Thursday, 15 May 2014

sinopsi - (kucing berduri kota)

Kucing Berduri Kota

Sinopsis

Cerpen ‘Kucing Berduri Kota & 8 1 0 0’ ini menceritakan tentang Zic 9295, seorang pemimpin Israel yang zalim, dia seoarang  pemimpin kejam yang mahu melihat etnik 8100 musnah. Dalam kepalanya hanyalah ada dendam terhadap etnik 8100., yang diibaratkan sebagai kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa. Anak-anak ayam desa merujuk kepada etnik 8100, sebuah golongan yang tidak berdosa, ditindas oleh Zic 9295 tanpa belas kasihan.

Zic 9295 sedar akan kesalahannya,. Serigala gearbok menyokong segala perbuatannya. Mereka suka melihat etnik 8100 musnah. Zic 9295 tidak mahu melihat 8100 merdeka.

Zic 9295 takut sekiranya dia gagal membela diri di muka pengadilan. Namun, dia berkebolehan memutarbelitkan fakta. Dia boleh memberi alasan daripada soalan hakim terhadapanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja, asalkan etnik 8100 lenyap dari dunia ini.

Akhirnya, kebenaran telah terbukti. Kucing berduri kota telah dihukum atas perbuatan kejamnya. Keadilan telah ditegakkan. 

Tema: Menceritakan keganasan Zic 9295

Persoalan: Mengapa Zic 9295 begitu takut akan kesalahan yang dilakukannya?

               Mengapa Zic 9295 begitu bencikan etnik 8100?

               Apakah nasib Zic 9295 selepas ini?

               Watak dan Perwatakan

Zic 9295- berperanan sebagai kucing berduri kota; kejam dan sangat bencikan etnik 8100

Etnik 8100-berperanan sebagai anak-anak ayam yang secara kejamnya di bunuh oleh kucing berduri kota



 GAYA BAHASA

1. Metafora
2. Hiperbola
3. Personifikasi




Plot dan Latar

Mengisarkan kisah perjuangan para mujahid di Palestin dan kekejaman Zionis. Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel pada ketika itu mencetuskankan peperangan dan membunuh begitu ramai penduduk Palestin yang di anggap pelarian di negara sendiri. Ariel Sharon terlibat dengan banyak kontroversi melibatkan pembunuhan tersebut. Namun dia dilindungi pihak berkuasa seperti PBB yang merupakan orang suruhan Israel.



Nilai dan Pengajaran

Jangan berdendam dengan orang lain hanya kerana mereka lebih baik
Mengakui kesilapan diri sendiri
Tidak menyalahkan orang lain yang tidak bersalah dalam suatu situasi


Tidak menipu diri sendiri

No comments:

Post a Comment