Sunday, 17 January 2016

Cinta Ilahi

Hari ini allah pertemukan kita,
Mungkin untuk jadi peneman tanya.

Aku bangun lambat sikit harini,
lepastu jumpa ustaz dekat tandas.

"Eh Muaz, lambat bangun biasanya 
waktu macam ni awak dah mandi dah"

Aku pun tersipu - sipu sambil menggosok gigi.
Ternyata ustaz memang ade hasrat lain .

"Alang - alang ni kan apa kata awak bagi tazkirah subuh?"

"Alamak habis aku."

 confirm lah aku terketar ketar kat depan tu nanti.

 "Insya allah ustaz"

Aku dengan muka yang serabai capai kopiah
terus pergi surau. Perrgh tak de sorang pun yang bentang sejadah lagi.
menyirap hati aku nih. Aku rasa aku dah lambat dah ni. kenapa 
ade lagi yang berlenggang macam kura kura.

lepas solat sunat aku tengok sekeliling. Ade dua tiga orang budak 
lelaki ni pakai baju bagi aku selekeh sangat. Aku rasa tak de lagi 
orang se selekeh aku ni. Pastu panas je hati aku ni tengok certain
perempuan masuk tempat solat tak pakai stokin. Dalam hati aku 
duk kata kat dia tak sayang bapak sendiri.

Lepas je solat dengan ma'surat aku teringat,

"Eh , tajuk apa eh. AHH sudah mati la aku"

Duduk je kat depan tu tiba tiba 
aku teringat pesan ustaz aku pasal umat akhir zaman,
heh aku pun apa lagi mulakan sesi kutukan aku 
pagi tu. *walaupun aku terketar ketar sebab takut


lepas dah settle aku jumpa ustaz. 
memang dah lama nak tanya soalan ni.
cehhh padahal baru kenal semalaman.

"Ustz saya nak tanya sikit. Macam mane kita nak kekalkan hati kita 
ni dengan tuhan. Susah lah ustaz. Ni semua perempuan punya pasal."

lepastu ustaz gelak . dan kemudiannya apa lagi,
kata kata keramat dah keluar.

"Sebab kenapa kita rasa susah sebab kita rasa diri ni hidup sendirian.
tak hairan ustaz jugak macam tu. Mungkin kita lupa mati nanti 
sendiri sendiri jugak.
 
Tak payah nak tanya soalan:

bila?
kat mane?
bagaimana?
siapa?

Sabar bawak istighfar. 
Senangkan hati awak tu dengan ingat yang esa. Dia maha tahu apa yang 
terbaik buat hambanya. Jadi tak payah cari dulu si dia, cari dulu ilahi 
maha esa.Nasihat mak bapak kita ikut dan pada mereka kita berbakti.
Dia sudah tercipta sebelum lahirnya kita lagi. Kalau kita rasa nak berteman,
lonely bak kata om putih , tu maksudnya allah sayang kat kita. Sedar tak
sebenarnya allah bagi peluang kat kita perbaiki diri tu dan mendalami
ilmu dua dunia sebelum mampu sempurnakan agama dengan si dia nanti."

perghh ustaz hebat bebenor tuh. kenapa lah nak suruh aku jugak bagi tazkirah subuh.
 
"Ha kau tu Muaz, badan dah la besar, cuba lah perangai tu macam orang besar 
sikit. ni terlompat lompat, terjerit jerit, terkinja kinja. ish teruk benor lah.ha lagi satu 
ingat cari cinta ilahi bukan cinta duniawi."

pergh baru kenal semalam dah tahu perangai aku. al maklumlah sape je badan 
besar perangai bebudak kat permata ni. 

Wednesday, 13 January 2016

Tenang lah disana

jika engkau dengar
selamat tinggal selamanya

hei orang tua
kau bagiku teman sempurna
tiada bagimu cacat dan cela
tak mungkin dikau ku lupa

harini semuanya sempurna
tidak ku sangka hanya sementara
pastinya itu takdir manusia
datang dan kembali kepadanya

suatu masa kita bersila
dibawah pohon bersama sama
tak sangka hebatnya yang esa
disitu kita gelak ketawa

hei orang tua
ingatkah dikau akan aku
aku bukanlah sesiapa
cuma insan yang dibelenggu

kau pernah kata
tiada hadiah sebaik kata
mungkin engkau pergi selamanya
tiggal lah memori kita bersama


hidup ini singkat 
terimakasih pakcik ismail
engkau ajar aku cara mengenal tuhan

lucunya engkau pergi tanpa berkata
kuharapkan hubungan yang sentiasa
tapi tak mengapa 
mungkin ini daripada yag esa

terima kasih atas segalanya 
tenanglah engkau disana
insya allah hujung minggu ini 
kita akan berjumpa



Monday, 11 January 2016

KE RUSH

Hari ini aku lihat kau lagi, seperti hari hari sama
sebelumya. Kau kelihatan sama tapi pada aku, kau sentiasa
dilihat molek. Kau sentiasa kelihatan sempurna dan tiada yang
jelik dari aku buat kau.

Hari ini genap dua tahun satu bulan dua belas hari hubungan kita.
Maksud aku hubungan jarak jauh kita. Ok, maksud aku  yang
sebenarnya, hubungan cinta aku pada kau, yang kau lansung
tidak ketahui.

Dikesempatan anniversary hubungan syok sendiri di minda
aku ini, aku harap kau sentiasa sihat dan semoga tuhan
panjangkan nyawa kau agar aku boleh lihatkau dari
jauh sehinggalah kau bersanding dengan manusia lain.

Ya tuhan, aku kelihatan sangat menyedihkan.
Tapi sukahati akulah.
Aku kalau dah suka seseorang, aku memang suka lihat dia
kahwin den bersama dengan manusia lain.

Ehem
*dan aku berhuhuhu di situ

CHEN THA

Ok aku tulis kali kepada semua manusia yang diluarsan yang MENG KHINZIR BUTA  buat conclusion pasal aku. so aku harap kau sedar wahai manusia .

Cinta itu jika ditanya aku, adalah satu perjuangan, dan apabila
nasib tidak menyebelahi kita, dia boleh bertukar menjadi
pengorbanan.

Cinta itu memang bersifat memiliki. Jika kau sudah cinta dia,
kau pasti mahu memiliki dia, kau pasti mahu berkongsi hidup
dengan dia. Cumanya, kadang kadang cinta itu juga bersifat
melepaskan. Kau terlampau cintakan dia, sehingga kau
sentiasa mahu lihat dia bahagia, walau dalam bahagi dia tu,
tidak wujud kehadiran kau.

Ya, cinta itu juga boleh jadi dua. Satu, membahagiakan. Dua,
melukakan. Cuma kau perlu percaya satu hal, ada satu cinta
yang sentiasa membahagiakan yakni cinta pada yag
menjadikan. Jika cinta itu kau milik, nescaya kau akan
peroleh segala cinta yang wujud di muka bumi

Cintalah tuhan.
Dialah yang selayaknya.

Wednesday, 6 January 2016

Bajet Bagus

Ya tuhan, yang mencipta segalanya. Yang biasa merubah
semuanya. Aku, sebagai hambamu yang banyak kurangnya, cepat
leka, sering terbuai nafsu, ingin meminta.

Agar Kau bantu aku dan mudah kan aku , untuk jadi yang baik
dan kekal baik buat selamanya. Kadangnya di kala aku mahu
berubah, aku rasa perubahan itu. Tapi selang berapa ketika,
perubahan itu jadi seperti yang biasanya, masih leka,
masih lagi teruja dengan drama dunia.

Aku tahu aku punya pelbagai dosa dan tidak layak meminta.
Cumanya aku ini tetap hamba, yang mahu kembali disisi mu,
dalam keadaan mulia dan dibenar menetap dirumah indah
seperti yang kau janjikan buat insan yang meminta.

Aku manusia yang sentiasa mahu jadi yang baik dan aku
minta agar kau bantu aku kekalkan aku dalam keadaan
yang baik-baik .

Amin.


Harini aku sedar tak semua "kawan" itu boleh menghayati dan sedar tentang satu penghargaan yang aku rasa bukan senang hendak mendapatkannya iaitu "sahabat". Kenapa tak suka ke tengok aku solat,
tak suka ke tengok aku buat benda baik sikit.

Buat pengetahuan kau , aku ni dalam seharian tak lari buat dosa. Setakat lambat pergi kelas 5 minit tu rilek la. Ya aku tahu memang salah datang lambat tapi kalau ye pun nak tegur cakap elok-elokkan boleh. Kau bernasib baik, aku tak "jahat" macam dulu. Kalau tak aku tangan pipi kau. Aku bukan pergi manapun, takdelah sampai nak ponteng kelas. Bagilah aku masa dengan tuhan 5 minit.

Aku pun tahu kena solat kat dewan tapi aku dah teridur kat surau. Masa iqamah baru aku tersedar so aku solat jelah kat sana. Yang kau ni nak kutuk aku kenapa. Aku kesian dekat kau tahu, bukan sebab apa, tapi kau tu senang terikut. Biarlah yang lain tu tapi kau aku panggil kau kawan sebab kau lain, bukan saja-saja. Kalau kau nak tahu kenapa aku macam tak rapat dengan semua orang sebabnya aku ni memilih kalau nak berkawan. Aku tak kesah pun, dia ade banyak kawan, asalkan "kawan" aku semuanya unik.

Tapi apa pun aku doakan yang terbaik buat kau. Mungkin aku tak cukup baik untuk jadi kawan kau, takpe selamat maju jaya dalam hidup anda wahai manusia.

Aku bukan nak memutuskan hubungan tapi keadaan tidak mengizinkan. Lain kali kita berbalas senyuman lagi eh....

Tuesday, 5 January 2016

5/1/2016

Kau orangnya kelihatan mudah .
Apa orang kata, kau mukanya biasa.
Seperti tiada apa-apa.
Seperti tiada apa yang bisa mengguris hatinya engkau.
Wah hebat kau ini, aku nyaris ingat kau bukan manusia.

Tapi kau itu bertopeng.
Apa yang orang kata, kau simpan.
Cuman kau tidak meluah,
kau hanya tahu simpan dan simpan.

Kau tahu apa buruknya simpan rasa kurang enak pada hati?
Kau akan hilang diri nanti.

Jangan begitu.
Setiap manusia itu Allah jadikannya berfungsi.
Ceritalah pada yang sudi dengar dan kongsi,
inshaaAllah kau akan baik-baik di setiap harimu.



hahaha, 

HAPPY BIRTHDAY FATEN!!!

taktau la kau baca tak tapi aku tak suka lah nak wish kau kat whatsapp.
aku tak tau nak bagi hadiah apa tapi aku rasa kau sememangnya
 tua dan akan selamanya tua dari aku. tapi aku rase kau baik walaupun 
banayk jahatnya(gurau ehh).

semoga panjang umur
murah rezeki
dapat semua yang kau nak(walaupun aku rasa mustahil)
dan jadilah the best person in your life.

and aku rasa kau ni banyak pendam dalam hati
so tak payahla nak simpan sangat 
kaunselor kan ade

semoga berjaya dalam hidupkau

-daripada aku yang ntah pape

  

Monday, 4 January 2016

Pembenci yang Dibenci

Hari ini aku dapat cerita, kau bercerita buruk mengenai aku.
Kau kata aku itu, kau kata aku ini. Aku kecewa. Aku cuba 
jelas hal yang sebenarnya,kerna apa yang kau cerita itu
bukanlah apa yang sejujurnya.

Makin banyak yang aku bercerita, aku harap kau faham dan sedar.
Tapi tidak, makin banyak caci di telinga ini.
Kau ni kenapa?
Kau ni manusia jenis apa?

Manusia kata, gigitan buaya itu dalam lukanya. Salah.
Mulut kau lagi berbisa ditambah berpuaka. Aku sedar banyak hal.
Manusia itu jika dia sudah tak suka kita, tiada guna perjelas apa-apa.
Kerna jika manusia sudah benci, yang dia lihat hanyalah kurangnya kau.
Itu biasa, itu lumrah dunia.

Tidak perlu dilayan. 
Nanti dia penat, dia berhenti berkata.
Ala macam lah kau tak biasa

aku bukan penakut
aku bukan tak kuat 
untuk berkata secara terang-terangan

tapi aku masih kasihani kau
kau itu orangnya lain
aku hanya mahu jaga hati 
sebab aku nak berkawan 

susah untuk perjelas
aku harap kau faham

Surat Kawan

Kau masih sama hari ini.
Masih buat perangai itu dan ini.
Aku tertanya kau ini umur berapa?
Kerna gaduh kecil tadi pun kau marah tidak terkata.

Kau sangat menjengkelkan.
Perangai kau sama juga.
Kadangnya aku sedang happy,
kau sakat aku yang bahagia ni,
lepas itu kau ketawa-ketawa,
dan lakukan senyuman kau yang annoying tidak terkata.

Tapi bila aku fikir semula,
annoying kau itulah yang aku suka.
Kerna itu buat aku sering ketawa,
sering terhibur dan sering mahu kita berkawan lama.

Kau ini menjengkelkan.
Tapi,aku suka.
Aku harap kau kongsi rasa yang sama.
Harap-harap samalah.

mungkin kini kau sudah tiada 
tinggal kan aku seorang menghadap dunia

surat mu ini tidak akan ku buang
kerna seluruh penghargaan aku didalamnya

terima kasih melayan kerenah sahabatmu ini

Maaf

Aku lebih rela tanpa kau memerhati,
rasa sunyi walau kau ada di sebelah ini.
Kau mahu tahu?
Rasa jahat itu cukup menyeksa aku.
Bertubi-tubi,
dan sakitnya hanya tuhan yang tahu.

Melihat kau ada berdekatan,
tapi kita masingnya beralih dagu,
masingnya sendiri-sendiri perilaku,
cukup buat hati aku gila dan di ibarat batu.

Jadi boleh kita berbaik semula?
Aku banyak mahu cerita.

Dalam hidup manusia semua tersalah langkah
dan langkah yang salah itulah yang membolehkan kita belajar.

Sehingga hari ini senyuman ini masih tidak berbalas,
mungkin aku dah melampau,
percayalah aku tak berniat.

aku telah pun sedaya upaya ,
cuba tak melukai hati kau,
mungkin kau tak dapat melihatnya.

tapi yalah ini mungkin takdir aku
mungkin sudah tiada lagi rasa kasih seorang teman
mungkin jodoh pertemuan itu sudah tiada tercatat

selepas kejadian itu
aku cuma ingin kau tahu
aku masih ingin berbaik dengan kau.