Tuesday, 6 May 2014

5/5/2014




HARI INI SAYA ADA KELAS JATI DIRI . SAYA BELAJAR TANTANG BANGSA . PADA MULANYA KAMI DIARAHKAN UNTUK MENYENARIKAN NAMA BANGSA UNTUK SETIAP MURID DIDALAM  FOUNDATION 1 . TERDAPAT BANGSA MELAYU , CINA ,BANJAR,JAWA DAN BRUNEI SABAH . KEMUDIAN KAMI PERLU MEMILIH BANGSA.SAYA MEMILIH BANGSA BANJAR .SEHELAI KERTAS TELAH DIBERIKAN DAN KAMI PERLU UNTUK MENULIS TENTANG BANSA TERSEBUT . ANTARA BENDA YANG SAYA DAPAT TENTANG BANJAR INI ADALAH MEREKA AMAT MEMENTINGKAN PERKAHWINAN .DAN ASAL BANGSA INI ADALAH DI INDONESIA.SELEPAS ITU KAMI PERLU MEMBENTANGKAN TENTANG APA YANG KAMI TELAH TULIS.SEBELUM HABIS KELAS CIKGU MENGARAHKAN SEMUA KUMPULAN UNTUK MEMBUAT SATU VIDEO UNTUK SETIAP BANSA . KAMI BERASA SEPERTI TIDAK BOLEH BUAT KERANA CIKGU BAGI MASA HANYA SEMINGGU.......




4/5/2014

HARI INI SAYA HANYA DUDUK DALAM BILIK SEBAB NAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH  .SAYA SENTIASA TERFIKIR TENTANG IBU SAYA YANG SEDANG MENJALI PEMBEDAHAN . SAYA HANYA DAPAT MENGETAHUI BERITA TENTANG IBU SAYA MELALUI WHATSAPP .PADA JAM 2.30 PETANG AYAH SAYA MENGATAKAN BAHAWA PEMBEDAHAN ITU BERJALAN DENGAN BAIK.AYAH SAYA TELAH MENGHANTAR BEBERAPA KEPING GAMBAR KETUMBUHAN YANG ADA DALAM RAHIM IBU SAYA . MUNGKIN AGAK BESAR SEPERTI TAPAK TANGAN SAYA . BENDA ITU AKAN DIBAWA KE MAKMAL DI KUALA LUMPUR UNTUK DIKAJI . BETAPA LEGA NYA HATI SAYA SELEPAS MENGETAHUI YANG PEMBEDAHAN DENGAN SELAMAT .

Sunday, 4 May 2014

3/5/2014

hari ini saya boleh balik sebab prof benarkan . saya balik sebab , ibu saya akan menjalani satu pembedahan kerana beliau mempunyai ketumbuhan dalam rahim.mungkin hari itu dia ingin meluangkan masa nya bersama anak-anak nya .beliau membawa saya dan adik -adik saya berjalan -jalan di kuala lumpur . mungkin hari ini bukan lah hari yang gembira bagi saya , tapi saya harus tersenyum untuk mengurangkan keresahan dalam hati ibu saya . walaupun saya tahu hari ini ibu saya tidak berapa gembira. di dalam setiap senyumannya ada sesuatu keresahan yang teramat ...... saya tak tahu kenapa hari ini saya rasa macam ujian Allah itu sebenarnya lebih besar daripada planet ini,sebab saya terfikir kenapa allah berikan keluarga saya ujian sebesar ini.kemudian saya melihat kembali semua orang yang saya pernah jumpa dalam kesusahan semua daripada mereka akan tersenyum lepas itu . mungkin ujian ini memerlukan kesabaran yang sama nisbahnya dengan ujian itu

to umi : abang doakan yang terbaik , moga allah lancarkan semua urusan umi , dan umi selamat.
to abah : abang mintak maaf sebab tak boleh tolong jaga umi , sorry kalau abah sakit abang tak telefon.
to amjad :abang mintak maaf kalau abang banyak sakit kan hati adik ,abang tahu abang tak pandai nak bermain dengan adik tapi abang akan cuba
to nani: sorry abang selalu buat nani sakit hati , memang abang tak pandai nak bergurau dengan akak

30/4/2014

Pada pagi ini, seperti biasa, subjek elektif. Saya menghabiskan masa elektif dengan membuat kerja-kerja yang perlu dihantar segera. 

Apabila sampai di makmal kimia, Cikgu Mohd Nor tiada. Kami tunggu dan tunggu dan akhirnya kelas kimia pada pagi itu tiada cikgu.saya  agak sedih kerana tidak dapat belajar tajuk yang sepatutnya kami belajar pada hari itu. Saya kemudiannya segera ke kelas Muzik setelah waktu Kimia tamat.

Kelas Muzik memang menyeronokkan >< Dari dulu lagi saya sangat ingin belajar lagi dalam dalam subjek Muzik. Dalam kelas Muzik pada kali ini, saya belajar tentang Major. Tak lah susah sangat untuk memahami topik-topik yang dibincangkan.

Petang itu, saya meghadiri kelas Fizik. Kami telah mendapat satu tugasan baru iaitu assignment yang diambil kira sebagai carry mark. Saya akan cuba untuk siapkan kerja itu dalam masa yang terdekat walaupun subjek Fizik adalah di antara subjek yang susah untuk difahami. Saya dapat tahu kelas seni dibatalkan. Saya agak gembira kerana dapat merehatkan badan pada watu itu..

Kami diberitahu bahawa esok akan diadakan aktiviti Explore Race, jadi malam ini tiada prep :D Yeay! Boleh lah nak rehat-rehat sikit dalam bilik.. Ok lah, nak tidur awal sikit ni, tak sabar nak tunggu Explore Race esok ><

1/5/2014

Bulan Mei!!!!!Hppy birthday Miss Su dengan Hakim 

Saya nak cerita tentang aktiviti Explore Race .Pemenang akan ditentukan melalui kumpulan markah dan bukannya masa terpantas. Kami mesti selesaikan cabaran dalam semua 12 checkpoint.Kami diberikan sejumlah wang / markah untuk setiap check point dan extra money.Kami diberikan seratus markah pada setiap check point , jika kami tidak dapat memuaskan juri di situ markah itu akan di tolak.  Explore Race mula dalam pukul 8 pagi. Saya termasuk dalam kumpulan 3. Mula-mula, kami kena decrypt satu mesej untuk cari checkpoint pertama.kami terpaksa kepakaran kriptology untuk mencari mesej itu.


Checkpoint pertama kami di tepi kolej lelaki. Kami kena mencari kunci dan mangga didalam baldi yang penuh dengan pasir dan batu.Kami hanya menjumpai mangga sahaja .Lepastu kami terpaksa didenda kerana tidak menyiapkan tugasan itu.kami diberikan secawan air susu yang di kisar bersama peria dan garam.Saya sebagai ketua kumpulan merelakan diri untuk meminum air tersebut. air tu bukanlah teruk sangat , cuma masin sikit. Kemudian, kami pergi ke checkpointseterusnya.

Kemudian, kami meneruskan perlumbaan ini ke checkpoint-checkpoint yang seterusnya. Macam-macam benda kami kena buat.Berlakon, melukis, macam-macam lagilah. Memang mencabar, memenatkan dan semestinya menyeronokkan ^^ Denda pun macam-macam. Menari, tengok video pelik, conteng muka, dan benda-benda pelik yang lain.



Dalam pukul 12 tengah hari, kami berjaya selesaikan cabaran di setiap checkpoint.Kami makan sedikit dan berkumpul di Dewan Serbaguna untuk menyampaian hadiah. Kumpulan saya dapat . Oklah tu. Bersyukur je lah.
Pukul 1, aktiviti Explore Race pada hari ni pun tamat. Penat gila! Tapi seronok! Esok sekolah macam biasa. Malasnya~ 

2/5/2014

Hari ini tak banyak perkara yang berlaku. Kelas pertama hari ini adalah kelas sejarah. Cikgu tak ada, kami pun tak tahu apa sebab cikgu tak ada tadi. Oleh sebab itu, saya dan rakan-rakan sekelas meluangkan masa dengan menyiapkan kerja matematik.

 Lepastu, kelas Mathematics. Miss Su ada. Sebelum kelas tamat, kami sempat nyayikan lagu 'Happy Birthday' untuk Miss Su!

Lepas minum pagi, saya pergi ke kelas Falsafah. Lepas beberapa minit tunggu, cikgu masuk kelas sambil bawa dua buah beg. Kami memang dah excited sangat bila nampak beg tu. Sebabnya, kami dah tau yang cikgu nak bagi aiskrim hari ni! Kami dapat aiskrim 'Magnum mini' dan 'Cornetto mini' setiap seorang. Sedapnyaa~  Kelas terakhir pada hari ini ialah 'Spiritual Circle'. Pada pukul 3.30 petang pula, Cikgu Syakina buat kelas PAI. 

Petang tu saya ade program rubbish-o . saya rasa penat tapi pegi jelaa sebab diwajibkan.rupanya kami ada gotong royong.saya dan rakan sekelas telah diarahkan untuk membersihkan kawasan blok makmal fasa 2.Kami diiringi oleh akak AISHAH AZHAR DARI 5K3.

Konsep dan Istilah Komponen Sastera

KOMPONEN SASTERA (RUJUK BLOG BM :http://bmpmrspm.blogspot.com )


A. Konsep penting yang perlu diketahui dalam komponen sastera:


1. Personafikasi:Personafikasi bermaksud “member unsur manusia atau benda hidup kepada bukan benda hidup”.

Contoh:

i. Angin sepoi bahasa di pinggiran pantai itu menampar pipiku. (menampar ialah perbuatan manusia)
ii. Dedaun kelapa di pantai melambaiku riang. (melambai/ riang ialah perbuatan/sifat manusia)
iii. Dingin malam menggigit tulangku. (menggigit ialah perbuatan manusia)

2. Metafora:Metafora bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung tanpa menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan sebagainya”.

Contoh:
i. Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik sekali.
ii. Suaranya lantang guruh sambut menyambut.
iii. Merah darah mengalir di tubuhku.

3. Simile:
Simile bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata bandingan iaitu seperti, umpama, bak, bagai, se dan sebagainya”.

Contoh:
i. Hatinya hampa bagai kaca jatuh ke batu.
ii. Suaranya merdu seperti buluh perindu.
iii. Dia diam bak tahu apa yang tersirat di fikiranku.
iv. Wajahnya sehebat peribadinya.

4. inversi:Inversi ialah “pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik”.

Contoh:
i. Semalam petang dia datang menjengukku. (sepatutnya “petang semalam”)
ii. Panas cuaca petang itu melelahkan tubuhnya. (sepatutnya “cuaca panas”)
iii. Kopi secawan diteguknya puas-puas. (sepatutnya “secawan kopi”)

5. Singkop:Singkop bermaksud “singkatan perkataan”.

Contoh:
i. “Dia dah datang semalam, Pak Abu” kata Ariff perlahan.
ii. “Biarlah kubawa diri yang terluka ini”, balas Wan Kamariah.
iii. “Cerita tu mungkin benar”, jelas Inspektor Zamri ringkas.

6. hybrid:
Hibrid bermaksud “penggabungan beberapa perkataan menjadi satu perkataan sahaja”.

Contoh:
i. Hatinya bisupilu mendengar penjelasan itu.
ii. Dia tidak akan ikut rentaktari pengikutnya yang marah itu.
iii. Begitulah adattari kehidupan sebagai seorang nelayan.

7. Anafora:
Anafora bermaksud “pengulangan perkataan pada awal baris atau ayat”.

Contoh:
i. Dia masih berdiri di situ. Dia mengingati saat manisnya di kota Paris.
ii. Masihkah lagi kau mengingatiku. Masihkah lagi detik itu kau ingati.
iii. Belum tiba masanya dia bersuara. Belum tiba masanya dia mengakui hakikat itu.

8. Epifora:Epifora bermaksud “pengulangan perkataan pada akhir baris atau ayat”.

Contoh:
i. Hatinya mengimbas luka lama. Perasaannya masih terpilu oleh luka lama.
ii. Biarlah Dila menangis. Atau Shafik juga akan menangis.
iii. Abang membesar dengan lampu minyak tanah. Aku Berjaya jugadengan lampu minyak tanah.

9. Diksi:
Diksi bermaksud “pemilihan perkataan yang sesuai dengan sesuatu cerita yang ditulis”.

i. Contoh: (Katakan cerita tentang perjuangan seorang tentera)
Dia menggalas rifel dan melakukan serangan hendap di garisan hadapanplatun itu.

ii. Contoh: (Katakan cerita tentang keagamaan)
Malam itu dia mendengar usrah daripada ustazah. Bibit-bibit nur menjelma di jiwanya.

iii. Contoh: (Katakan cerita tentang cinta/ kasih sayang)
Hatinya terlalu rindu. Belaian kemesraan itu sering kudambakan.

10. Asonansi:Asonansi selalunya digunakan bagi mengulas sesuatu hasil puisi (sajak/ pantun/syair dan sebagainya). Asonansi bermaksud “pengulangan vokaldalam sesuatu baris ayat”.

Contoh:
i. Adakah ayah amat marah akan kakak lagi.
Pengulangan vokal ‘a” sebanyak 13 kali.

ii. Di sini kita masih tercari-cari erti harga diri sendiri.
Pengulangan vokal “i” sebanyak 12 kali.

iii. Untung juga usahaku rupanya.
Pengulangan vokal “u” sebanyak 6 kali.
11. Aliterasi:
Aliterasi bermaksud "pengulangan konsonan dalam sesuatu ayat".
Contoh:
i. Gadis gigih itu menggigil gementar.
Pengulangan konsonan "g" sebanyak 7 kali.
ii. kakak masih kaku ketika kita kembali.
Pengulangan konsonan "k" sebanyak 8 kali
12. Bombastik/ hiperbola:
Bombastik atau hiperbola ialah "perbandingan atau pemilihan kata yang berlebih-lebihan"
Contoh:
i. Suaranya bom atom meledak bumi.
ii. Badannya ringan seringan atom yang beterbangan di udara.
13. Alusi:
Alusi bermaksud "penggunaan watak atau watak sejarah dalam puisi".
Contoh: (sajak)
Pemudaku hari ini
gigihlah berjuang demi tanah air
bawalah pesan Hang Tuah Melayu tak kan hilang di dunia
sambutlah hasrat sang Maharajalela

14. Rima akhir:Rima akhir bermaksud “bunyi perkataan yang ditandakan dengan ‘huruf akhir’ pada sesuatu ayat”. Hanya digunakan untuk mengulas bahan puisi sahaja seperti sajak/ pantun/ syair dan sebagainya.

i. Contoh: (pantun)

Dua tiga kucing berlari. (ditandai dengan “a”)
Manakan sama si kucing belang.(ditandai dengan huruf “b”)
Dua tiga boleh kucari.(ditandai dengan “a” kerana huruf akhir sama dengan baris 1)
Manakan sama ibu seorang. (ditandai dengan “b” kerana huruf akhir sama dengan baris 2)
Oleh itu, rima akhir pantun di atas ialah “abab”.

ii. Contoh: (sajak)

Matanya pejam bisu (a)
hati membarah sudah (b)
tetkala pekat malam menjelma (c)
dia hanya mampu (a)
menggalas suka duka kehidupan (d)
ranjau tajam di rantauan (d)
Oleh itu, rima akhir sajak di atas ialah “abcadd”.

12. Perlambangan/ imejan:Imejan bermaksud “penggunaan perkataan lain yang mempunyai maksud berlainan”.

Contoh:
i. Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda)
ii. Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)
iii. Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/ kemerdekaan)

13. Watak dan perwatakan:Watak ialah “pelaku dalam sesebuah cerita dan berfungsi untuk menyampaikan idea penulis”.

i. Watak utama : watak penting yang menghidupkan sesuatu cerita. ( watak penting 1 sahaja)
ii. Watak sampingan : watak pembantu kepada watak utama. (banyak watak sampingan)
iii. Watak bulat/ bundar : Watak yang dinamis dan boleh berubah sifat/ sikapnya.
iv. Watak pipih : watak yang statik dan tidak berlaku perubahan. Contoh: Jika jahat terus jahat hingga akhir)
v. Watak antagonis : watak penyambut yang biasanya negatif. (Datin Salmah dalam Konserto Terakhir)
vi. Watak protagonis : watak pemula yang biasanya bersifat positif. (Hilmi dalam Konserto Terakhir)
vii. Watak kodi : watak nenek kebayan (Contoh: cerpen Peminangan Puteri Gunung Ledang)

14. Plot:
Plot ialah “jalinan peristiwa atau rentetan cerita yang berasaskan sebab dan akibat”.

Terbahagi dua:

i. Perkembangan plot (terbahagi 5)
Perkembangan cerita bermaksud “jalinan/ jalan cerita dari awal hingga akhir”.
a. Pengenalan
b. Perkembangan
c. Pertentangan / konflik
d. Puncak cerita / klimaks
e. Peleraian

ii. Teknik plot (terbahagi 6)
Teknik plot bermaksud “cara sesuatu cerita / teknik sesuatu cerita itu disampaikan”.

i. Pemerian/ penceritaan : biasanya pengarang bertindak sebagai pencerita.
Contoh:
Hilmi datang dari kampung di Kedah. Dia hanya lulus darjah empat sekolah. Dia ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan……..

ii. Dialog : Penceritaan melalui perbualan 2 orang watak atau lebih dengan secara jelas.
Contoh:
“Bila kau datang, Hilmi?” Datuk Johari bertanya. “Petang tadi. Ibu kirim salam”, balas Hilmi.

iii. Monolog : penceritaan melalui kaedah watak bercakap seorang diri.
Contoh:
“Oh, aku harap kau akan subur terus, cantik dan wangi!”, kata Hilmi pada bunga di hadapannya.

iv. Monolog dalaman : Watak berkata di dalam hati atau dalam fikirannya serta tidak terkeluar kata-kata.
Contoh:
“Cis, sial sungguh budak Hilmi ini!” getus hati Datin Salmah.

v. Imbas kembali/ flashback: Pengulangan semula cerita lama.
Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang mengingati kisah lama. (Saban hari menorah getah. Hasil getah dijualnya kepada Taukeh Lim. Duit itulah digunakan menyara ibunya yang sudah tua. Ibunya sakit tenat………)

vi. Imbas muka : Menceritakan peristiwa yang belum berlaku.
Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang memikirkan nasib dirinya. Alangkah baiknya jika dia juga anak orang kaya. (Setiap hari dia akan berkereta mewah. Memandu laju sambil di kelilingi gadis kota. Setiap malam dia akan mengunjungi nite club. Kalau tidak di Kuala Lumpur pasti dia akan ke …….)

15. latar:Latar terbahagi kepada 3:

i. Latar tempatLatar tempat bermaksud “tempat sesuatu cerita itu berlaku”. Contohnya, di Kuala Lumpur, di sekolah Henry Gurney, di rumah pak Mat, di kebun sayur Ah Ming dan sebagainya.

ii. Latar masaLatar masa bermaksud “waktu atau masa sesuatu peristiwa itu berlaku”. Contohnya pada zaman dahulu, pada tahun 2003, pada minggu lepas, pada bulan Januari, pada waktu malam, pada siang hari, pada pukul 4.00 petang dan sebagainya.

iii. Latar budaya/ masyarakatLatar budaya atau masyarakat bermaksud “keadaan masyarakat atau budaya di mana peristiwa itu berlaku”. Contohnya, masyarakat Malaysia, masyarakat moden, masyarakat petani, masyarakat seniman, masyarakat Cina, masyarakat yang suka membantu, masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan tahyul, masyarakat pelajar dan sebagainya.