Wednesday, 14 May 2014

NOVEL

KUASA SATU PERSAHABATAN
BAB 1
BERMULANYA SUATU KISAH

Jam berdering kuat menunjukkan 8:30 pagi. Syed pun terjaga dari tidurnya. Dia sudah terlewat untuk ke lapangan terbang. Dia bergegas untuk mandi dan terus ke lapangan terbang . Dia hampir terlepas penerbangan itu .
Didalam kapal terbang.Semasa kapal terbang ingin berlepas , Syed telah menerima satu panggilan yang tidak di ketahui siapakah si pemanggilnya.dia telah menjawab panggilan itu.salah seorang pramugari mengarahkan nya supaya meletakkan panggilan itu. ‘’ Muaz sudah balik , jumpanya di tempat biasa kamu lepak dahulu.’’  Kemudian dia meletak panggilan itu. Syed berfikir sebentar ‘’ aku dah ada dalam kapal terbang takkan aku nak pergi jumpa dia,tapi dia banyak tolong aku. Aaaaahhhhh!!!!.’’
Syed bangun dari kerusinya dan cuba untuk memanggil pramugari tersebut. Kemudian dia terbaring di lantai secara tiba – tiba.Pramugari tersebut terus memberi tahu kapten supaya berpatah balik ke lapangan terbang .
Kemudian syed di sorong dengan menggunakan kerusi roda untuk ke ambulan .  Tiba –tiba Syed bangun dan melompat turun dari kerusi,dia terus berlari keluar daripada lapangan terbang dan mendapatkan satu teksi.
Ketika di dalam teksi , Syed mengarahkan supaya pemandu teksi itu ke kawasan  KONDOMINIUM PAVVILION. Kemudian dia menelefon  Aqil untuk mengambil nya di sana .
Ketika itu Aqil masih tidur . Ketika  dia menjawab panggilan telefon dari Syed , dia terus bangun dan bergegas seperti lipas kudung . dia memakai baju dan terus keluar dari rumahnya.ketika itu syed telah berada diluar rumah dan mereka sepantas kilat pergi ketempat mereka selalu lepak dahulu.
Di dalam keretamereka berbual – bual . Perasaan yang sangat teruja kerana rakan baik mereka dan juga telah membantu  mereka untuk lebih berjaya . ‘’Kau ni aqil jangan lah terlalu gopoh sangat ,perangai kau ni sama je macam dulu,ni sampai seluar pun tak pakai.’’
Setelah tiba mereka meninggalkan teksi tersebut tanpa membayar nya.Mereka berlumba menaiki tangga untuk sampai ke puncak tangki air.Ketika mereka berada diatas ,hanya seorang sahaja disitu . Mereka menjerit – jerit dan memanggil muaz.Tapi hanya zuhdi sahaja di atas tangki air itu.





BAB 2
-20 TAHUN LEPAS-

Mereka menuju ke arah Zuhdi dan bertanya di mana Muaz. Zuhdi memberi mereka se cawan kopi panas. Lalu dia menunjukkan telefon barunya. Zuhdi menunjukkan gambar isterinya , rumahnya ,kolam renangnya dan kereta barunya . Zuhdi juga memberitahu mereka bahawa dia ada surat perjanjian dengan Professor Husaini yang dicari ramai. Tapi surat  itu masih belum ditandatangani.
‘’Kau suruh kami datang sini hanya untuk tunjuk benda tu saja , kau tahu tak, aku terpaksa batalkan penerbangan aku.Haaa!!!!’’ kata Syed. Syed terus mencampakkan air kopi tadi kemuka Zuhdi .
Zuhdi hampir menangis, lalu dia mengeluarkan sehelai sapu tangan dan pergi kearah dinding yang berlumut. Dia mengesat – ngesat dinding itu sehingga kelihatan satu tulisan. Tertlis disitu 19.2.14 . ‘’korang tak ingat benda ni !!! 20 tahun lepas masa kita masih belajar .’’Syed dan aqil terkejut melihat tulisan itu . mereka berdua hampir terlupa .
Ketika itu mereka semua sedang belajar di University Kejuruteraan Langkasuka. Mereka semua mempunyai seorang professor yang amat tidak disukai semua murid . Namanya adalah Professor Virus . Beliau adalah seorang yang keras kepala. Muaz tidak menunjukkan kebijaksanaan dan kebitaraan nya di dalam kelas. Tetapi Zuhdi cuba untuk menjadi  murid yang paling pandai di dalam kelas. Namun setiap kali peperiksaan Muaz lah yang mendapat tempat pertama . Aqil dan Syed selalu mendapat tempat terakhir. Suatu hari mereka bertiga ingin mengenakan Zuhdi kerana Zuhdi lurus bendul ketika itu. Mereka tahu Zuhdi tidak pandai bertutur dalam Bahasa Langkasuka . Pada hari guru Professor Virus telah menyuruh Zuhdi untuk memberi ucapan dan ucapan itu haruslah dalam bahasa Langkasuka . Zuhdi amat bersemangat dan terus mencari guru bahasa untuk meminta pertolongan . mengetahui perkara itu Muaz,Aqil dan Syed membuat satu rancangan untuk mensabotaj Zuhdi. Mereka telah menukar teks ucapan yang telah disediakan oleh zuhdi.
Pada hari guru tersebut Zuhdi telah memberi ucapan dan ucapan itu seperti memerli Professor Virus . semua pelajar ketawa . Zuhdi fikir ucapan nya itu betul . Professor Virus memarahi Zuhdi. Zuhdi tahu ini kerja Muaz dan rakan – rakannya , jadi dia terus mencari mereka bertiga di atas tangki air mereka membuat perjanjian untuk melihat siapa akan Berjaya 20 tahun lagi.



BAB 3
KENANGAN LAMA
Kemudian mereka menanyakan Zuhdi satu soalan , ‘’Jadi kau tahu Muaz di mana ???’’ . Zuhdi menganggukkan kepalanya . ‘’Jadi bawa kami kesana sekarang.’’ Mereka semua terus pergi kesana menaiki kereta Zuhdi . Perjalanan  ke daerah Danlop dari situ mengambil masa 5 jam sepatutnya tetapi dengan kereta Zuhdi mereka boleh sampai dalam hanya masa 3 jam .
 Ketika dalam kereta Aqil dan Syed teringat kisahnya bersama Muaz. Ketika itu mereka baru sahaja melihat keputusan peperiksaan . Aqil dan Syed berada di tempat paling bawah sekali manakala Muaz di tempat yang pertama. Jadi kedua – dua ibu bapa Aqil dan syed memanggil Muaz kerumah mereka . mereka ingat penyabab anak mereka gagal adalah Muaz.
 Jadi setelah tiba di rumah  Syed,  Muaz terlihat banyak gambar – gambar yang sangat cantik. Terdapat gambar ganbar flora dan fauna terlekat didinding rumah itu. Muaz bertanya kepada Syed mengapa dia tidak mengambil bidang fotografi sahaja??? Syed hanya membalas dengan senyuman.Kemudian bapa Syed datang dia menyuruh Muaz untuk tidak  mengacau anaknya lagi kerana dia inginkan anaknya berjaya. Syed adalah harapan keluarganya.
Kemudian mereka kerumah Aqil. Ketika itu rumah Aqil kelihatan usang.mereka masuk ke dalam rumah . Ibu Aqil menjemputnya duduk .Kemudian ibu Aqil membuat 3 keping roti untuk mereka. Ibu Aqil menceritakan tentang kesusahan hidup mereka . Mula - mula adik Aqil yang ingin berkahwin tetapi tiada duit , ibu Aqil yang dah lama tidak membeli baju baru dan ayah Aqil yang terlantar kesakitan . ketika ibu Aqil sedang bercerita ayah Aqil bersuara perlahan . kemudian ibu Aqil menggunakan  penguli yang digunakan untuk membuat roti tadi untuk menggaru ayah Aqil.Mereka berasa loya melihat perbuatan ibu Aqil itu. Ibu Aqil juga ada mengatakan bahawaaqil adalah harapan keluarganya.



Ketika mereka sedang pulang ke Universiti.Mereka berasa lapar . Kemudian mereka terlihat satu majlis perkahwinan. Jadi mereka merancang untuk ke majlis tersebut. Ketika  di majlis tersebut mereka mengambil makanan yang sangat banyak . Kemudian Muaz terlanggar seorang gadis yang sangat cantik.Perempuan itu sangat marah kepadanya.Ketika itu Muaz hanya merenung mata gadis itu. Dia sudah jatuh hati dengan gadis itu.Tiba - tiba   tanpa tak disedari rupa – rupanya majlis itu adalah majlis perkahwinan anak sulong Professor Virus . Mereka terkejut dan terus meninggalkan majlis itu……
Malam keesokannya ketika Muaz sedang berjalan jalan dia menerima satu panggilan yang mengatakan bahawa ayah Aqil sakit dan ambulan terlalu lambat. Muaz terus berlari ke rumah Aqil. Tiba – tiba dia terjumpa  gadis itu . dia meminjam motor gadis itu dan membawa  gadis itu kerumah Aqil . Kemudian Muaz mengangkat ayah Aqil naik ke atas motor dan menunggang motor ke hospital secepat mungkin. Muaz membawa motor masuk terus ke bilik kecemasan.Setelah beberapa  minit Aqil bersama ahli keluarganya dan gadis tersebut tiba di hospital. Aqil memarahi Muaz kerana berlaku sedemikian.Tiba – tiba doktor keluar dan beritahu bahawa ayah Aqil selamat kerana cepat sampai. Aqil merenung mata Muaz dan memeluknya . Perasaan sebak tidak boleh ditahan oleh Aqil . Dia meminta maaf kepada Muaz.
Kemudian Muaz balik ke universiti nya. Dia menyerahkan kunci motor kepada gadis itu dan berterima kasih.Muaz memperkenalkan dirinya kepada gadis tersebut dan Muaz menanyakan nama gadis tersebut . Gadis itu memberitahu muaz bahawa namaya adalah Fatimah. Kemudian Muaz pergi dari situ….
Ketika berada di bilik Muaz menceritakan tentang perkara itu kepada  2 orang kawannya tentang  gadis tadi. Muaz ingin meminta maaf kepada gadis tersebut. Jadi mereka merancang untuk menceroboh rumah gadis tersebut.

Keesokan malam nya mereka bertiga pergi kerumah Professor Virus , mereka terus pergi ke bilik gadis tersebut . Ketika itu Muaz membacakan sajak untuk gadis tersebut.Setelah selesai, kakak gadis tersebut yang bangun dari katil itu. Dia mengatakan  bahawa Muaz seorang yang romantic  , beruntung sungguh adiknya. Kemudian gadis tersebut jatuh hati kepada Muaz . Sebagai tanda minta maaf , Muaz mengajak perempuan itu keluar makan malam.Sebelum terjun dari tingkap muaz menyebutkan kata – kata hikmat yang selalu  disebut olehnya yaitu ‘’ all is well’’.Kemudian bayi di dalam kandungan kakak gadis tersebut menendang.Terkejut kakak itu . Kemudia dia ,menyuruh Muaz menyebut perkataan itu lagi dan sekalilagi bayi itu menendang . Tiba – tiba mereka terdengar satu tin cat terjatuh .Professor Virus terjaga . Muaz terus lari keluar rumah. Professor Virus sempat menyuluh muka aqil ketika itu.
Esoknya Professor  Virus memanggil Aqil dan menyuruh nya masuk kedalam biliknya. Ketika dia disana Professor  Virus menyuruhnya duduk . Aqil disuruh untuk menulis surat. Professor  Virus menyuruh Aqil menyalin apa yang dikatannya . Ketika itu aqil terhenti kerana surat itu adalah surat berhenti pengajian.Aqil merayu kepada Professor Virus supaya memberinya peluang. Professor menyuruh Aqil untuk memilih Muaz atau pembelajarannya . Jika dia mahu terus belajar dia perlu untuk tidak berkawan dengan Muaz.
Aqil tidak tahu mana yang perlu dipilihnya. Dia terus pergi ke tingkap dan terjun.Kaki Aqil tersangkut dengan wayarlampu dan dia terkena kejutan elektrik. .Kemudian Muaz yang berada dibawah terus pergi kearah Aqil. Dia menelefon ambulan . Kemudian ketika ambulan pergi ke hospital Muaz membantu ambulan dengan menaiki motor dan menyuruh semua kenderaan ketepi. Dia melakukan itu walau terdapat darah yang berlumuran di bajunya .
Setiap hari Fatimah dan ibu Aqil pergi kehospital untuk melihatnya . Fatimah bangga dengan sikap Muaz yang sentiasa mencuba untuk menyedarkan Aqil.
Aqil masih selamat tetapi dia koma kerana kejutan elektrik.Macam – macam cara digunakan untuk membuat kan  Aqil sedar semula . Sampaikan satu ketika Muaz pasrah dan dia memarahi Aqil . Dia kata bahawa adiknya akan berkahwin dengan Syed secara percuma . Tiba – tiba Syed tersedar mereka semua gembira . Muaz menangis kerana sebak…….
Banyak lagi yang mereka fikirkan tentang Muaz termasuk cara mereka untuk mendapatkan kerja ……….


BAB 3
SIAPA MUAZ ???
Ketika tiba di daerah Dunlop , mereka tercari- cari dimana rumah Muaz .Di sana mereka menanyakan salah seorang tua . Dan orang tua itu menunjuk kan jarinya kearah salah sebuah rumah yang besar . Rumah itu terletak diatas bukit.mereka segera menuju kesana .
Setelah tiba mereka  melihat ramai orang yang serba putih. ‘’Mungkin ada kematian ‘’ terdetik di hati Aqil. Mereka terus masuk kedalam rumah. Mereka lihat sekujur tubuh terbaring diatas lantai . Mereka bertanya kepada orang disitu dimana Muaz ??? Salah seorang daripada lelaki disana menujukkan kearah seorang lelaki diatas kerusi. Mereka pergi dan menegur nya , “Muaz ???” Lelaki itu menjawab “ya saya’’. Mereka terkejut kerana muka Muaz sangat berbeza . ‘’Betul ke kau ni Muaz yang aku kenal’’. ‘’Betul  aku  ni  muaz….  kau  ni Aqil dan Syed kan ??? Aqil dan Syed pergi melihat sijil tamat sekolah mereka . Namanya disitu uga tertulis Muaz.kemudian terdapat sekeping gambar tahun akhir mereka.Muka didalam gambar itu sama seperti gambar Muaz yang sekarang……
Mereka berasa hairan dan terus pergi dari rumah itu… Selepas upacara pengubumian ayah  Muaz , mereka datang lagi kerumah  itu …. Kali ini mereka bertanya dengan kasar di mana Muaz yang sebenar nya ??? Ketika itu berlaku pergaduhan …. Akhirnya Aqil mengeluarkan sepucuk pistol dan menghalakan kemuka pemuda yang menggelar dirinya Muaz. ‘’ di mana Muaz ??? Cepat bagi tahu …’’. Kemudian pemuda  itu menyuruh Aqil bertenang . Mereka duduk dan berbual.
Rupa – rupanya Muaz yang mereka kenal dulu itu namanya adalah bukan Muaz ….  Ceritanya bermula  begini, Muaz yang dulu telah berjan ji dengan pemuda ini u ntuk pergi kesekolah dengan menggunakan alamat dirinya ….. perjanjian itu tamat pada hari ter akhir pangajian.
Selepas itu pemuda itu memberi alamat kepada Aqil dan menyuruhnya kesana . mereka terus bergegas kesana . Tiba- tiba Aqil menerima satu mesej yang mengatakan Fatimah akan berkahwin hari ini . Mereka terus berhenti di tepi . Zuhdi t idak setuju dengan keputusan untuk pergi kerumah Fatimah .Aqil dan Syed terus mengikat Zuhdi dan  meletakkan nya di tempat penumpang yang di belakang.Syed  memandu kereta dan terus kerumah Fatimah.
Ketika tiba disana Aqil dan Syed telah nerancang untuk membatalkan perkahwinan itu . Hanya Fatimah saja yang boleh membantu mereka . Aqil merancang untuk pergi mengambil baju pengantin lelaki manakala Syed akan cuba untuk berjumpa Fatimah.
Aqil berlakon seperti pembantu rumah . Dia ditugaskan untuk menggosok baju penganti lelaki . Ketika dia menggosok baju pengantin  lelaki, dia menumpahkan kuah sambal yang dimakan bersama kuih keatas baju  pengantin lelaki tersebut.Kemudian dia meminta maaf dan terus berlari keluar seperti lipas kudung
Syed masuk ke bilik Fatimah dan cuba untuk menyadarkannya kembali . macam - macam ayat digunakan oleh Syed dan macam- macam  jugta alasan diberi oleh Fatimah . Syed berputus asa .
Sewaktu upacara perkahwinan di jalan kan Aqil telah memakai baju pengantin lelaki . Dia menutup mukanya menggunakan kain.Dia menyuruh Fatimah  memilih sama ada untuk mengikutnya atau terus di malukan disitu.
Fatimah memegang tangan Aqil dan menarik nya bangun dari kerusi . Mereka berlari kearah kereta Zuhdi dan terus pergi ketempat yang ditulis pada alamat itu………



BAB 5
PERMULAAN SEBUAH HIDUP BARU
   Dalam 30 minit perjalanan mereka ternampak satu papan tanda menuju kearah  sekolah bitara . tanpa tak disedari sekolah itu lah destinasi yang dituju mereka.
Mereka turun dan  melihat ramai murid sedang  mencipta banyak barang rekaan  menggunakan barang  terpakai. Hanya Muaz sahaja yang mampu membuat sebuah sekolah  seperti ini kerana dia pernah mencipta satu alat seperti pump untuk untuk menyedut bayi dari rahim kakak Fatimah . Ketika itu kakak Fatimah sudah tidak bermaya . Pada masa itu juga tiada elektrik. Muaz menyuruh semua orang mengumpulkan semua batri dan wire dari kereta yang berada di berdekatan .Dengan semua benda tu dia dapat menjana sumber elektrik.
Kemudian mereka ke pejabat. Di situ mereka berjumpa dengan Ramli . Ramli juga salah seorang dari  kawan  mereka masa di u niversiti dulu. Ramli sudah jadi pembantu  Muaz.
Ramli  menceritakan tentang Muaz yang sentiasa membaca blog Aqil. Dan Muaz juga sentiasa melihat video – video yang di ambil oleh Syed. Muaz juga masih menyimpan helmet Fatimah yang tidak dipulangkannya.
Kemudian Ramli membawa mereka semua ke tempat Muaz berada.
Ketika itu Muaz sedang bermain kapal terbang kawalan jauh bersama murid-muridnya. Melihat sebuah kereta menuju kerah nya dia memberi alat kawalan  itu kepada murid nya .Syed dan Aqil turun dengan  pantas dan  terus berlari kearah Muaz .Mereka berhenti dihadapan Muaz dan merenung  matanya. Mereka berpelukan .
Kemudian Fatimah turun dari kereta . Dia berjalan dengan perasaan yang marah  . Dia berhenti dihadapan Muaz dan menamparnya . Dia memarahi muaz kerana meninggalkan dirinya tanpa memberitahunya.
Kemudian Zuhdi turun dari kereta . Dia memaki – maki k Muaz kerana hanya menjadi guru . Dia berlagak dihadapan  Muaz kerana mempunyai perjan jian dengan Professor Husaini yang amat dicari ramai. Kemudian dia meniunggalakan tempat itu.
Aqil , Syed dan Fatimah  menanyakan  nama  sebenar Muaz . Rupa- rupanya nama sebenar Muaz adalah Husaini atau Professor Husaini. Mereka terkejut . mereka menjerit- jerit memanggil Zuhdi. Tapi malangnya Zuhdi tidak menghiraukannya. ‘’Tak apa saya tahu  macam mana nak memanggil dia’’ kata Muaz.Muaz mengambil telefon bimbitnya dan menelefon Zuhdi.Kemudia Zuhdi menjawab panggilan itu. ‘’helo Professor , saya minta maaf , lambat sikit ya saya berju mpadengan Prof.’’ ‘’kenapa pulak ??? Awak hanya beberapa meter sahaja dari saya.’’ Zuhdi berpaling  kebelakang .  Muaz melambai lambai kearahnya
Zuhdi kesal dengan perbuatannya dia meminta maaf .
Selepas dari perkara itu mereka semua hidup seperti kawan biasa . Muaz dan Fatimah  sudahpun berkahwin .Kini mereka mempunyai dua orang anak lelaki. Mereka berdua juga bijak seperti Muaz.


tamat

No comments:

Post a Comment