Sunday, 4 May 2014

1/5/2014

Bulan Mei!!!!!Hppy birthday Miss Su dengan Hakim 

Saya nak cerita tentang aktiviti Explore Race .Pemenang akan ditentukan melalui kumpulan markah dan bukannya masa terpantas. Kami mesti selesaikan cabaran dalam semua 12 checkpoint.Kami diberikan sejumlah wang / markah untuk setiap check point dan extra money.Kami diberikan seratus markah pada setiap check point , jika kami tidak dapat memuaskan juri di situ markah itu akan di tolak.  Explore Race mula dalam pukul 8 pagi. Saya termasuk dalam kumpulan 3. Mula-mula, kami kena decrypt satu mesej untuk cari checkpoint pertama.kami terpaksa kepakaran kriptology untuk mencari mesej itu.


Checkpoint pertama kami di tepi kolej lelaki. Kami kena mencari kunci dan mangga didalam baldi yang penuh dengan pasir dan batu.Kami hanya menjumpai mangga sahaja .Lepastu kami terpaksa didenda kerana tidak menyiapkan tugasan itu.kami diberikan secawan air susu yang di kisar bersama peria dan garam.Saya sebagai ketua kumpulan merelakan diri untuk meminum air tersebut. air tu bukanlah teruk sangat , cuma masin sikit. Kemudian, kami pergi ke checkpointseterusnya.

Kemudian, kami meneruskan perlumbaan ini ke checkpoint-checkpoint yang seterusnya. Macam-macam benda kami kena buat.Berlakon, melukis, macam-macam lagilah. Memang mencabar, memenatkan dan semestinya menyeronokkan ^^ Denda pun macam-macam. Menari, tengok video pelik, conteng muka, dan benda-benda pelik yang lain.



Dalam pukul 12 tengah hari, kami berjaya selesaikan cabaran di setiap checkpoint.Kami makan sedikit dan berkumpul di Dewan Serbaguna untuk menyampaian hadiah. Kumpulan saya dapat . Oklah tu. Bersyukur je lah.
Pukul 1, aktiviti Explore Race pada hari ni pun tamat. Penat gila! Tapi seronok! Esok sekolah macam biasa. Malasnya~ 

No comments:

Post a Comment