Monday, 4 January 2016

Pembenci yang Dibenci

Hari ini aku dapat cerita, kau bercerita buruk mengenai aku.
Kau kata aku itu, kau kata aku ini. Aku kecewa. Aku cuba 
jelas hal yang sebenarnya,kerna apa yang kau cerita itu
bukanlah apa yang sejujurnya.

Makin banyak yang aku bercerita, aku harap kau faham dan sedar.
Tapi tidak, makin banyak caci di telinga ini.
Kau ni kenapa?
Kau ni manusia jenis apa?

Manusia kata, gigitan buaya itu dalam lukanya. Salah.
Mulut kau lagi berbisa ditambah berpuaka. Aku sedar banyak hal.
Manusia itu jika dia sudah tak suka kita, tiada guna perjelas apa-apa.
Kerna jika manusia sudah benci, yang dia lihat hanyalah kurangnya kau.
Itu biasa, itu lumrah dunia.

Tidak perlu dilayan. 
Nanti dia penat, dia berhenti berkata.
Ala macam lah kau tak biasa

aku bukan penakut
aku bukan tak kuat 
untuk berkata secara terang-terangan

tapi aku masih kasihani kau
kau itu orangnya lain
aku hanya mahu jaga hati 
sebab aku nak berkawan 

susah untuk perjelas
aku harap kau faham

Surat Kawan

Kau masih sama hari ini.
Masih buat perangai itu dan ini.
Aku tertanya kau ini umur berapa?
Kerna gaduh kecil tadi pun kau marah tidak terkata.

Kau sangat menjengkelkan.
Perangai kau sama juga.
Kadangnya aku sedang happy,
kau sakat aku yang bahagia ni,
lepas itu kau ketawa-ketawa,
dan lakukan senyuman kau yang annoying tidak terkata.

Tapi bila aku fikir semula,
annoying kau itulah yang aku suka.
Kerna itu buat aku sering ketawa,
sering terhibur dan sering mahu kita berkawan lama.

Kau ini menjengkelkan.
Tapi,aku suka.
Aku harap kau kongsi rasa yang sama.
Harap-harap samalah.

mungkin kini kau sudah tiada 
tinggal kan aku seorang menghadap dunia

surat mu ini tidak akan ku buang
kerna seluruh penghargaan aku didalamnya

terima kasih melayan kerenah sahabatmu ini

Maaf

Aku lebih rela tanpa kau memerhati,
rasa sunyi walau kau ada di sebelah ini.
Kau mahu tahu?
Rasa jahat itu cukup menyeksa aku.
Bertubi-tubi,
dan sakitnya hanya tuhan yang tahu.

Melihat kau ada berdekatan,
tapi kita masingnya beralih dagu,
masingnya sendiri-sendiri perilaku,
cukup buat hati aku gila dan di ibarat batu.

Jadi boleh kita berbaik semula?
Aku banyak mahu cerita.

Dalam hidup manusia semua tersalah langkah
dan langkah yang salah itulah yang membolehkan kita belajar.

Sehingga hari ini senyuman ini masih tidak berbalas,
mungkin aku dah melampau,
percayalah aku tak berniat.

aku telah pun sedaya upaya ,
cuba tak melukai hati kau,
mungkin kau tak dapat melihatnya.

tapi yalah ini mungkin takdir aku
mungkin sudah tiada lagi rasa kasih seorang teman
mungkin jodoh pertemuan itu sudah tiada tercatat

selepas kejadian itu
aku cuma ingin kau tahu
aku masih ingin berbaik dengan kau.


Sunday, 6 December 2015

Kerana dia berbeza .....

sakit

mungkin kerana kau hanya mampu melihat dia
dan engkau tidak boleh berbuat apa apa
sedangkan jaraknya tidak sampai se ela

setiap hari
mataku takkan lari
akan sentiasa kedua duanya memerhati
hari hari yang dilalui
oleh seorang srikandi

bukannya mudah
ya, itu pasti
aku sedar
aku tahu

jurangnya jauh berbeza
antara aku dan juga dia

mungkin yang pisahkan adalah rasa
ataupun mungkin yang bekukan adalah jiwa

bermula itu aku jadikan diri ini umpama camera
aku belajar sesuatu
apa yang aku mahu aku capture
agar ia hidup ini menjadi lebih sempurna

mungkin hanya angan2 yang semua rasa tidak berguna
tapi siapa sangka
aku rasa gembira

aku tak anggap ini semua nyata
kerana aku tahu aku sedang bermain
sambil menutup mata

cukuplah saat2 yang mungkin dia tidak tahu
riak wajahnya itu
bermakna buat aku

pernah satu hari
dia marah kerana ada yang bingitkan telinganya

pernah satu masa
dia senyum kerana ada yang mengusiknya

pernah satu ketika
aku melihat dia duduk makan tapi tiada teman di sisinya

pernah diwaktu itu
serba putih
aku melihatnya duduk
dan tunduk pada yang esa

dan pernah satu saat
dia tidak lagi bercakap dengan ku sampai bila2

dan pernah satu malam
mungkin cantiknya tidak seperti biasa
aku melihatnya berbaju merah
bertudung hitam
gelak tertawa
senyumnya manis seperti biasa

dan yang sentiasa bermain dihati
wajahnya berkerut bila ada yang tak kena

dalam semua itu aku belajar
mungkin dia sedar
ada yang mengacau
hari harinya yang indah dan memukau

siapa sangka satu hari
srikandi ini berbisik terus ke hati
biarpun tidak seperti biasa
tapi aku tahu dia tak selesa

mungkin dia bukanlah seperti bulan yang aku boleh selalu tatapi
terkadang dia menjadi matahari yang silaunya menundukkan hati

ya, aku minta maaf atas perbuatan ku ini
mungkin engkau tidak mengerti
kerana diri ini sudah tiada erti

tapi aku gembira
aku mampu tersenyum
menyimpan cerita cerita
yang mungkin suatu hari aku akan cerita
bila kau rasa hendak mendengarnya

dalam semua ini terjadi
seorang sahabat sudah menyedari
soalan terus dituju
mungkin kerana perasaan ingin tahu

mungkin yang lain melihatnya dengan wajah yang sembegitu rupa
tapi yakinlah
aku mungkin tidak sama

ada satu masa aku memerhati subuhnya
awal setiap masa
sudah tentulah hadir berjemaah bersama
bukan itu saja
lihatlah cara tuturnya
lemah lembutnya mebuai jiwa
mungkin dengan aku sahaja
lihatlah pula pakaiannya
labuh di tempat terbuka
tertutup sempurna

kerana aku yakin
 jika ianya berdasarkan cantik rupanya
pasti ada nanti yang lebih cantiknya dari si dia
untuk cari yang berterusan
cantiknya haruslah lebih kepada agama

dan aku akan terus berdoa
supaya dia jauh dariku
agar aku lebih peka
kepada tuhan yang maha esa




Monday, 9 November 2015

Hakikat 2 ( bantuan ilahi )

dalam kaki melangkah satu persatu menuju ke tempat yang tidak diketahui ... pasti ade angin yang melintang dan lubang yang tak berturap ....

adat manusia, tak pernah sedar yang kesenangan itu ujian kesusahan itupun ujian. itulah yang berlaku pada aku. dalam diri ini sedang cuba diperbaiki, hanya untuk bangun awal pagi melangkah ke surau dan menghayati beberapa potong ayat setiap hari, time tu jugak datang ujian yang terus menutup mata. bisalah iman tak kuat jangan cerita nak bangun subuh baca al quran apatah lagi. itu aku yang dulu. setiap kali aku solat doa supaya dikuatkan hati dan iman supaya dapat beribadah dengan sempurna tak pernah aku lepas.

biasanya aku awal, tapi hari ni lambat sikit sebab mandi dulu. bergegas aku ke surau, nasib baik imam baru angkat takbir. dalam berjalan masuk terhenti melihat muka - muka insan yang aku sangat takjub akan mereka. baik yang bergelar lelaki mahupun perempuan. bersinar muka - muka itu mebuatkan aku rasa hina. bermula dari hari tu aku nekad jadi kuat utuh seperti mereka. usaha berdiri dalam saf bersama - sama dengan niat mengembalikan zaman rasulullah bersama sahabat aku pahat.

tapi itulah ujian, datang nya untuk menjentik keimanan dengan menguji keikhlasan.

aku tewas, allah hanya uji dengan insan yang bergelar perempuan. dah lama aku perhatikan dirinya. orang nya baik ( depan akulah... dan dia bagi aku semangat nak belajar lagi ) bersulamkan keindahan perilakunya. apa yang membuatkan aku respect dia ni, setiap kali subuh mesti ade. tu je tak de menda lain dah. tapi itu lah yang dinamakan permainan syaitan. makin lama pudar tujuan utama aku dalam menjalankan perintah tuhan.

tapi betullah allah itu maha penyayang, dia datangi aku banyak insan yang sama - sama mengajak berbuatkebaikan. ya itulah teman. tak sangka semakin hari makin ramai teman aku yang turun bejemaah bersama - sama. lama - lama penuh satu saf dengan sahabat aku sahaja. mereka ini yang tarik tangan aku balik bila aku jatuh dalam kelalaian.

"eh kau nampak tak makin ramai budak lelaki batch kita turun solat berjemaah. kadang - kadang memang majoriti batch kita lah subuh "

aku terdiam. seketika memikirkan tujuan aku untuk turun subuh pada asalnya. ya , aku nampak mereka nilah yg menguatkan langkah bersama sama bangun awal pagi. mereka nilah yang sama sama kuat mengangkat takbir. allah aku lalai, aku lari sekejap ... tapi dia masih datangkan aku dengan insan yang membuatkan aku kuat dan tak terlepas dah ...

aku mula sedar. satu persatu aku tampal semula tiang yang sudah retak supaya utuh kembali.

tapi ustaz ade kata

"perasaan itu memang akan ade. tapi jangan pula kita siram rumput kalau nak suruh dia mati. biarkan, lama- lama matilah sendiri"

ya , memang dia akan mati sendiri ... tapi rumput susah nak mati. jadi walaupun aku sudah usaha sabar mendiamkan diri menundukkan hati kerana aku sedar itulah ujian yang allah letak supaya aku tahu yang

langkah yang diatur
bukan untuk mendada
sujud ku itu
bukan sekadar merendah

tapi ikhlas
tapi sabar
tapi taat

 itu yang patut diutama

semoga bantuan ilahai bersama sama insan yang ingin berubah ............


Hakikat 1 ( siapa aku? )

sejenak terduduk di atas jalan melihat keindahan ciptaan tuhan ....

haritu aku jalan kan rutin biasa. start pukul 8 pagi lagi bersiap nak jumpa pak cik ismail dekat masjid negara. harini tak sama macam kunjungan ku yang sebelum ini sebab pak cik ismail nak kenalkan aku dengan seseorang ni. katanya dia dah lama nak jumpa aku.

inilah hidup aku. seorang budak lelaki yang tak ramai kawan. aku pun tak berapa pandai cuma bolehla sikit - sikit. nama aku muaz. aku belajar kat area bangi. first time aku kenal pak cik ismail masa tu aku tekad nak cari istilah sunyi sepi dalam hidup. masa tu aku stress banyak masalah datang macam - macam lah jadi. lepastu ustaz kata kalau ade masa pergilah masjid, belajar dengan orang kat sana. ustaz cadangkan pergi masjid negara katanya ade kenalan lama. nama beliau adalah ismail. insyallah dia dapat tolong. dengar kata - kata ustaz tu aku nekad hujung minggu nak pergi jugak.

lama dah aku kenal pakcik ismail ni , dalam setahun lebih adalah jugak. bila first time kat masjid negara, masa tu time dhuha, solat dua rakaat then aku cuba cari carta organisasi masjid maklumlah masa tu malu nak bertanya lagi. tiba - tiba ade seorang tua ni, umur dalam lingkungan 70-an tegur aku. badannya kurus , tinggi nya biasa-biasa, raut wajahnya indah dipandang mungkin kerana kemulian hatinya.

"eh ... pak cik ni tak pernah nampak adik kat sini ... dari tadi pak cik tengok adik kat masjid ni tercari cari ... cuba bagitau kat pak cik mana tau boleh tolong..."

lembut aku membalas sapaanya dan memberi tahu apa yg dicari seharian ini.

rupa - rupanya dia lah pak cik ismail tu ... aku masih tak beri tahu kenapa aku datang . cuma beralasankan ustaz yg menyuruh saya berjumpa pak cik ... katanya disuruh tolong sama - sama berkhidmat pada rumah allah...

pak cik ismail ni salah sorang jemaah yang rajin berkhidmat kat masjid ni walaupun dia tak dibayar.
macam volunteer lah ... lama berkenalan dengan dia... aku makin kenal erti ikhlas ... melihat seorang khalifah yang meniti perlahan - lahan sisa baki hidupnya namun ... masih kuat mencuci membersihkan rumah allah untuk umat sejagat.... sedang anak muda menghembus vape dan rokok ,orang lama ini duduk termenung menghadap mimbar setiap hari menilai kembali dirinya...

sambung cerita asal... bila sampai je tengok2 ade imam sebelah pak cik ismail ... teruja nya aku selama ini teringin hati ini untuk berjumpa dengan ya secara berhadapan.. mungkin pakcik ismail perasan yang aku selalu menjenguk imam ke arah mana bila selesai solat di masjid.... pak cik ismail kata imam berminat nak jumpa aku bila dia cerita pasal aku kat imam...

kami duduk di bahagian tempat makan masjid... hari tu masjid buat makan - makan, memang rutin mereka apabila hari sabtu  petang akan ada pengagihan makanan kepada semua orang . jadi banyak jugak persoalan yang imam tanyakan kepada aku.... jenuh memikir cara nak menjawabnya ... maklumlah beliau bukan orang biasa2...

akhirnya imam ade bagi satu ayat yang memang mantap kena tepat kat hati

"adik kalau susah ke stress ke ingat, ambik wudhu' solat dua rakaat. masa solat jangan fikir apa2 dah kecuali mcm kejap lagi kita nak mati. lepas solat selawat minta pertolongan rasullulah. jangan lupa mintak mak kita doakan kita sekali ... insya allah tenang hati tu ... "

aku tak pernah cakap pun aku datang sini asalnya sebab stress...
lepas maghrib aku lepak dengan pak cik ismail kat atas kerusi . penat memikirkan cara macam mana nak cakap yang ni last day aku kat sini jumpa dia. bergengamkan cenderahati di tangan aku tak mampu juga menhan mata yang mula berkaca. aku memeluk tubuhnya. terima kasih aku ucapkan tak terhingga kerana dia telah mengubah hidup yang jahil ini untuk memandang dunia yang luas di depan mata.

dia kata tak apa kalau ada umur kita jumpa lagi. mata nya mula berkaca...pesannya supaya aku sentiasa jaga ibubapa walaupun sesenang dan sesusah mana hidup.. mereka jangan pernah duakan..
aku hanya mampu terdiam memikirkan apakah nasib insan ini nanti. rasa sayang sudah berbunga seperti datuk dan cucu ... apakan daya pertemuan itu akan disusuli kepahitan perpisahan. selamat tinggal pak cik ismail. kau banyak mengajar diri ini.





Sunday, 25 October 2015

- USAHAWAN - akhirat vs dunia

alangkah indah nya dunia ....
siapa pun kan tergoda ....

hmm.... bro kau tak rase ke nak jadi kaya ???

ade la jugak ....

ish.... best kut .... rumah besar, kereta besar semua benda lah besar ... kau tengok si ____ tu senang gila hidup dia jadi anak orang kaya ... kalau lah mak bapak aku kaya ... hmm...

eh kau ni tak bersyukur ke .... langsung tak kenang budi mak bapak .... kalau tak sebab mereka ... tak jejak kaki kau kesini ....



Detik ini menjentik minda dan hati ....
ya , pernah kah aku bersyukur dengan apa yang aku ada...
pernahkah aku ucap terima kasih kepada yang esa ...
mungkin tak pernah ....
sejak dari saat itu aku belajar ... kaya dan miskin ada bezanya ....



eh , bro ape cita - cita kau ???

usahawan kot ....

uish ... mesti kaya kan kau ni nanti ...

hmm ... tengokla kalau ade rezeki ....



Usahawan .... dengar macam seronok ...
boleh tak kalau aku nak kaya kat dunia dan akhirat serentak ...

bermula lah satu langkah demi satu langkah mencari dan ingin merungkai satu gelaran dan samaran yang sangat menarik perhatian ketika itu , iaitu USAHAWAN AKHIRAT .


semailah benih kebaikan di dunia ....
agar nanti ...
kau mampu bergembira menuai ganjaran untuk ke syurga ....

tirai keinginan manusia mampu menutup mata yang celik
sehingga dia lupakan ajal
yang mana kakinya sendiri tidak boleh mengundur atau patah kembali
daripada sesuatu yang dipanggil kematian

tak kemana jugak kau nanti
percayalah kau tak boleh lari
perkataan ini pasti
kau akan mati

kedekut jahat penipu
kau bukan nabi
kau tak maksum
percayalah kau pernah buat tu

sekali jatuh ingat tuhan
rasa macam sekejap lagi mati
tapi bila dah sihat
kau boleh buat maksiat
dah lupa akhirat

otak letak kat mana
hati dah takde ke
tanya diri balik

esok mungkin aku mati
sekejap lagi mungkin aku mati
bila - bila aku boleh mati

kau pun sama
ingat sana tak sama mcm dunia
buat amal tak kesah bila

senyum salam sedekah
satu - satu kau boleh buat
kalau senyum pun tak boleh
gua tak boleh jamin lu lepas titian sirat

mengharap redha allah
tapi kau umpama mencaci allah
macam mane nak dapat bro....

tolong berubahlah manusia sezaman
cuci mata tu
berus hati tu
bersihkan lidah dan telinga tu
sebab pintu taubat terbuka untuk kamu