Pada pagi ini, seperti biasa, subjek elektif. Saya menghabiskan masa elektif dengan membuat kerja-kerja yang perlu dihantar segera.
Apabila sampai di makmal kimia, Cikgu Mohd Nor tiada. Kami tunggu dan tunggu dan akhirnya kelas kimia pada pagi itu tiada cikgu.saya agak sedih kerana tidak dapat belajar tajuk yang sepatutnya kami belajar pada hari itu. Saya kemudiannya segera ke kelas Muzik setelah waktu Kimia tamat.
Kelas Muzik memang menyeronokkan >< Dari dulu lagi saya sangat ingin belajar lagi dalam dalam subjek Muzik. Dalam kelas Muzik pada kali ini, saya belajar tentang Major. Tak lah susah sangat untuk memahami topik-topik yang dibincangkan.
Petang itu, saya meghadiri kelas Fizik. Kami telah mendapat satu tugasan baru iaitu assignment yang diambil kira sebagai carry mark. Saya akan cuba untuk siapkan kerja itu dalam masa yang terdekat walaupun subjek Fizik adalah di antara subjek yang susah untuk difahami. Saya dapat tahu kelas seni dibatalkan. Saya agak gembira kerana dapat merehatkan badan pada watu itu..
Kami diberitahu bahawa esok akan diadakan aktiviti Explore Race, jadi malam ini tiada prep :D Yeay! Boleh lah nak rehat-rehat sikit dalam bilik.. Ok lah, nak tidur awal sikit ni, tak sabar nak tunggu Explore Race esok ><
No comments:
Post a Comment