Wednesday, 6 January 2016

Bajet Bagus

Ya tuhan, yang mencipta segalanya. Yang biasa merubah
semuanya. Aku, sebagai hambamu yang banyak kurangnya, cepat
leka, sering terbuai nafsu, ingin meminta.

Agar Kau bantu aku dan mudah kan aku , untuk jadi yang baik
dan kekal baik buat selamanya. Kadangnya di kala aku mahu
berubah, aku rasa perubahan itu. Tapi selang berapa ketika,
perubahan itu jadi seperti yang biasanya, masih leka,
masih lagi teruja dengan drama dunia.

Aku tahu aku punya pelbagai dosa dan tidak layak meminta.
Cumanya aku ini tetap hamba, yang mahu kembali disisi mu,
dalam keadaan mulia dan dibenar menetap dirumah indah
seperti yang kau janjikan buat insan yang meminta.

Aku manusia yang sentiasa mahu jadi yang baik dan aku
minta agar kau bantu aku kekalkan aku dalam keadaan
yang baik-baik .

Amin.


Harini aku sedar tak semua "kawan" itu boleh menghayati dan sedar tentang satu penghargaan yang aku rasa bukan senang hendak mendapatkannya iaitu "sahabat". Kenapa tak suka ke tengok aku solat,
tak suka ke tengok aku buat benda baik sikit.

Buat pengetahuan kau , aku ni dalam seharian tak lari buat dosa. Setakat lambat pergi kelas 5 minit tu rilek la. Ya aku tahu memang salah datang lambat tapi kalau ye pun nak tegur cakap elok-elokkan boleh. Kau bernasib baik, aku tak "jahat" macam dulu. Kalau tak aku tangan pipi kau. Aku bukan pergi manapun, takdelah sampai nak ponteng kelas. Bagilah aku masa dengan tuhan 5 minit.

Aku pun tahu kena solat kat dewan tapi aku dah teridur kat surau. Masa iqamah baru aku tersedar so aku solat jelah kat sana. Yang kau ni nak kutuk aku kenapa. Aku kesian dekat kau tahu, bukan sebab apa, tapi kau tu senang terikut. Biarlah yang lain tu tapi kau aku panggil kau kawan sebab kau lain, bukan saja-saja. Kalau kau nak tahu kenapa aku macam tak rapat dengan semua orang sebabnya aku ni memilih kalau nak berkawan. Aku tak kesah pun, dia ade banyak kawan, asalkan "kawan" aku semuanya unik.

Tapi apa pun aku doakan yang terbaik buat kau. Mungkin aku tak cukup baik untuk jadi kawan kau, takpe selamat maju jaya dalam hidup anda wahai manusia.

Aku bukan nak memutuskan hubungan tapi keadaan tidak mengizinkan. Lain kali kita berbalas senyuman lagi eh....

No comments:

Post a Comment