hari dia bagi abang semangat , semua nya dia bantu abang."

budak tu pun jawap

"wahh ... hebat lahhh ape rahsia abang ... kongsilah sikit"

*selambernye aku balas

"kau nak tahu kerr .. sini aku bagi tips ...
1. tiap2 hari mesti dating lima kali , paling penting mesti tepat pada waktunya
2. jangan pernah lupa dia walaupun kau senang
3. jangan pernah abaikan hadiah yang dia bagi
4. jangan pernah lawan cakap dia , ikut jer ape yang dia nak

tu jelahh , kalau kau buat semua tu confirm cinta kau akan kuat kat dia...
heh "

*budak tu pun terdiam

"susah nya ...bang   , BTW ape yang abang tengok kat luar tuhh . "

"terkenang mase silam abang , mase tu abang selalu buat jahat kat awek abng ni.. "

"bang sebenarnya ape tu cinta sejati .. ''

''tak tahu lerr... sebenar nya ... cinta sejati tu antara kau dengan tuhan kau je kutt ... tak kuat yang tu mcm mane nak kuat cinta dengan anak dara orang .. btul ak ? ''

so kesimpulan nya check balik ....

1. solat kita macam mane
2. kat mane tuhan kita dalam diri kita
3. alquran tu bace ke idokk
4. amal ma'ruf nahi mungkar

#ifyouarereadingthisimreallylovesyou
#myfriends
#thanksbudak


Wednesday, 14 January 2015

NIKMAT YANG SIA SIA???

Datang seorang sahabat dan bertanya ....

   " Apa tujuan kau hidup ??? " (dengan keadaan slamber dan berlalu pergi )

Tidak pernah ku endahkan  soalan tu sehingga semalam ...

Ketika ceramah Ustaz Hazim ....

    "Dosa dan cinta satu perkara yang berbeza . Dosa yang kita lakukan tidak mampu menghalang cinta kita kepada rasulallah..."

Tersentak hati apabila terdengar ayat itu....
Ya ini memang bulan Rabiul awal ...
Bulan kelahiran nabi allah yang tercinta ....

Tapi adakah hati ini cinta kepadanya ....
Adakah mulut ini sentiasa mengingati nya ....

Pada malam itu , ketika mendengar satu ceramah UAI..

  "Jangan rasa diri ini susah kerana ada yang lagi susah .. jika kita selalu dicaci, rasullah lagi sentiasa di caci ... jika kita sakit ,rasullah lagi sakit menyebarkan dakwah .... tapi bila kita tak sabar rasullah selalu sabar .... jadi bila kita marah , sedih dan sebagainya ingat rasullah ... yang pertama sekali ingat cinta kepada allah dan rasulnya ... tidak ada sesiapa bleh sampai ke allah kecuali melalui nabi ... jika nabi tak ajar kita solat kita takkan kenal allah..."

Wahai hati sejauh mana cinta ini kepada kekasih ilahi....
Duhai hati ingatkah kita kepada kekasih ilahi ...

Terasa sayu bila melihat seseorang yang berjuang untuk kita bagi mengecapi satu nikmat yang dipanggil islam ...

sahabat ingat hargai masa yang kita ada ....
sentiasa ingat tuhan boleh tarik nikmat itu dengan sekelip mata ...
dan hargailah perbuatan orang itu walaupun dia hanya membersihkan papan hitam....


Tuesday, 13 January 2015

TERDETIK DIHATI INI .....

Apa yang aku cari dalam dunia ni ???

Tatkala sunyi sepi menguasai hati , terbuka satu ruang bersama ilahi ...... 
Tuhan kenapa mesti aku ...... bukan dia , dia dan dia ....
Kemana kau mahu bawa aku pergi wahai yang maha kuasa .....
Kenapa jalan ini yang engkau coretkan untuk aku ilahi ..........

Jauh di sudut hati berjalan satu insan yang bernyawa tapi tidak berpenghuni .....
Terkesan insan itu bila diri sunyi , bila diri marah dan sebagainya ....
Tapi kenapa tuhan ,
ini yang kau catatkan......

Hilang jasad menyepi,
dan sunyi minda buat seketika ....
Jauh mana aku cuba menyembunyikan jasad  .........
Tapi minda sentiasa berpinar mencari sesuatu yang kurang .....

Terdetik kenapa didalam hati .....

Melihat sahabat yang riang gembira , duduk bermain bersama , 
Tapi kenapa aku tidak merasa semua itu ......
Aku sudah bersama mereka pada waktu yang sama, bermain bersama ....
Tapi kenapa aku tidak merasa semua itu .....

Ya tuhan apa sebenarnya yang kau cuba tunjukkan ...
Diri ini hina tapi kau letak bersama insan insan berharga ...
Diri ini lemah tapi kau letak bersama - sama orang yang kuat ...
Tersisih diri bila cuba membina satu ikatan , 
Yang biasanya semua ciptaan terindahmu memanggil sahabat....

Ya memang aku lemah tidak berdaya .....
Memang aku hina dibanding dengan mereka .....
Tapi ini amat berat untuk ku bangkit semula .....

Suatu hari datang seorang hambamu kepadaku .......
Dikoreknya insan yang jauh didalam hati keluar ......
Keluarlah  ia perlahan lahan melihat dunia yang samar  ....

Lintas seketika di sudut hati........
Tuhan insan ini akan berjaya...........

Banyak tikaman insan ini telah rasa .....
Masanya untuk pulih semula .......
Cuba menjadi penawar semua .....
Membaiki lubang kecacatan untuk mencari rakan karibnya  ......

Minda yang biasa dikuasai hawa nafsu...

Terdetik di hati , inikah dimana coretan baru bermula ...

Sudah , bangun semula ........
Aku tak mahu semua ini lagi ...
Biar masa yang ku sia siakan  pergi ....
Sebanyak mana aku tergelincir aku tidak akan pahat di hati ...

Percayalah teman ,
Dimana kau berdiri.......
Ada sesuatu yang menanti ....

Percayalah teman ,
Dimana kau tinggal ....
Kau tidak akan berasa janggal....

Dan percayalah teman,
Jika kau sunyi ....
Tiada tempat yang lain untuk kau mengadu selain ilahi....