Monday, 11 January 2016

KE RUSH

Hari ini aku lihat kau lagi, seperti hari hari sama
sebelumya. Kau kelihatan sama tapi pada aku, kau sentiasa
dilihat molek. Kau sentiasa kelihatan sempurna dan tiada yang
jelik dari aku buat kau.

Hari ini genap dua tahun satu bulan dua belas hari hubungan kita.
Maksud aku hubungan jarak jauh kita. Ok, maksud aku  yang
sebenarnya, hubungan cinta aku pada kau, yang kau lansung
tidak ketahui.

Dikesempatan anniversary hubungan syok sendiri di minda
aku ini, aku harap kau sentiasa sihat dan semoga tuhan
panjangkan nyawa kau agar aku boleh lihatkau dari
jauh sehinggalah kau bersanding dengan manusia lain.

Ya tuhan, aku kelihatan sangat menyedihkan.
Tapi sukahati akulah.
Aku kalau dah suka seseorang, aku memang suka lihat dia
kahwin den bersama dengan manusia lain.

Ehem
*dan aku berhuhuhu di situ

CHEN THA

Ok aku tulis kali kepada semua manusia yang diluarsan yang MENG KHINZIR BUTA  buat conclusion pasal aku. so aku harap kau sedar wahai manusia .

Cinta itu jika ditanya aku, adalah satu perjuangan, dan apabila
nasib tidak menyebelahi kita, dia boleh bertukar menjadi
pengorbanan.

Cinta itu memang bersifat memiliki. Jika kau sudah cinta dia,
kau pasti mahu memiliki dia, kau pasti mahu berkongsi hidup
dengan dia. Cumanya, kadang kadang cinta itu juga bersifat
melepaskan. Kau terlampau cintakan dia, sehingga kau
sentiasa mahu lihat dia bahagia, walau dalam bahagi dia tu,
tidak wujud kehadiran kau.

Ya, cinta itu juga boleh jadi dua. Satu, membahagiakan. Dua,
melukakan. Cuma kau perlu percaya satu hal, ada satu cinta
yang sentiasa membahagiakan yakni cinta pada yag
menjadikan. Jika cinta itu kau milik, nescaya kau akan
peroleh segala cinta yang wujud di muka bumi

Cintalah tuhan.
Dialah yang selayaknya.

Wednesday, 6 January 2016

Bajet Bagus

Ya tuhan, yang mencipta segalanya. Yang biasa merubah
semuanya. Aku, sebagai hambamu yang banyak kurangnya, cepat
leka, sering terbuai nafsu, ingin meminta.

Agar Kau bantu aku dan mudah kan aku , untuk jadi yang baik
dan kekal baik buat selamanya. Kadangnya di kala aku mahu
berubah, aku rasa perubahan itu. Tapi selang berapa ketika,
perubahan itu jadi seperti yang biasanya, masih leka,
masih lagi teruja dengan drama dunia.

Aku tahu aku punya pelbagai dosa dan tidak layak meminta.
Cumanya aku ini tetap hamba, yang mahu kembali disisi mu,
dalam keadaan mulia dan dibenar menetap dirumah indah
seperti yang kau janjikan buat insan yang meminta.

Aku manusia yang sentiasa mahu jadi yang baik dan aku
minta agar kau bantu aku kekalkan aku dalam keadaan
yang baik-baik .

Amin.


Harini aku sedar tak semua "kawan" itu boleh menghayati dan sedar tentang satu penghargaan yang aku rasa bukan senang hendak mendapatkannya iaitu "sahabat". Kenapa tak suka ke tengok aku solat,
tak suka ke tengok aku buat benda baik sikit.

Buat pengetahuan kau , aku ni dalam seharian tak lari buat dosa. Setakat lambat pergi kelas 5 minit tu rilek la. Ya aku tahu memang salah datang lambat tapi kalau ye pun nak tegur cakap elok-elokkan boleh. Kau bernasib baik, aku tak "jahat" macam dulu. Kalau tak aku tangan pipi kau. Aku bukan pergi manapun, takdelah sampai nak ponteng kelas. Bagilah aku masa dengan tuhan 5 minit.

Aku pun tahu kena solat kat dewan tapi aku dah teridur kat surau. Masa iqamah baru aku tersedar so aku solat jelah kat sana. Yang kau ni nak kutuk aku kenapa. Aku kesian dekat kau tahu, bukan sebab apa, tapi kau tu senang terikut. Biarlah yang lain tu tapi kau aku panggil kau kawan sebab kau lain, bukan saja-saja. Kalau kau nak tahu kenapa aku macam tak rapat dengan semua orang sebabnya aku ni memilih kalau nak berkawan. Aku tak kesah pun, dia ade banyak kawan, asalkan "kawan" aku semuanya unik.

Tapi apa pun aku doakan yang terbaik buat kau. Mungkin aku tak cukup baik untuk jadi kawan kau, takpe selamat maju jaya dalam hidup anda wahai manusia.

Aku bukan nak memutuskan hubungan tapi keadaan tidak mengizinkan. Lain kali kita berbalas senyuman lagi eh....

Tuesday, 5 January 2016

5/1/2016

Kau orangnya kelihatan mudah .
Apa orang kata, kau mukanya biasa.
Seperti tiada apa-apa.
Seperti tiada apa yang bisa mengguris hatinya engkau.
Wah hebat kau ini, aku nyaris ingat kau bukan manusia.

Tapi kau itu bertopeng.
Apa yang orang kata, kau simpan.
Cuman kau tidak meluah,
kau hanya tahu simpan dan simpan.

Kau tahu apa buruknya simpan rasa kurang enak pada hati?
Kau akan hilang diri nanti.

Jangan begitu.
Setiap manusia itu Allah jadikannya berfungsi.
Ceritalah pada yang sudi dengar dan kongsi,
inshaaAllah kau akan baik-baik di setiap harimu.



hahaha, 

HAPPY BIRTHDAY FATEN!!!

taktau la kau baca tak tapi aku tak suka lah nak wish kau kat whatsapp.
aku tak tau nak bagi hadiah apa tapi aku rasa kau sememangnya
 tua dan akan selamanya tua dari aku. tapi aku rase kau baik walaupun 
banayk jahatnya(gurau ehh).

semoga panjang umur
murah rezeki
dapat semua yang kau nak(walaupun aku rasa mustahil)
dan jadilah the best person in your life.

and aku rasa kau ni banyak pendam dalam hati
so tak payahla nak simpan sangat 
kaunselor kan ade

semoga berjaya dalam hidupkau

-daripada aku yang ntah pape

  

Monday, 4 January 2016

Pembenci yang Dibenci

Hari ini aku dapat cerita, kau bercerita buruk mengenai aku.
Kau kata aku itu, kau kata aku ini. Aku kecewa. Aku cuba 
jelas hal yang sebenarnya,kerna apa yang kau cerita itu
bukanlah apa yang sejujurnya.

Makin banyak yang aku bercerita, aku harap kau faham dan sedar.
Tapi tidak, makin banyak caci di telinga ini.
Kau ni kenapa?
Kau ni manusia jenis apa?

Manusia kata, gigitan buaya itu dalam lukanya. Salah.
Mulut kau lagi berbisa ditambah berpuaka. Aku sedar banyak hal.
Manusia itu jika dia sudah tak suka kita, tiada guna perjelas apa-apa.
Kerna jika manusia sudah benci, yang dia lihat hanyalah kurangnya kau.
Itu biasa, itu lumrah dunia.

Tidak perlu dilayan. 
Nanti dia penat, dia berhenti berkata.
Ala macam lah kau tak biasa

aku bukan penakut
aku bukan tak kuat 
untuk berkata secara terang-terangan

tapi aku masih kasihani kau
kau itu orangnya lain
aku hanya mahu jaga hati 
sebab aku nak berkawan 

susah untuk perjelas
aku harap kau faham

Surat Kawan

Kau masih sama hari ini.
Masih buat perangai itu dan ini.
Aku tertanya kau ini umur berapa?
Kerna gaduh kecil tadi pun kau marah tidak terkata.

Kau sangat menjengkelkan.
Perangai kau sama juga.
Kadangnya aku sedang happy,
kau sakat aku yang bahagia ni,
lepas itu kau ketawa-ketawa,
dan lakukan senyuman kau yang annoying tidak terkata.

Tapi bila aku fikir semula,
annoying kau itulah yang aku suka.
Kerna itu buat aku sering ketawa,
sering terhibur dan sering mahu kita berkawan lama.

Kau ini menjengkelkan.
Tapi,aku suka.
Aku harap kau kongsi rasa yang sama.
Harap-harap samalah.

mungkin kini kau sudah tiada 
tinggal kan aku seorang menghadap dunia

surat mu ini tidak akan ku buang
kerna seluruh penghargaan aku didalamnya

terima kasih melayan kerenah sahabatmu ini

Maaf

Aku lebih rela tanpa kau memerhati,
rasa sunyi walau kau ada di sebelah ini.
Kau mahu tahu?
Rasa jahat itu cukup menyeksa aku.
Bertubi-tubi,
dan sakitnya hanya tuhan yang tahu.

Melihat kau ada berdekatan,
tapi kita masingnya beralih dagu,
masingnya sendiri-sendiri perilaku,
cukup buat hati aku gila dan di ibarat batu.

Jadi boleh kita berbaik semula?
Aku banyak mahu cerita.

Dalam hidup manusia semua tersalah langkah
dan langkah yang salah itulah yang membolehkan kita belajar.

Sehingga hari ini senyuman ini masih tidak berbalas,
mungkin aku dah melampau,
percayalah aku tak berniat.

aku telah pun sedaya upaya ,
cuba tak melukai hati kau,
mungkin kau tak dapat melihatnya.

tapi yalah ini mungkin takdir aku
mungkin sudah tiada lagi rasa kasih seorang teman
mungkin jodoh pertemuan itu sudah tiada tercatat

selepas kejadian itu
aku cuma ingin kau tahu
aku masih ingin berbaik dengan kau.